Monday, December 22, 2008

PAS

PAS TUNDUK KEPADAGOLONGAN ANTI ISLAM

Oleh: Mokhtar Petah

Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata,bahawa hukum Hudud bukan hukum dibuat oleh PAS, tetapi hukum Allah sepereti hukum sembahyang, maka hukum itu wajib dijalankan oleh umat Islam.
Naib Presiden PAS, Husam Musa pula berkata, PAS akan menangguhkan undang - undang hudud kerana ia terikat dengan perjanjian dengan Pakatan Rakyat.
Ertinya, selagi parti Islam itu masih berada dalam Pakatan Rakyat,maka unhdang - undang hudud yang dijadualkan oleh Pas tidak akan dilakanakan.
Melihat dari sini, orang ramai telah yakin, bahawa dalam parti tersebut ada percanggahan antara golongan ulama dengan golongan muda yang merep kepada kehairahan mengejar cara hidup golongan sekular barat.
Pas telah lahir dari golongan ulama UMNO pada tahun 1951 bertujuan untukmenegakkan negra Islam, di Tanah Melayu,tetapi kini, setelah PAS bersama Pakatan Rakyat, tujuan itu telah menyimpang jauh dan sedang menimbulkan keraguan umat Islam terhadap parti Islam tersebut.
Golongan ulam PAS patutlah berusaha agar parti tersebut tidak menjadi alat golongan kapitalis dan sisialis di negara ini, kerana apa bila PAS telah menjadi alat, maka kepercayaan umat Islam kepadanya akan hilang.
Dalam hal menentang hudud ini, DAP telah berjaya. Ia bukan sahaja berjaya mematahkan cita-cita PAS bahkan mematahkan cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada masa memimpin ABIM telah memperjuangkan cita-cita menjalankan perundangan Islam di negara ini.
Percanggahan dalam PAS dan kelumpuhan semangat Anwar Ibrahim dari cita-citanya dulu mengingatkan saya kepada sejarah kejatuhan pemerintah Islam
di Sepanyul pada zaman silam.
(Habis)






No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.