TOBAT
Oleh: Mokhtar Petah
“Siapa Tuhan kamu?”
Geleng.
“Apa agama kamu?”
Geleng,
“Apa kitab kamu?
Geleng – Geleng.
“Siap Nabi kamu?”
“Tak tau.”
Geleng-geleng.
Batang tongkat laksana sebatang merbau sepemeluk besarnya menghempap tubuh Datuk Lazim. Tubuhnya terbenam lebih dua puluh meter ke dalam bumi. Semua tulang temulangnya patah relah. Lembik. Daging dan uratnya pejal berukar menjadi seperti ikan pekasam. Budu.
“Dia Tanya aku, mana aku tau …, aduh, sakit …, sakit …,” kata Datuk Lazim dalam keluhanya.
Datuk Lazim terasa semua giginya akan tercabut keran suara bagai guruh menjerkahnya, “ Kamu orang Melayu, orang Islam …, tak tau.”
MENCUNGKIL TUBUHNYA
Belum sempat Datuk Lazim bersuara, sebilah kuku seperti jenkaut dari waja mencungkil tubuhnya yang lembik dalam bumi. Tubuhnya melambung ke atas
“Aduh, sakiiit …,” jerit Datuk Lazim.
Suara bagaikan guruh menjerkah dan bertanya kepadanya lagi.
“Siapa Tuhan kamu?”
“Aduh, sakit …, rum …, alcoholic … ,beer …, ” jawab Datuk Lazim.
“Apa agama kamu?”
“…aaa, golf…, karoke …,” Datuk Lazim menjawab dengan suara menggigil.
“Apa kitab kamu?”
“Daun …, one King …, two Kings …,” jawapannya terkulum dalam mulut.
“Apa sadakah kamu?”
“ … corrupt …, rasuah …,” suara Datuk Lazim terpancut keluar dari celah dua bibirnya yang pucat laksana cacing kehujanan itu.
Tubuh Datuk Lazim menggigil.
KE DALAM BUMI
Sepantas kilat tongkat besi membalun tubuh Datuk Lazim. Tubuh berusia 55 tahun itu terbenam ke dalam bumi. Kali ini entah berapa meter dalamnya. Bumi panas membahang seperti ketuhar membakar besi waja.
“Aduuuh …, sakit …, aduuuuh …,” raung Dato Lazim
“Kamu berdosa …, orang berdosa, … dalam angin yang amat panas, dan air yang mendidih, dalam naungan asap yang hitam, tidak sejuk dan tidak menyenangkan, sesungguhnya sebelum ini mereka dalam kemnewahan, mereka tetap mengerjakan dosa yang besar,” suara seperti halilintar memberitahu Datuk Lazim.
Datuk Lazimn diam. Gerun. Takut. Terasa kulit tubuhnya kersiat dan terkopak dik suara tersebut.
KALIMAT-KALIMAT KUDUS
Kuku besi bagai jenkaut mencukil tubuh Datuk Lazim dari dalam bumi.Tubuhnya tepelanting atas rumput hijau.Dengan dua biji matanya yang kabur dipandang ke langit biru. Pada awan yang berlegar di dada langit, dia membaca kalimat- kalimat kudus. Kalimat-kaliamt itu pernah dipelajarinya di sekolah menengah dulu.
“…asyhadu anal ilaha illal lah …, wa asyhadu anna Muhammad rasulul Lah …,” Datuk Lazim mengucap dua kalimh syahadat berpandukan lakar tulisan pada awan di dada langit.
“Siapa Tuhan kamu,” suara laksana petir menjerkah Datuk Lazim.
“Allah,” jawab Datuk Lazim.
“Apa kitak kamu?” suara itu bertanya lagi.
“Quran kitab aku,” sahut Datuk Lazim sambil menggaru-garu buntutnya.
“ Siapa nabi kamu?” Tanya suara laksana petir itu lagi.
“Muhammad rasul Allah …, nabi aku …,”jawab Datuk Lazim lurus.
DALAM AWAM PUTIH
Sebaik-baik sahaja Datuk Lazim menjawab pertanyaan itu, tubuhnya terasa dicampakkan entah ke mana. Dalam awan putih. Dalam angina. Tubuh Datuk Lazim seperti nangka bubnuar masak gugu di kaki sebuah gunung hitam.
“Ini gunung Uhud …, tempat Nabi Muhammad, umat Islam berperang dengan gerombolan kafir Qurisy Mekah …,” satu suara lembut memberitahu Datuk Lazim,
“Ia, ia, ia…,” sahut Datuk Lazim sambil bangun dari atas pasir panas pada waktu senja itu.
“Tobatlah kamu …, tobat …,” suara itu menasihati Datuk Lazim.
