Sunday, December 14, 2008

RASUAH


BOLEH MUSNAH NEGARA

[Malaysia mungkin akan terjerumus kepada muflis sekiranya amalan rasuah menjadi amalan yang biasa di kalangan para meneri,pegawai kerajaan, kaki tangan kerajaan dan orangs awam.Untuk mengelakkan dari kajadian buruk itu pencegahan perlua dijalankan dengan tegas dan jujur. Tidakada pilih kasih atau oandang bulu.Berikutg ini kami menyiarkan tulisan Mokhtar Petah dalam bukunya ‘Basmi Rasuah. Mudah – mudahan akan dapat menfaatkan pembaca dan orang ramai. Editor, Petah Shahrir Aidid.]

Jika amalan rasuah dalam sesebuah negara tidak dibendung atau wujud kebebasan mengamalkan rasuah dari peringkat atasan – raja pemerintah, presiden, perdana menteri, menteri, governor, ahli parlimen - hingga pegawai badan awam kaki tangan bawahan seperti polis, tentera, petugas bandaran, kerani, buruh dan sebagainya, maka negara itu akan menjadi miskin dan muflis atau dijajah oleh kuasa-kuasa lain.
Sejarah umat Arab yang telah dijajah oleh penjajah-penjajah dan pada masa ini mereka tertekan atau terkekang di bawah kuasa-kuasa besar, disebabkan raja dan orang-orang atasan – Al malik atau sultan dan pembesar-pembesar termasuk pegawai tinggi kerajaan - di negara-negara tersebut mengamalkan rasuah.
Semenjak kejatuhan kerajaan Islam Uthmaniah Turki (1299 – 1922) jatuh, dan dijatuhkan dengan berbagai menggunakan berbagai keburukan (rasuah) dan persenjataan, maka negara-negara Arab telah terkekang di bawah kuasa penjajah – British, Amerika, Yahudi,Perancis dan kuasa-kuasa lain dalam bidang politik dan ekonomi.
Demikian juga kejayaan Yahudi membentuk negara Israel di bumi Baitul Maqdis, adalah menerusi rangkaian rasuah British dan Yahudi kepada pembesar-pembesar dan golongan perdagangan Arab pad masa itu rasuah. Dengan cara demikian memudahkan kuasa-kuasa besar(terutama Amerika dan British) dalam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan dengan keputusan badan dunia itu, maka bumi kiblat awal dalam agama Islam men jadi negara Zionis.
Kehancuran Negara Islam Afghanistan (Toliban) dan kemusnahan Negara Sosio-Nasionalis Iraq akibat diserang dan diperangi oleh Amerika Syarikat, adalah disebabkan sebilangan dari rakyat – rakyat di negara-negara tersebut menerima rasuah dari kuasa besar itu.

Sebelum dua negara itu musnah – media melaporkan - , bahawa mereka yang menentang pemerintah Negara Islam Afghanistan(Toliban) dan Presiden Saddam Hussein dan pemerintahannya, hidup mewah, sentiasa melawat atau melancong ke Amerika Syarikat, Great Britain dan negara-negara lain dengan menaiki pesawat mewah, menginap di hotel-hotel mewah dan berfoya-foya atau berseronok dengan segala kemewahan di tempat-tempat hiburan eksklusif.

Mereka itu telah menerima segala kemewahan itu daripada negara-negara yang berhajat besar untuk menghancurkan dua buah negara itu – Afghanistan dan Iraq. Tindak tanduk yang tidak berperikemanusiaan Amerika Syarikat,Britain dan sekutu-sekutu mereka kerana beberapa sebab,di antaranya ialah:

* Memusnahkan umat Islam.

* Kepentingan idustri senjata canggih.

* Kepentingan Ekonomi.

* Penjajahan bentuk baru.

* Membantu umat Yahudi.

Jika sessiapa mengkaji buku ‘Protokol Yahudi’ – Zionist Sages Protocols - , maka tentulah tidak menafikan, bahawa amalan rasuah di negara-negara Arab dan di seluruh dunia sedikit sebanyak lahir dari hjikmah atau pengajaran dari ‘protokol’ tersebut.

‘Dalam Prtocols kedua disebutkan:

‘…kitalah yang mempersiapkan Darwin, Marx, Neicthe dan kita tidak menganggap kecil kesan kerosakan yang ditimpakan oleh teori-teori mereka terhadap bangsa selain Yahudi.’

