Sunday, December 14, 2008

SAJAK

UMAT KRIST DAN UMAT ISLAM

Sampai bila dada kalian bersarang perasangka,
Rasa permusuhan musnahkan peradaban mulia,
Umat Krist menjajah dan membunuh,
Umat Muhammad di bumi sekutah dunia.

Umat Islam bangun menentang,
Bela maruah diri dan kemanusiaan,
Umat Krist menghina mereka,
Kononnya mereka ‘pengganas dunia’.

Afghanistan jadi pusara umat Islam,
Iraq
telaga darah dan gunung tulang,
Hasil bumi dua negara disita,
Demi kemakmuran manusia penjajah.

Umat Krist dan umat Islam,
Agama satu dari Adam rasul mulia,
Tuhan Maha Kuasa iman kita,
Tetapi mengapa umat Islam dihina?

Isa putera Maryam ruh qudus,
Rasul Tuhan dan Injil kitabnya,
Wahyu Tuhan untuk umat Kristian,
Iman umat Islam pada keduanya..

Sengketa wujud kerana keyakinan,
Kalian yakin Isa di salib - dibunuh,
‘mereka tidak bunuh dan tidak salib,
Hanya penglihatan mereka sahaja. (1)

Umat Krist dan umat Yahudi sama;
‘Umat Yahudi dakwa Uzir anak Tuhan,
Umat Krist akui Isa anak Tuhan jua,
Madah mereka madah orang kafir (musyrik).(2)

Walaupun imam berbeza,
Namun,dua umat bersaudara,
Dari Adam dan isterinya Hawa;
Tegakkanlah tugu damai di dunia.

Presiden Barack Hussein Obama,
Tokoh baru corakkan dunia,
Mungkin sedar dan insafnya;
Umat manusia berpadu setia.

Kantin Parlimen Malaysia …….. Mokhtar Petah

( 1 -Quran - Aninasa:157)

( 2 -Quran - At Taubah: 30)

