Saturday, February 21, 2009

PENERANGAN MANSUH PPSMI

Kelana Jaya: Satu majlis penerangan kepada orang ramai mengenai "Mansuhkan PPSMI" akan diadakan di Dewan Kompleks Sukan Pebadanan Kemajuan Negeri Selangor, di sini pada Selasa - 24 Februari ini mulai jam 8.45 malam.

Beberapa orang cendekiawan Melayu akan berucap dalam majlis itu. Di antara mereka itu : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Professor Dr Ir Wan Abu Bakar (UM), Nik Nazmi Nik Ahmad dan Syed Shahir Syed Mohamed (MTUC).

Penyair Dinsman akan membaca puisi dan ahli kumpulan Blues Gang, Ito, akan menyanyikan dua buah lagu, "Bangkit Tapi Bingit" dan "Lagu Pantun" .

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.