Sunday, December 14, 2008

QURAN

SIAPA GILA

Nun* Demi (perhatikan) pena dan sesuatu yang mereka tuliskan (banyak ditulis oleh para sasterawan dengan sajak atau syair).
Dengan kurniaan Tuhan kamu (Muhammad) tidaklah kamu menjadi gila (Muhammad dituduh oleh orang - orang kafir sebagai orang gila, kerana pelajaran (Quran) yang dibawanya tidak sesuai dengan kemahuan, kebiasaan atau tradisi orang - orang kafir Quraisy).
Dan sesaungguhnya kamu mempunyai akhlak (budi pekerti) yang tinggi.
Kamu akan melihat, dan mereka (juga) akan melihat;
siapa di antara kamu semua yang gila.
Sesungguhnya,Tuhan kamu lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya, dan Dia lebih mengetahui orang - orang yang menerima pimpinan kebenaran.
Sebab itu jangan kamu taat (patuh) orang - orang yang mendusta (kebenaran Tuhan) - Al Qalam: 1 - 8


HADIS

KUPU - KUPU

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Perumpamaan saya dengan kamu semua laksana orang yang menyalakan unggun api, maka semua kupu - kupu dan belalang berkerumun pada unggun api itu, sedangkan orang itu menghalau serangga - serangga itu dari unggun api. Saya pun akan selalu menarik kamu semua dari belakang (supaya) kamu tidak sampai masuak ke dalam unggun api, tetapi kamu semua selalu terlepas dari tangan saya (masuk ke dalan unggun api.
Perawi: Imam Muslim.


PETUA DAN NASIHAT

AKAN INTELETUAL

Seorang kekasih tidak boleh menyangka buruk kepada kekasihnya jika dia tidak ditemui oleh kekasihnya, kerana hati kekasihnya tidak lekang dari rasa kasih, sekadarkan keadaan yang menyebabkan seperti hujan belum menimpa bumi. Oleh itu orang bercinta mesti menggunakan akal seorang intelektual dan banyak sabar.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.