***************************

CERPEN

HATI RESAH DI ULU YAM

Oleh: Mokhtar Petah

Malam renyai – renyai menyerkup sekitar Ulu Yam. Di luar bumi basah. Dalam ruang batu jirat Cina, sektul hati resah. Sepasang pipi basah.Sepasang lubang hidung basah. Ah Bee, gadis Cina, berusia 76 tahun, duduk bersimpuh, di sisi seketul batu empat segi.Batu sebasar pangkal tiang rumah kampung Melayu itu dingin. Bedi. Pada batu itu tertulis huruf Cina sebasar paku enam inci, Ah Kwan, 22 tahun. Mati dibunuh askar British 1948.
“Saya, askar orang putih kejam …,kejam …,” suara Ah Kwan seperti keluar dari batu itu.
Ah Bee merenung batu kaku itu. Dua telaga matanya digenangi air jernih. Dua biji matanya memeluk batu tersebut. Debar hanyanya, derita hati seorang kekasih amat menyeksakan dirinya.
POTONG TENGKOK
“Saya penoreh getah …, saya bukan komunis …,”suara Ah Kwan menerpa ke sepsang lubang telinga Ah Bee.
“ …askar, askar penjajah orang putgih itu sangka kami pengganas komunis …, mereka tangkap kami, tak bertanya apa - apa …, mereka potong tengkok, sembelih kami dengan benet, semua tengkok kami putus …,”suara Ah Kwan keluar lagi dari batu itu.
Ah Bee menangis tersedudu sedan dalam ruang batu, di situ.
“…sayang, Ah Bee, saya cintakan Ah Bee …,” suara Ah Kwan meresap ke dalam nurani Ah Bee.
Pada ketika itu Ah Bee terasa batu itu tubuh kekasihnya.Lalu diangkat batu dingin itu dengan sekuat tenaganya. Diribanya batu itu. Dipeluk. Dicium berkali - kali. Batu itu basah dik air matanya.
“Ah Kwan, Ah Bee cintakan awak …, sejak Ah Kwan dibunuh …, Ah Bee tak ubah hati, Ah Bee tak cintakan orang lain, tak pernah kahwin …,” suara Ah Bee mendayu dalam ruang batu jirat itu.
“ …Ah Bee cintakan Ah Kwan…, Ah Bee rela jadi anak dara tua …, jadi macam ini, demi cinta kita …,sayang,” suara Ah Bee mendayu lagi.
“Bila Ah Bee mati, Ah Bee nak jumpa Ah Kwa …, kita kahwin …,” ratap Ah Bee pada batu kaku itu.
KOLAM IKAN
Pada ketika itu Ah Bee teringat betapa mesaranya pada detik-detik kekasihnya memeluknya dalam dangau kolam ikan. di belakang ruamhnya dulu.
“Ah Bee, bila kita kahwin, kita dapat anak …, Ah Bee nak berapa orang anak?” Ah Kwan bertanya kepadanya sambik mengeratkan pelukannya pada tubuh kekasihnya.
Pada saat dia bagaikan lemas dalam air dik hidungnya rapat tertangkup pada hidung kekasinyanya, Ah Bee menjawab, “ ..;. nak lima orang ….”
“ …lima, ngapa lima orang …, berapa perempuan berapa lelaki …?”Ah Kwaan bertanya. Senyum.
“Tiga lelaki, dua perempuan …,” jawab Ah Bee.
LANGIT BIRU
Ah Kwan melepaskan tubuh Ah Bee dari pelukannya. Ah Bee rasa dirinya terlambung ke langit biru.Pada ketika itu dia mengaku dirinya seorang gadis yang amat memerlukan seorang lelaki untuk menjadi suaminya.
“Ngapa, Ah Bee nak anak kita tiga lelaki, dua perempuan?” Tanya ah Bee.
Ah Kwan geleng – geleng.
“…dua anak kita yang perempuan tu, Ah Bee nak mereka masuk Islam, kahwin dengan pemuda - pemuda Melayu,” jawab Ah Bee sambil senyum.
“ …pasal apa nak kawin dengan orang Melayu …?” Ah Kwan bertanya.
“Pasal nak balas jasa orang Melayu …, tok dan nenek Ah Bee dulu, atang dari negeri Cina …, orang Melayu tolong …, orang Melayu ambil dia orang tinggal, di kampung orang Melayu …, di Ulu Yam ni,”jawab.
“Ooo, begitu,”sambut ah Kawan.
“…lagi pula Ah Bee nak cucu kita orang Melayu …,keturunan orang Melayu …, Ah Bee berkenan akan budi baik orang Melayu …, suka tolong orang, tak sombong, rajin sembhyang …, puasa… ,” jelas Ah Bee.
“Eh, Ah Bee ni cakap macam orang Islam pula…,”kata Ah Kwan.
“Begitulah kira- kira …,”sahut Ah Bee.
Mereka ketawa terkekeh – kekeh.
“Anak kita yang lelaki tu macam mana pula …?”Tanya Ah Kwan sambil mencuit pipi kekasihnya dengan telunjuk kanannya.
“ Mungkin Ah Kawan setuju …, seorang kahwin dengan orang India,” jawab Ah Bee.
“Kahwin dengan orang India?” Ah Kawan bertanya. Dahinya berkerut.
“ …ngapa, Ah takut mereka itu macam gagak dengan telor?” Ah bee bertanya.
FAHAMAN SOSIALISME
Ah Kwan diam. Hatinya mengaku.Tetapi kerana dakam dirinya ada fahaman sisialisme, dia tidak ambil kira, hitam atau putih , asalkan manusia.
“ …dua orang kahwin dengan orang Cina …, tak kiralah, orang kekkah …, orang Pucaukah …, Hokian macam kitakah …,orang kaum apakah …, kita dapat satu semula orang Cina,” jawab ah Bee.
