Saturday, February 21, 2009

TRAGEDI PERAK

DICETUS PEMIMPIN BERFIKIRAN 'GANGSTER' - Nik Aziz
Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 20 Feb (Hrkh) - Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato� Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan pihak tertentu berusaha menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai Menteri Besar Dato' Seri Ir. Mohammadd Nizar Jamaluddin sebagai berfikiran 'gangster'.

"Ini kerana Kerajaan Perak dahulu dipilih oleh rakyat, tetapi kerajaan Perak sekarang dipilih oleh dua tiga orang.

"Tindakan mereka menjatuhkan Kerajaan Nizar itu tidak pun terasa bersalah, namun apabila tindakan yang serupa berlaku ke atasnya dianggap satu kesalahan.

"Jahat. Inilah fikiran gangster," katanya ketika bercakap kepada pemberita di sini pagi ini.

"Nilaikan, mana lebih baik menyerahkan kepada rakyat memilih kerajaan yang disukainya berbanding kerajaan yang dipilih oleh "gangster-gangster" itu?

"Dan taraf gangster berbanding dengan kerajaan adalah serupa, sama ada presidennya, peraturan atau polisnya.

"Cuma yang berbeza ialah gangster itu haram, manakala kerajaan itu halal, namun dari segi peraturannya adalah serupa,� katanya.

Beliau mengulas banyak pihak mengecam tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar yang menggantung kealian Menteri Besar Dato' Dr Zambry Abdul Kadir serta enam Exco daripada menghadiri sidang dewan, sebagai tidak mengikut peraturan.

Selain dari itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengulangi pendiriannya supaya pilihan raya semula di Perak diadakan.

"Saya masih bertegas bahawa pilihan raya semula hendaklah diadakan di Perak.

"Menteri Besar Ir Nizar sudah pun menyembahkan perkara itu kepada Tuanku (Sultan Perak) supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan,"katanya.

Mengenai tercetusnya banyak isu yang menimbulkan kontroversi dalam negara kini termasuk krisis Perlembagan di Perak, beliau menggesa Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya jangan melepaskan jawatannya.

"Pak Lah dipilih menjadi Presiden (Umno) dan Perdana Menteri Malaysia untuk lima tahun, kenapa dia sanggup berhenti.

"Kalau Pak Lah (mahu) berhenti kerana bersalah, tidak usaha tangguh hingga Mac, berhentilah segera.

"Tapi kalau dia merasa tidak bersalah, kenapa hendak berhenti juga.Di situlah terletaknya kesilapan Pak Lah.

"Adalah tidak betul apabila sejak awal lagi dia tunduk kepada pihak yang menyuruhnya berhenti,� katanya.

Beliau turut mengulas tindak-tanduk pemimpin Umno-BN yang kini seolah-olah cemas berdepan dengan Pakatan Rakyat apabila banyak isu tercetus dalam negara, Mursyidul Am PAS itu mendakwa keadaan itu menjadi puncanya.

"Itulah puncanya oleh kerana mereka tidak menjaga undang-undang sedangkan undang-undang itu sendiri merupakan titik pertemuan di antara segala kebaikan dan kejahatan.

"Yang jahat tidak boleh memberi peluang kepada kejahatannya, manakala yang baik pula tidak boleh ditindas.

"Titik pertemuannya ialah undang-undang.

"Apabila undang-undang itu sendiri dipijak, maka akhirnya menjadi huru-haralah," katanya.

(Berita ini diambil dari Harakah Daily, 21 Februari 2009)


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.