Protocols pertama membimbing orang Yahudi tentang cara memperdaya bangsa lain serta menanamkan bibit kekacauan dan kerosakan. ‘ Sesungguhnya bangsa Nasrani akan menjadi dungu otaknya sebagai kesan dari minuman keras. Ramai orang muda yang hancur kerana tenggelam dalam kemaksiatana sebelum masanya. Hal itu sebagai hasil dari usaha pendukung-pendukung kita yang terdiri dari para guru, pembantu, wanita-wanita pendidik yang tinggal di rumah para korporat, pegawai dan wanita masyarakat biasa yang meniru gaya moden dan huru-hara.’[1]

Seperti kata-kata orang daerah Parit, Perak, “…daghi beghingus sampai ke tue tobing.”, saya telah berkecimpung dalam dunia kewartawanan dan penulisan, dan ramaia rakan dan kenalan dari Raja memerintah, perdana menteri,menteri,wakil rakyat, pegawai dan kaki tangan kerajaan hingga buruh kasar dan petani di kampung air meleleh, maka saya telah ‘mengetahui dan mengenai’ bagaimana karena makan suap atau rasuah dan orang-orang yang memberi dan menerima rasuah. Saya yakin semua wartawan yang seusia dengan saya mempunyai pengetahuan tentang amalan rasuah itu seperti yang ada pada saya, atau lebih dari yang saya miliki.

Di antara pengetahuan saya berhubungan dengan amalan rasuah,iala
1 - Sekitar tahun 1960-an, di sebuah negeri seorang peniaga China

(taukeh lombong) telah dating menemui seorang anggota exco

kerajaan yang sedang brcakap dengan saya. Taukeh itu dating

bersama seorang perempuan China yang mudan dan cantik. Setelah
memperkanalkan perempuan itu sebagai anakj saudaranya kepadaa
anggota exco dan saya, dia telah mengemukakan sebuah fail
mengandungi salinan peremohonanya mendapatkan sebidang tanah
lombong. Permohonannya itu mesti dilulus oleh mesyuarat exco
kerajaan negeri.
Kira-kira setengah jam kemudian taukeh itu meminta maaf kepada
kami kerana dia ada hal penting. Dia pergi dengan meninggalkan

perempuana itu bersama kami. Kemudian saya meminta diri dari

anggota Exco itu. Kira-kira sebulan kemudian taukeh

itu telah diluluskantanah yang dipohonnya.
2. Pada tahun 1970-an, seorang taukeh balak menyerahkan
wang dalambungkusan kepada seorang pegawai Jabatan Hutan
Negeri dengan tujuan pegawai itu membenarkan dia mengelurkan
kayu balak di sebelah kawasan yang telah diluluskan itu. Kawasan
di sebalahnya belum diluluskan kepada sesiapa. Dia mahu
mengambil kayu balak di situ secara tidak sah dan dikeluarkan
melalui kawasannya. Kayu balak yang dikeluarkan itu dicukai seperti
yang dilakukan atas kawasan yang telah diluluskan kepadanya.
3. Pada tahun 1980-an seorang kontrektor Melayu (kawan saya) telah
membawa melancong beberapa orang pegawai dari sebuah
jabatan keluar negara kerana mereka akan menimbangkan tendernya.

Dia berjaya mendapatkan tender itu.
4. Pada tahun 1990-an, pada satu malam, saya telah diajak oleh

seorangm kontrektor Melayu ke sebuah hotel terkemuka di Kuala

Lumpur. Di sana kami bertemu dengan tiga orang pegawai

sebuah kementerian.

Kontrektor itu telah berunding dengan pegawai-pegawai itu mengenai

projek sebatang jalan raya bernilai lebih RM200 juta di sebuah negeri

dengan cara runding terus atau tidak tender.

Dalam perundingan itu pegawai-pegawai itu tidak mahau dalal atau

komisyen. Mereka memberi cara; harga projek lebih RM200 juta akan

dinaikkan (top up 40%). Setelah projek itu diluluskan, pegawai-pegawai

itu akan mengambil 20% dan kontrektor itu akan mendapat 20%.

