Hai Nabai (Muhammad s.a.w. ; ditujukan kepada Nabi Muhammad kerana Junjungan pemimpinn umat Islam dan umat manusia) , jika kalian menceraikan isteri - isteri kalian, hendaklah kalian mentalakkan pada waktu yang ditentukan (isteri-isteri suci dari haid) , dan hitungkan waktu yang ditentukan itu, dan kalaian taqwa (mematuhi kewajiban) kepada Allah. Jangan kalian mengeluarkan mereka (isteri - isteri) dari rumahnya dan jangan mereka keluar sendirian, kecuali merela telah melakukan perbuatan keji yang terang (pada masa dalam idah janda mesti tetap tinggal dalam rumahnya. Kalau hendak ke mana - mana mesti minta izin kepada bekas suaminya).Itulah batasan - batasan (dari) Allah, dan sesiapa yang melampaui batas - batas Allah itu, sesungguhnya dia menganiayai dirinya sendiri. Kamu (Muhammad) tidak mengetahui, mungkin setelah itu Allah mengadakan kejadian yang baru.
Kemudian, apabila (hampir) habis tempoh (iddah)nya, maka bolehlah kamu (Muhammad) pegang mereka (ruju') dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik, dan adakan dua orang saksi yang adil di antara kalian (pada waktu meruju' atau melepaskan mereka), dan hendaklah kalian (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang taqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkan). - At Talaq:1,2.
HADIS
MSTI SYAHID
Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda: (Sesungguhnya) Tidak terasa bagi orang yang mati syahid akan perit sakit daripembunuhan (atasnya), melainkan bagaimana salah seorang dari kalian rasa sakitnya cubitan (cubitan manja isteri?).
Perawi: Attirmizi.
PETUA
Seorang rakan ahli perniagaan mengadu kepada saya tentang isterinya telah gemuk.Dia tidak suka isterinya gemuk.
Bagi wanita yang tidak mahu tubuhnya banyak lemak dan gemuk, cuba dua perkara ini: 1 - Makan ulam raja (mentah) dengan sambal belacan dua tiga kali seminggu. 2 - Minum air akar patawali (seruntun) satu camca kecil pada waktu akan tidur.Lakukan dua kali seminggu. Insya Allah anda akan bertubuh langsing dan anggun.

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.