“ …ia, saya tak buat lagi, tak minum lagi, tak rasuah lagi …,” Datuk Lazim mengaku.
“Tobatlah, Allah menerima tobat hamba-Nya,” suara lembut itu membelai hati Datuk Lazim.
“Ia, saya tobat …, tobat …, saya tobat …,” Datuk Lazim mengaku lagi.
“Sesungguhnya Allah menerima tobat Nabi, mereka yang berhijrah (Muhajirin), mereka yang menolong (Ansar) yang mengikut Nabi pada masa kesulitan, ia, setelah hati sebahagian dari mereka menyimpang, kemudian Allah menerima tobat mereka. Sesungguhnya Allah itu pernyantun dan penyayang.” suara lembut menyebut maksud dari ayat Quran.
“Ia, ia, ia , saya faham …, saya faham …” kata Datuk Lazim.
“sesungguhnya Allah menerima tobat,” suara lembut itu menyelinap masuk ke dalam lubang telinga Datuk Lazim. Meresap ke hatinya.
“Ia, ia …,” Datuk Lazim mengaku.
TUBUH HARTAWAN MELAYU
Tiba-tiba angin kencang bersama pasir dari celah gunung Uhud menerpa tubuh Datuk Lazim. Tubuh hartawan Melayu itu dicampakkan ke Makah. Seperti nagka bubur masak tubuhnya luruh di sisi Ka’abah.
Kepala Datuk Lazim terhentuk pada batu hitam itu.Dia terasa kepalanya pecah seperti buah tembikai masak jaut atas jalan raya.
“Allahu Akbar …,” suara Datuk Lazim kemah.
Tubuh Datuk Lazim terjeletok di atas lantai tepi katilnya.Tubuhnya dalam pakaian tidur terpisah dari selimut tebalnya.
Pada ketika Datuk Lazim membuka dua kelopak matanya, dia melihat sekeliling.Lelangit biliknya terang. Cahaya lampu atas meja kecil dalam bilik itu menerang samar-samar bilik tidurnya. Isterinya, Datin Kamila sedang nyenyak tidur atas katil.
Jam atas meja kecil menunjukkan pukul 2.00 pagi. Bunyi pungguh lara sayup – sayup pinjggir bukiit. Tubuh Datuk Lazim berpeluh. Mimpinya menakukannya. Dia takutkan mimpi itu. Sambil memenrik dua puntung kakinya, dia keluar dari bilik tidurnya. Pada saatsaat itu dia teringat akan segala kerja dan kegiatannya dalam dunia perniagaannya.
DAPAT PROJEK KERAJAAN
Dilabuhkan punggungnya atas kerusi meja makan, sambil menuangkan air sejuk ke dalam rengkungnya, dia menghitung satu persatu akan amalannya sehingga dia menjadi seorang hartawan - ahli koporat Melayu yang berjaya.
“…dulu aku pegawai kerajaan …, aku makan suap …, rasuah …, corrupt …, injoi …, minum arak …, setiap malam minggu melepak dalam night club …,” hatinya bersuara.
“Aku dulunya jurutera, arkitek …, aku berhenti kerja …, aku berniaga …, kalau aku tak beri rasuah mana boleh dapat projek kerajaan …, tak dapat punya …, aku beri rasuah …, aku berjaya …,” hati Datuk Lazim bersuara lagi.
“Aku nak projek, aku kena ikut kontraktor Cina, kontraktor orang India …, dia orang beri rasuah …, dapat projek …, lepas satu, dapat satu lagi …,” suara hati Datuk Lazim melayan dirinya.
“Kontraktor Melayu tak berani beri rasuah, takut dosa …, tak dapat projek …,kena jadi Ali Baba …, syarikat bagi orang Cina pegang …, baru dapat projek …,” hati Datuk Lazim mengingatkan dirinya.
BERSARANG DALAM HATI
Dengan modal insane yang ada pada dirinya, Datuk Lazim berubah dari seorang kontrator yang berniaga seperti berjalan semut atau kura-kura kepada berjalan seperti naga dan geruda. Dia tidak menjadi Qarun, tetapi beberapa perangai Qarun diamalkannya.
“ … jadi orang koporat, orang kaya raya mesti ikut Qarun, baru dihormati orang …,” kata-kata itu sentiasa bersarang dalam hati dan otak Datuk Lazim.
Datuk Lazin menjadi jahil. Apa yang dilakukannya dilihat oleh Allah. Dia kaya raya dan dia bangga diri dengan menganggap Allah tidak punya waktu untuk memerhatikan.
“Ya Allah, aku menyesal, ya Allah …, aku tobat …, tolonglah hambamu ni, ya Allah …,” bisik Datuk Lazim kepada Allah.