Besoknya kontrektor yang berpengetahuan agama itu berunding dengan

saya mengenaikehendak pegawai-pegawai tersebut. Kerana

saya telah menasihatinya; perbuatan itu bersifat rasuah dan merugikan

kerajaan, maka dia tidak jadi meneriam projek tersebut.
Meniliki kepada pengalaman saya nombor ‘ 4 ’ , terdapa dua perbuatan
curang atau kotor (corrupted). Pertama ada rasuah,kerana pegawai
kerajaan mengambil kepentingan dari tugasnya, dan kedua Kerajaan
Malaysia kerugian, kerana jumlah tambahan pada kos sebenar.
Pada tahun ini, seorang ‘orang tengah’ mengemukakan kepada saya
sebuah projek membina jalan raya 29 kilometer berharga RM120 juta,
yang telah diluluskan kepada sebuah syarikat. Orang tengah itu mencari
syarikat yang boleh membeli dengan tawaran: a.Syarikat berkenaan
mahu RM5 juta termasuk untuk orang politik. b. Orang tengah mahu
dalal atau komisyen 3%. C. Jalan itu hanaya 20 kilometer sahaja, tetapi
dalam suratan kelulusan itu tetulis 29 kelometer, termasuk jalan sedia
ada yang tidak perlu dibina.
Bermakna kerajaan membayar cuma-cuma kepada konrtrektor atas jalan
sepanajang 9 kilometer itu. Terdapat unsure amalan rasuah dalam projek
itu, iaitu wang orang politik dan pegawai-pegawai yang meluluskan
mengetahui tentang jalan 9 kilometer itu tetapi diluluskan.
Kebanyakan amalan terbahagi pada empat tingkatan,iaitu:

1. Peringkat atasan; iaitu dari istana, menteri, peguam negara dan badan
kehakiman,ahli parlimen dan ahli Dewan Negeri.
2. Peringkat menengah;iaitu dari pengarah atau pegawai awam kerajaan,
polis,kastam,pengerusi bandaran, imigresen, cukai pendapatan atau hasil dalam negeri, badan berkanun dan bank.
3. Peringkat rendah;iaitu Pegawai Penempatan (pejabat tanah), polis, Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) kastam, penguasa bandaran, pemungut cukai, kaki
tangan badan berkanun dan buruh kerajaan.

Semua negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia bergantung kepada hasil dalam negara, termasuk cukai, bayaran atas sesuatu benda atau urusan dan denda. Jika amalan rasuah tidak dapat dibendung atau berleluasa, maka akibatnya kerajaan-kerajaan tidak dapat memungut hasil-hasil dari pelbagai yang tersebut di atas.

Contoh yang boleh meyakinkan:

Kalau pihak polis lalu lintas atau JPJ mengamalkan rasuah; pegawai atau anggota polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tersebut mendapat wang kerana pengguna jalan raya melakukan kesalahan, dan kerajaan tidak mendapat hasil denda atas kesalahan itu.

1 - Jika pegawai atau kaki tangan imigresen
mengamalkan rasuah, kerajaan tidak
mendapat hasil yang ditentukan atas
seseorang pendatang asing, dan negara terpaksa memikul bebas kebanjiran

pendatang haram.

2. Kalau pegawai atau kaki tangan kastam
mengamalkan
rasuah, kerajaan tidak mendapat hasil cukai import dan eksport dan negara akan menjadi medan penyeludupan dan sebagainya.

3 - Kalau pegawai atau kaki tangan Jabatan Hasil

Dalam Negeri mengamalakan rasuah – misalnaya

Menerima rasuah dari pembayar cukai pendapatan keran mengurangkan jumlah bayaran yang dibayar oleb pembayar cukai,maka kerajaan mengalami kerugian.

4. Pegawai Penempatan atau kaki tangan kerajaan

mengamalkan rasuah, akibatnya tanah kerajaan

dibolot oleh pihak-pihak yang memberi rasuah.

Akibatnya rakyat miskin atau orang Melayu dan

Bumiputera terpaksa mengulum jari.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Azmi Kamaruddin dalam satu wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, Encik NoorAzam Shairi dan disiarkan dalam mingguan tersebut pada 26 November 2006 boleh menjadi ilmu bagi kita untuk berhadapan dengan maslah rasuah. Di bawah ini adalah saringandari wawangcara tersebut:

“Kalau masalah rasuah ini tidak dibetulkan sekarang mungkin sukar untuk kita membenterasnya nanti, apatah lagi kalau ia sudah meluas hingga orang sudah tidak lagi merasakannya sebagai sesuatu yang salah.

Saya bersyukur dengan kenyataan Pak Lah (Perdana Menteri) itu.Sebagai memegang teraju negara, memang septutnya beliau membuat gesaan atau rayuan supaya kita semua menyokong cita-cita beliau mahu memerangi rasuah. Kita kena bantu.

Setiap kes jenayah dikehendaki oleh undang-undang melalui beberapa proses atau tapisan khas yang kasar dan halus, sbelum seseeorang boeh disabitkan dan dihukum. Ini bagi mengelak darida berlakunya seseorang yang kena tuduh di mahakamah itu didapati bersalah sungguhpun dia sebenarnya tidak bersalah mungikut undang-undang dan prinsip-prinsip keadilan.

