Monday, February 23, 2009

NEGERI PERAK


RAKYAT YAKINKAN KERAJAAN BN

Oleh: Mokhtar Petah

Kalau rakyat Negeri Perak mengikut Pakatan Rakyat – DAP, PKR dan PAS, sama dengan falsafah orang Melayu, ‘dengar cakap enggang makan buah belolok,dengar cakap orang ( pembangkang), terjun masuk lubuk.

Demikian pendapat sebilangan ahli veteran UMNO, bekas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKM), mereka yang tidak berparti politik dan aktibis NGO di Perak.

Mereka berharap Sultan Perak,Sultan Azlan tidak akan berkenan akan permohonan dari Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar untuk mengadakan sidang khas dewan Undangan Negeri secepat mungkin.

V.Sivajkumar telah menghantar surat permohonan tersebut kepada Sultan Perak seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian hari in seperti di bawah ini:

IPOH: Selepas menggantung tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat kini cuba memohon perkenan Sultan Perak untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) secepat mungkin bagi membuktikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih sah sebagai Menteri Besar.
Surat permohonan untuk mengadakan sidang khas DUN itu dihantar oleh Speaker DUN, V Sivakumar, kepada Sultan Azlan Shah, minggu lalu.
Mohammad Nizar berkata, sidang khas itu bertujuan membolehkan Adun BN atau Pakatan Rakyat mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap dirinya sendiri. “Usul tidak percaya pada pada sidang khas itu dapat menentukan siapa yang mendapat undi majoriti. Itu yang ada dalam peraturan... perkiraan sama ada Menteri Besar ini mendapat sokongan majoriti atau tidak,” katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar di sini, pagi semalam.
Mohammad Nizar mendakwa Pakatan Rakyat kini menguasai majoriti dalam DUN dengan 28 Adun, berbanding 21 BN berikutan penggantungan Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya, manakala tiga Adun dari Pakatan Rakyat yang keluar parti masing-masing pula didakwa sudah meletak jawatan.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pada sidang akhbarnya beberapa jam selepas itu menjelaskan Pakatan Rakyat sebenarnya mahu membawa usul undi percaya terhadap kepemimpinan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.

Saya berpendapat, langkah berdaulat Sultan Perak melepaskan Datuk Seri Ir. Mohamed Nizar Jamaluddin dari jawatan Menteri Besar dan para anggota Exco kerajaan dari PKR, satu langkah yang ada banyak kebaikan dari keburukan.

Sama ada tindakan baginda itu berlawanan dengan perlembagaan Negeri Perak atau tidak ada ruang boleh dipertikaikan dan hakim Mahkamah Tinggi akan meneliti dari banyak aspek, seperti perlembagaan, agama Islam dan Adat istiadat Melayu negeri itu.

Walaupun ada kalangan mengungkit tentang kejadian krisis antara UMNO dengan istana pada zaman Sultan Perak, Sultan Idris Shah dan Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Ghazalki Jawi, tetapi saya kira zaman Sultan Azlan berbeza dan semua rakyat kena ikut titah dan perintah baginda.

Saya yakin, baginda sebagai seorang bekaspengamal undang, mahir akan perlembagaan negara dan negeri dan merenung kepentingan kerajaan dan rakyat lebih segala-galanya, maka tindakan baginda itu adalah banyak manfaat kepada rakyat dan di sanjung.

Mahu tidak mahu, mengikut kuasa Diraja, Ir. Nizar Jamaluddin tidak lagi Menteri Besar dan semua anggota Exco di bawahnya terlucut dari jawatan masing-masing.

Apabila Barisan Nasional kembali memerintah Negeri Perak, sebilangan besar rakyat Negeri Perak yang terdiri dari orang Melayu berasa lega kerana barisan Exco terdiri dari orang Melayu dan hanya seorang China.

Saya telah memerhatikan, selama PKR memerintah Negeri Perak, dan Ir Nizar Menteri Besarnya, oleh kerana beliau berkeadaan seperti ‘boleh dipulas telinga’ oleh orang-orang DAP yang terdiri dari orang-orang Cina, Negeri Perak telah mulai menjadi ‘pusara baru bagi hak istimewa orang Melayu’.

Orang Melayu terasa diri mereka sama dengan yang t dirasa – pahit dan maung – oleh orang Melayu Pulau Pinang,di bawah kerajaan yang dipimpin oleh parti Gerakan dulu.

Semua rakyat Sultan Perak telah tahu, bahawa selama PKR memerintah, berhekter - hekter tanah simpanan Melayu dalam beberapa buah kampung baru telah dilulus dengan gran kepada orang-orang Cina dan India.

Mengikut Tanun Tanah, semua tanah simpanan Melayu tidak boleh diluluskan kepada orang bukan Melayu. Jika Masjlis Masyuarat Nerajaan Negeri (Exco) akan memutuskan untguk melepaskan tanah simpanan Melayu kepada pegangan bebas, hendaklah menggantikan lain seluas dan sebaik tanah tersebut.

Seorang ahli perniagaan Melayu yang rapat dengan, Jamaluddin Mohd. Radzi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Behrang), memberitahu saya,bahawa di antara sebab ahli Dewan undangan Negri itu meninggalkan PKR kerana kelemahan Ir. Nizar Jamaluddin dalam menagani masalah orang ramai.

Menurutnya, Jamaluddin tidak puasa hati dengan keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak yang mengenepikan permohonan tanah dan kauri oleh orang Melayu dan sebaliknya meluluskan dengan mudah kepada orang-orang Cina.

Siapa pun mengetahui akan kelamahan Ir. Nizar Jamaluddin dan PAS pula kelihatan menjadi ‘pak tuurut’ DAP dan PKR.

Seorang ulama yang tidak mahu ditulis namanya, ketika mengubungi saya,beliau menyifatkan PAS telah menjalankan langkah dan perjuangannya dan membiarkan Ir. Nizar Jamaluddin seperti bertentangan dengan ayat Quran:

Jangan kamu turut apa yang kamu tidak ketahui (ikut membuta tuli), sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan menerima pertanyaan (dari Allah) – Al Isra: 36.

Krisi poltik yang berlaku di Negeri Perak sekrang, telah membuka jalan kepada UMNO – BN untuk membersih diri dan membuka muka surat baru bagi menghadapi perjuangan membela rakyat jelata dengan tidak mengira keturunan.

Sikap atau perbuatan ‘pilih kasih’ seperti yang pernah diamalkan dalam kerajaan Barinsan Nasiol negeri itu paa masa lalu hendaknya tidak wujud pada masa kerajaan di bawah pimpinan cendekiawan, Dr. Zabry Abdul Kadir.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.