TINDAKAN MENGUNDANG HURU HARA
Kuala Lumpur: Tindakan speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar menggantung Menteri Besar dan enam anggota ExcoNegeri Perak, dianggap mencemar duli Sultan, menimbulkan kemarahan orang ramai, terutama orang Melayu dan melemathkan pembangunan dan ekonomi negeri itu.
Walaupun Zambry boleh menjalankan pentabdirannya, tetapi jika tidak ada siding Dewan negeri sukar bagi Kerajaan Perak untuk melaksanakan pembangunan, bayar gaji para pejawat awam, membantu rakyat miskin dan sebagainya, kata seorang pemerhait politiki di sini yang tidak mahu namanya didedahkan.
“Jika perkara itu terus berlaku, akan menjadikan orang Melayu terutamanya, kurang sabar, maka akan berlaku berbagisa kemungkinan, di antara huru hara seperti 13 Mei 1969.
Berita Harian hari ini melaporkan, bahawa Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang ditemui di Pasir Mas, Kelantan, mendesak supaya Sivakumar digantikan dengan tokoh lebih berwibawa.
"Dalam sidang DUN, antara isu yang dibincangkan ialah belanjawan dan jika Speaker menghalang urusan kerajaan negeri dengan menggantung Menteri Besar dan Exconya, belanjawan negeri tidak dapat dibentangkan.
"Ini memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri sekali gus menyebabkan projek kecil tidak dapat dilaksanakan dan menyusahkan rakyat negeri itu sendiri.
"Oleh itu, saya berharap bila DUN Perak bersidang nanti, peraturan mesyuarat yang pertama harus diberikan perhatian ialah menggantikan Speaker itu (Sivakumar). Kalau tidak, saya rasa beliau (Sivakumar) akan menjadi penghalang kepada banyak urusan kerajaan negeri selain memberi kesan kepada ekonomi rakyat Perak," katanya.
Khairy berkata, Pemuda Umno melihat tindakan Sivakumar itu sebagai usaha pembangkang dalam menghalang kerajaan BN di Perak dari terus menjalankan tugas.
Beberapa orang ulama yang ditemui di Masjid Putra, Putrajaya selain dari menyatakan sukacitaatas kejadian di Negeri Perak , mereka memohon Sultan Perak memerintahkan semua ahki Dewan undangan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat termasuk Ir. Mohamed Nizar Jamaluddin dan speaker V. Sivakumar mengadap baginda.
“Saultan boleh memberi nasihat kepada mereka agar mementingkan ketenteraman awam dan speaker membatalkan keputusannya menggantung Menteri Besar dan enam anggota Exco dari menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri,” kata salah seorang dari mereka.
“Menurut adat istiadat Melayu, mana-mana rakyat Negeri Perak yang tidak menerima nasihat dan ingkarkan Sultan, maka Sultan berkuasa menghalaukan mererka dari negeri itu selama mana yang baginda suka,”katanya lagi.
Beberapa orang penulis politik berpendapat, jalan yang paling baik untuk mengelak dari kejaian yang tidak diingini, terutama seperti tragedy 13 Mei 1969, Sultan Perak mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri .
Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan pilihan raya negeri mengikut peraturan yang sedia ada dan adakan pilihan raya negeri, menurut mereka.
************************************
GEMOK, GEMOK, GEMOK
Sungai Petani: Sejeka kebelakangan ini terdapat ramai lelaki dan perempuan yang berusia di bawah belasan tahun hingga tiga puluh tahun bertubuh gemok dan ada yang gedimpol disebabkan mereka memakan makanan yang mengandungi zat atau bahan menggemukkan manusia.
Menurut beberapa orang tukang urut Melayu di sini, bahawa di antara makanan yang menggemokkan manusia, ialah ayam goreng dan makanan sampingan dari restoran makanan segera yang berpengkalan di negara Yahudi – Amerika, pizza sebarang jenis dan makanan sampingan, makanan peleka, seperti coklat, keropok, gentang goreng dan sebagainya.
Menurut seorang tukang urut, Syed Ali Ahmad, ramai lelaki dan perempuan yang datang meminta rawatan – urut - daripadanya bertubuh gemok dan kira-kira tujuh dari 10 orang terdapat mengalami lemah tenaga batin atau lemah kemahuan seks.
Manakala sebilangan perempuan yang datang kepadanya menyatakan mereka khuatir suami mereka tidak sayangkan mereka lagi kerana tubuh mereka gemok.
Menurutnya, minuman yang paling bahaya kepda lelaki dan perempuan, ialah tea tarik seperti yang disediakan di kedai-kedai orang
“Sebuk tea yang mereka gunakan itu ada pewarna yang membahayakan tubuh manusia, boleh jadikan seseorng tu mati pucuk atau penyakit lain,”katanya.
Syed Ali memberitahu, di antara cara untuk mengelak gemok dan mati pucuk banyakkan sembahyang dan puasa, beriadah, bekerja yang boleh mngeluarkan peloh dan mengelak dariada memakan makanan boleh menggemukkan badan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.