Sudah menjadi satu prinsip keadilan jenayah bahawa kalau ada sepuluh orang yang dituduh di mahkamah, adalah ebih baik sembilah orang yang bersalah dilepaskan daripada seeorang yang tidak bersalah disabitkan pertuduhan. Ini prinsip yang dipegang sejak beratus tahun dulu.

Kebanyakan kes dimulakan dengan laporan polis untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan. Kalau laporan itu tidak berasas, tiada siapa yang akan didakwa malah orang yang membuat laporan palsu itu boleh dihadapkan ke mahkamah. Itu tapisan yang pertama.”

“Saya lebih bersetuju dengan cara Pak Lah tetapi cara itu agak perlahan sedikit. Kalau kita ini sudah sakit teruk, kita tidak boleh makan ubat yang terlalu keras...mati kita nanti. Tetapi sesetengah doktor tidak mengapa – ada sakit di tangan, tagan itu dipotongnya, dan terus baik. Pak Lah tidak begitu; caranya lemah lembut, dicari dahulu apa puncanya dan barulah dicarikan ubatnya.

Kepada sesetengah arang cara begitu perlahan tetapi kepada saya, itu cara beliau mentadbir. Cara Pak Lah ini lain. Saya tidak kenal dan tidak rapat dengan beliau tetapi saya suka pendekatannya ini. Kita ini sudah terlalu lama sakit, dan penyakit rasuah ini bukan senang hendak baik. Masalah kita selama ini, kita tidak tahu bahawa kita sedang sakit.

Tetapi Pak Lah mengakui secara terbuka penyakit itu dan merayu kepada rakyat supaya masuk campur mencari ubatnya – jangan lepas tangan mengatakan ini masalah dan tanggungjawab kerajaan semata-mata, tidak boleh begitu. Tidak mungkin kerajaan mampu melakukannya sendiri. Setidak-tidaknya ia memerlukan kepada laporan daripada orang ramai sebelum sesuatu tindakan mahkamah boleh dimulakan ke atas mereka yang rasuah. Walau sekuat mana pun kita mahu membanteras rasuah, kita mesti mengikut proses undang-undang dan jangan menutup sebelah mata kepada prinsip-prinsip keadilan.

Kes rasuah ganjil sedikit kerana ia kesalahan yang melibatkan dua pihak, iaitu pemberi dan penerima. Orang ramai tidak boleh duduk diam saja dalam menghadapi masalah rasuah. Minta-mintanya janganlah orang ramai berdiam diri kerana mereka pun hendak melakukan rasuah.

Kes rasuah tidak sama seperti jenayah rogol atau bunuh, yang mana ada satu pihak yang melakukan kesalahan dan satu pihak lagi yang menjadi mangsa. Dalam kes rasuah, orang yang memberi dan menerima itu melakukan kesalahan dan mangsanya pula ialah rakyat yang membayar cukai, kerajaan dan negara keseluruhannya. Kita semua menjadi mangsa tetapi kita tidak perasa. Kesan rasuah dan penyelewengan ini sangat dahsyat. Oleh kerana itulah, orang ramai mesti memberikan kerjasama untuk menghapuskannya.

Saya rasa rakyat tidak cukup didedahkan dengan kesan dahsyat rasuah ini. Orang selalu merasakan bahawa rasuah ini bukan masalah mereka tetai masalah orang lain. Mereka Cuma nempak kesannya kepada orang yang melakukan rasuah dan terharap orang itu ditangkap. Orang ramai tidak begitu mengmabil berat tentang masalah rasuah, seolah-olahnya rasuah itu bukan hal mereka.

Tetapi kaau kes bunuh, rogol dan ragut orang dapat merasakan kesannya dan bimbang kalau-kalau ia menimpa ahi keluarga mereka. Initidak beraku dalam kes rasuah kerana kesannya tidak nampak. Kesannya mengambil masa yang panajang, satu penyakit yang makan dalam, macam rumah yang dimakan anai-anai.

Kita mesti sedar rasuah ibarat barah yang boleh membunuh ekono- mi dan politik negara. Rasuah boleh membunuh parti-parti politik.

Rasuah boeh menyebabkan krisis politik apabila pihak yang tidak mahu melihat lebih banyak kerosakan berlaku mula merampas kuasa. Apa akan jadi kalau orang yang mengamalkan politik wang terpilih menjadi pemimpin kerana dia banyakduit sedangkan dia tidak pandai mentadbir? Kaau rakyat tidak peduli, hal-hal ini boeh berlaku. Memang menajd tanggungjawab Perdana Menteri untuk mengingatkan rakyat akan hal-hal ini. Saya sangt berharap kesan-kesan rasuah ini disebarkan dengan meluas kepda rakyat.”