Pada ketika itu air mata Datuk Lazim tumpah dari dua telaga matanya. Air jernih itu luruh atas dua batang pahanya dalam pakaian tidur.
TIDAK DAPAT
Datuk Lazim bangun dari kerusi meja makan dan berpindah k eats sofa di tengah rumah. Di atas sofa itu dia tidak dapat memejamkan matanya. Tidak dapat lena. Mimpinya sebentar tadi menjadikan dia gerun.Takut. Penyesalan atas segala perbuatanya mendera dirinya hingga menjelang subuh.
Kebetulan peritiwsa mimpin Datuk Lazim itu pada musim umat Islam sedang berhijrah ke Makah untuk menenunaikan fardu haji. Besok paginya dia telah mencapai keputusan dengan isterinya; mereka akan berngkat ke Makah bersama para jemaah haji.
Di halaman masjid Putraja, selepas sembahyang fardu Jumaat, Datuk Lazim berpakaian serban putih, jubah putih dan selipar getah seperti yang dipakai oleh orang Arab badawi mengejutkan rakannya, Junaidi, jurukaji cuaca.
“Eh, Datuk, lain benar hari ni …, macam tok Arab aje …,” kata rakannya pada saat bersalaman dengan Datuk Lazim.
KAKI MINUM
Debar jantung Junaidi kencang. Dua biji matanya merenung wajah rakannya itu.Pada ketika itu dirasa dirinya seperti bermimpi melihat rakannya yang memakain pakain sebagai seorang mualim.
Beberapa bulan lalu rakannya itu kaki minum arak. Tiap malam minggu melepak di kelab malam. Tak silu-silu memeluk perempuan-perempuan pelayan. Sering memakai seluar pendek. Setiap petang di
“ …I baru balik dari Mekah …,” Datuk Lazim memberitahu Junaidi.
“Ia, you pergi seorang sajake .. ?”Tanya Junaidi.
“Ia, pergi dengan isteri I …, tapi …,” jawab Datuk Lazim.
“Ngapa …, ada apa?” Junaidi bertanya sambil merunung wajah rakannya yang berwarna muram itu.
“ …dia meninggal di Mekah, kebumi disana …,”suara Datuk Lazim terkulum dalam mulutnya.
“Ianna lillahi wa inna ilaihi raji’un …,” sambut Junaidi dengan suara sedih.
Datuk Haji Lazim melepaskan tangannya dari tangan Junaidi.
“Datin sakit apa …?” Tanya Junaidi.
“…sakit …, jantung …, dia terkejut …, sedih …,” jawab Datuk Lazaim.
“Terkejut?” Junaidi bertanya lagi.
“Ia, pada hari nak berangkat ke Mekah, Datin bawa semua barang kemasnya …, I larang dia bawa …, tapi dia nak bawa juga …,” jelas Datuk Lazim.
“Dah tu?” Tanya Junaidi.
“Di Mekah, dia pakai sarat semua barang kemasnya di badannya …, rantai tangan, rantai lehir …, di Mina, Padang Arafah, dia pakai juga …,” jelas Datuk Lazim lagi.
“Pada satu malam, dia pergi buang air, entah kuasa apa …, pada ketika dia buang air …, semua barang kemas pada dua lengan …, di leher …, di telinganya luruh ke dalam lubang najis…,” Datuk Lazim menjelaskan kepda Junaidi sambil menahan sebak dalam dadanya.
“Semua sekali, Datuk?” Tanya Junaidi.
“Ia, Seurat tak tinggal …,”jawab Datuk Haji Lazim.
“Agaknya harta tak halallah tu, hasil rasuah …,dilaknat Tuhalah tu …” hati Junaidi bersuara.
Datuk Haji Lazim tunduk. Kelohanya menderanya.
“Sabarlah, Datuk …, ajal di tangan Tuhan, Datuk Haji …,” Junaidi menabahkan hari rakannya.
“Sabar tu, sabarlah …, tapi …,” sambut Datuk Haji Lazim.
Junaidi masih dimamah sedih. Datuk Haji Lazim berjalan di sisinya. Mereka menuju ke lapangan letak kereta.
“Datuk, datang ke pejabat I, …your girl …, Azizah, kerja di pejabat di my office…,” kata Junaidi untuk meleraikan sedih rakannya.
“Azizah …, ia…?” Tanya Datuk Haji Lazim bernafsu.
“ … tanah kubur isteri masih merah …, ‘suara hati Junai.
“Ia, Azizah …, dia pakai rantai ada tanda ‘
“Haha, haha …, tobat!” suara Datuk Haji Lazim patah dalam panas terik matahari.
(Tamat)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.