BAPA TAJOL ROSLI TIDAK LETGAK JAWATAN
Azamin Amin |
SLIM RIVER, 22 Feb (Hrkh) - Pada 1974, Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaitu bapa bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Tajol Rosli juga tidak meletakkan jawatan walaupun dititahkan oleh Sultan Idris Shah. Ketika itu tidak ada satu 'suara' daripada Umno yang mengatakan bahawa keengganan Ghazali itu sebagai menderhaka kepada Sultan bahkan menyokong sebagai tindakan yang mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Demikian dijelaskan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung sejarah dan isu lantikan dan perletakan jawatan seseorang menteri besar di negeri ini. Sultan Idris Shah tidak berkenan dengan perlantikan Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua namun atas nasihat beberapa pihak, baginda melantiknya semula dengan syarat hanya selama dua tahun dan dipersetujui namun setelah 'tamat' tempoh, Ghazali tidak meletakkan jawatan. Sultan ketika itu kata Nizar tidak dapat berbuat apa-apa kerana tertakluk kepada undang-undang negeri yang mana tidak ada kuasa memecat atau mengarahkan menteri besar meletakkan jawatan. "Bapa Tajol Rosli juga enggan letak jawatan walupun dititahkan Sultan dan mentadbir negeri selama dua tahun, kemudian meletakkan jawatan secara sukarela dengan nasihat Presiden Umno," katanya dalam ceramah di Kg. Serigala, dekat sini semalam. Malah ketika itu Pemuda Umno mengadakan rapat umum mempertahankan tindakan Ghazali itu dan dilaporkan Pemuda Umno pernah mengeluarkan kenyataan yang bermaksud:"Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden Umno." Gara-gara keengganan Ghazali itu kata Nizar menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB dan untuk beberapa ketika baginda tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjambang sebagai menzahirkan kemurkaan baginda. "Ghazali meletakan jawatan menjadi MB Perak hanya setelah dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu (Tun) Hussein Onn pada 1977. "Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. "Sekarang mana dia Tajol Rosli? Senyap saja...iyelah ayah dia pun pernah kena macam ini juga." kata Nizar disambut sorakan ketawa lebih 1,000 hadirin yang membanjiri pekarangan markas PAS Kg Serigala. Nizar menjelaskan bahawa istilah 'sembah derhaka' yang dipersembahkan kepada Sultan Perak telah disalah tafsirkan sebagai menderhaka akibat manipulasi pihak media yang ingin menjejaskan imej beliau sebagai MB yang sah. "Itu istilah yang diguna dalam istana dan ketika berhadapan dengan Sultan membawa maksud, tidak setuju bukan istilah yang diguna orang awam sebagai derhaka yang sebenarnya," katanya dan turut yakin orang ramai khususnya rakyat Perak tidak terpedaya dengan 'hasutan' dan tohmahan yang dilemparkan ke atasnya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. (Beritas ini diambil dari Harakan Daily, 22 Februari 2009)
|
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.