“Ia, orang Cina tak bersatu …, kalau dia orang bertsatu, dunia ini mereka boleh angkat dengan jari,” sambut Ah Kwan.
Mereka sama-sama ketawa. Tawa mereka menjadi satu laksana melodi cinta yang agung.
Ah Bee mengalihkan batu itu dari atas ribanya.Dengan penuh kasih sayang diletakkan semula batu itu pada tempatnya tadi. Dia Masih duduk bersimpuh di situ.
TENTERA BRITISH
Semenjak kekasihnya, Ah Kwan, dibunuh kejam oleh tentera British, Ah Bee tidak meletakkan hatinya kepada mana – mana pemuda. Hatinya tetap pada kekasihnya yang telah dipenggal lehirnya oleh askafr penjajah beragamaKristian itu.Cintanya kepada jejaka pekebun sayur itu sekukuh gunung batu banjaran titiwangsa.
Kira - kira seminggu setelah tentera British melakukan kekejaman ke atas penduduk – penduduk dari orang Cina di Ulu Yam, Ah Bee telah mengikut bapa dan ibunya berpindah ke Tanah Hitam, di hulu Ipoh, Perak. Cintanya kepada Ah Kwan dibawa bersama hatinya berusia 16 tahun ke sana. Di sanalah cinta dan rindunya kepada Ah kwan mendera dirinya hampir ke hujung usianya.
“Aku bersumpah dengan nama tuhan aku, aku tak nak kahwin sampai akhir hidup aku …,” begitulah sumpah Ah Bee dihadapan tuhan buatan ibu bapanya.
SEKOLAH CINA
Ah Bee belajar di sekolah menengah Cina, di Ipoh. Di sekolah itu dia telah menerima pelajaran tentang betapa pentingnya orang –orang Cina di Tanah Melayu menyokong orang Melayu menuntut kemerdekaan tanah air mereka.
“Kita kena sedar, kita orang - orang Cina, di Tanah Melayu ini pendatang. Datuk nenek kita dulu telah berhijrah ke sini kerana lari dari penderitaan hidup.Mencari makan untuk hidup …,” terang guru sejarah, Lee Foo San kepada para penuntutnya.
“Kita keturunan pendatang Cina, kita menumpang di negeri ini, tapi jangan fakir kita nak kuasa negeri Melayu ini …, walau apa cara sekalipun, kita adalah keturunan pendatang …,” terang Lee Foo San lagi.
“ …Tan Cheng Lcok, Lim Yeoh Koh, Karnal Haw Sik Lee dan beberapa orang kita pernah menentang orang Melahyu menuntut kemerdekaan …, tetapi kemudiannya mereka telah menyokong orang Melayu menuntut kemerdekaan …,” kata Lee Foo San seterusnya.
“ …kamu semua mesti menyokong dengan ikhlas …,jangan jadi orang munafik, di hdapoan sokong, di belakang tentang …” Lee Foo San memberi amaran.
“Saya nak ingatkan kamu semua, kita bangsa Cina, kita tidak akan diterima lagi oleh Negara kita, Negara Tiongkok …,” tegas Lee Foo San.
“Bangsa kita. bangsa yang tinggi budi bahasa, kenang budi orang…, kita kena ingat,di mana bumi kita pijak, di situ langit kita junjung …, jangan jadi tabiat Belanda minta tanah …, beri sedikit ambil banayak, ibarat orang beri betis hendakkan paha …,” percakap Lee Foo San trhenti di situ kerana loceng telah berbunyi.
LOMBONG BIJIH
Pada tahun 1950 bapa Ah Bee meninggal dunia kerana tertimbus dalam lombong bijih timah di Chemor. Setahun kemudian, ibunya pula menyusul bapanya kealam baka. Orang tua itu meninggal dunia setelah lima bulan mengidap sakit kencing manis. Dia gemar makan buah limau Tambun dan belimbing bintang – belimbing manis.
Ah bee meneruskan langkahnya meniti kehidupan dengan menyertai penduduk – penduduk di sana bercocok tanam. Mendulang bijih. Kadang - kadang dia bercampur dengan kawan – kawannya gadis Melayu dan bekerja sambilan di kampung Ulu Chemor, Tanah Hitam dan Tanjung Rambutan.
Ah Bee teringat akan satu hari dia telkah menghadiri perjumpaan Parti Komunis Malaya, di Tanah Hitam.Dia tidak suka akan seorang anggota parti itu berucap mkerana dia menyeru orang – orang Cina supaya berjuang dalam partinya untuk memerintah Tanah Melayu.
“Kita mesti jadikan Semenanjung Tanah Melayu ini negara komunis …,”kata orang itu.
MEMELUK BATU
Batu tugu kecil Ah Kwan kaku dalam petak di jirat itu. Ah Bee memeluk batu itu sekali lagi. Hujan renyai – renyai telah reda. Dia menggeliat beberapa kali. Pada ketika itu dirasa ruh Ah Kwan bersamanya. Dengan langkah lara dia meninggalkan petak jirat sepi itu menuju ke jalan raya.
“Aku fikir elok orang – orang Cina di sini menuntut ganti rugi akan perbuatan kejam ashkar British ke atas datuk nenek mereka…,” Minda Ah Bee penuh sendat dengan fikirannya pada ketika dia meniti jambat yang merentangi sungai Sendat di kampung baru Ulu Yam itu.

(Tamat)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.