Saturday, February 21, 2009

SAJAK

RAKYAT DAN SULTAN

(Untuk semua orang Melayu Negeri Perak)

Hulu balang salah langkah berkeris,

Kecundang, dada sendiri tertikam,

Keris tak patah,

Nama keji sepanjang zaman.


Salah pertimbangan rakyat jelata,

Sultan adil ditentang sanggah;

Adat Melayu zaman berzaman,

hukum ‘pancung tak bertanya’.


Sultan adil Sultan disembah,

Adil Sultan patuhkan Tuhan,

Bertimbang adil putusan hikmat,

Landasan perintah firman dan Sunnah.


Hulu balang bertimbang fikir,

Keris tak patah,

Diri disanjung insan,

Nama terjulang di langit zaman.


Rakyat derhaka menentang Sultan,

Nama hina dibenci manusia,

Kuburnya rekah berasap hitam,

Di akhirat dicampak ke neraka jahanam.


Jika Sultan bertimbang condong,

Pesong jujur hilang adilnya,

Rakyat beriman melangkah keramat,

Sultan zalim, sultan disanggah.


Zaman silam lebih 900 takhta,

Akibat sultan sekendal dan zalim,

Ber‘sultan di mata beraja di hati’,

40 takhta cuma di serata dunia.


Rakyat dan Sultan bahu membahu,

Saling jujur hukum dan perintah,

Istana dan teratak dipayung daulat,

Sultan dan rakyat laksana nabi dengan umat.


Bukit Gantang ………………. ….Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.