Sunday, February 22, 2009

QURAN

SAMPAI AJAL

Dan jika Allah menghukum umat manusia dengan zalim kerana kesalahan mereka, nescaya tidak ada makhluk yang hidup di muka bumi ini, tetapi Allah memberi mereka janji sampai waktu (sampai ajal atau mati); dan bila datang ajal mereka, maka tidaklah dapat mereka mengundurkannya walau sesaat dan tidak pula (dapat) mendahului (ajal) mereka. – An Nahl: 61.

HADIS

HARAPKAN PAHALA

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Ada 40 macam kelakukan yang baik, terutama ialah memternak haiwan untuk diambil susunya sahaja. TidAk ada seorang pun yang mengerjakan satu dari 40 macam kelakuan itu dengan sesungguh –sungguh mengharapkan pahala dari Allah dan dengan penuh kepercayaan akan balasannya, melainkan pasti akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga.

Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.

PETUA

KEPAPAAN

Jika datang pengemis meminta makanan atau wang di muka pintu pagar atau pintu rumah anda, berilah sekadar yang patut kepadanya. Jangan menghampakan harapannya atau menghalaunya. Jika anda menghampakan harapannya atau menghalaunya, bererti anda menanti kemurkaan Allah dan kepapaan pada diri anda dan keluarga anda.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.