“(Kempen melawan rasuah) bukan gimik politik, ini kbenaran. Semua orang harus (mesti) mengakui bahaw masaah ini wujud dalam amsyaraka tkita dan masaah ini seriauh...”

Azmi Kamaruddin telah bercakap menenai Badan Pencegah Rasuah (BPR):

"Saya fikir BPR melalui zaman kegemilangan semasa ia diketuai oleh Allahyarham Tan Sri Harun Hashim (1967-1971. Ketegasnnya itu sampai menyebabkan dia menerima tekanan daripada orang politik. Saya masuh ingat lagi pda waktu itu kalau sebut saja nama beliau,semua orang takut. Kaki rasuah cukup benci kepada beliau.

Beliau bukannya zalim dan keras tetapi tgetapi seorang yang tinggi intergritinya. Beliau juga diberi kuasa untuk mendakwa. Tetapi tekanan-tekanan itu akhirnya, maaf, cakaplah, diterima.

Saya rasa kita patut cuba mengemblkikan zaman kegemilangan itu. Tetapi untuk mencari seorang ketua yang berintergriti tinggi seperti belkiau itu, saya tahu, bukannya mudah tetapi orang seperti itu tntunya ada di kalangan kita ini. Ini sesuatu yang sangat penting kerana kita berhadapan dengan penyakit yang teruk.
Kerajaan perlu meluaskan kuasa yang ada pada BPR dan memberikannya kuasa untuk mendakwa. (Pada masa ini BPR hanya menyiasat dan keputusan sama ada kes itu dibawa ke mahkamah atau tidak terletak dalam bidang kuasa Peguam Negara – Pengarang). Saya percaya kalaukita bersungguh dalam hal ini, ia boleh dilakukan. Kerajaan tidaka harus tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang berkepentingan yang tidak mahukuasa itu diberikan kepada BPR.
Saya genarasi yang melalui era dua zaman, sebelkum dan selepas merdeka, saya sendiri pun tidak tahu apa yang ditanam dalam iri generasi kami tentang etika dan moral pada waktu itu sehingga merasakan hal-ha ini adalah satu salah besar.
Saya fikir kalau kita mananam dalam fikira masyarakat bahawa amalan rasuah dan penyelewengan yang mereka lakukan itu menjenjaskan kepentingan negara dan bertentangan dengan agama, kita boleh berjaya dalam perang ini.
Pada masa yang sama, kita harus (mesti) menggiatkan usaha untuk mencegah amalan rasuah . Ini mesti dijaanka sertentak dengan tindakan-tindakan pendakwaan di mahkamah kerana dalam apa juga usaha mengubati penyakit, langkah encegahan itu yang lebih berkesan. Ada banyak cara untuk merncagah rasuah termasuklah memberikan tender projek secara telus dan terbuka.
...kerajaan perlu memastikan kempen (mencegah rasuah) mendapat sokongan padu dripada segenap lapisan masyarakat. Bagaimana? Pertama, kerajaan perlu menunjukkan teldan yang baik. Jangan ada lagi berlaku kes-kes yang menjejaskan integriti kerajaan dan anggota kerajaan seperti melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor baru-baru ini.Kedua, proses keadilan berhubung kes-kes rasuah perlu dikemaskinikan. Kalau Parlimen rasa perlu meminda undang-undang, pinda. Badan ehakiman pula hendaklah ada satu polisi yang jelas tentang kes-kes rasuah terutamanya mengenai tahap hukuman yan dikenakan. Hukuman itu mestilah menajdi satu peringatan kepda masyarakat supaya mereka takut melakuikan rasuah.Kalau ada salah laku rasuah, kita jagan piih bulu dalam menegakkan undang-undang, termasuakterhadap wakil rakyat. Saya bukan anti wakil rakyat tetapi segelintir mereka yang berperangai keji ini mesti diberi pengajaran. Kalau mereka nampak tidak bersih, apa salahnya kita minta mereka kosongkan kerusi. Apa salahnya, ada banyak orang yang lebih layak boleh menggantikan mereka yang korup itu.”

Suruhanjaya Basmi Rasuah yang akan diguna - pakai di negara ini tidaklama lagi meyakinkan kita akan dapat membasmikan amalan rasuah dalam semua peringkat. Ia akan menjamin negara tidak akan menuju kepada kepapaan atau muflis.



[1] Ghazi Muhammad Al Qarni, 2001, Masodirul Fikril Yahudil Ma’asir – Menyingkat Kejahatan Yahudi

(penyunting: Ummu Fatimah Az- Zahra, Johor Bharu, Perniagaan Jahabesra, hlm.78, 79.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.