Apabila orang - orang munafik (pura - pura beriman) datang kepada Kamu (Muhammad s.a.w.), mereka telah berkata: KamI mengaku, bahawa , sesungguhnya kamu ialah Rasul Allah.Dan Allah mnengetahui, bahawa sesungguhnya orang - orang munafik itu berdusta;
mereka menjadikan sumpah (pengakuan sebagai orang yang beriman) untuk perlindungan,lalu mereka mengahalangi (orang lain) dari (mengikuti) jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka lakukan itu.
Yang demikian itu, disebabkan mereka telah beriman, kemudian mereka menjadi kafir semula (murtad),lalu ditutup hati mereka, kerana itu mereka tidak mengerti.

Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh mereka menarik hati kamu (seperti orang - orang baik dan jujur), dan bila mereka bercakap, kamu tertarik mendengar percakapan mereka. Mereka itu adalah seperti kayu yang tertsandar (tidak bernyawa). Mereka menyangka setiap suara keras ditujukan kepada mereka. Mereka itu musuh, oleh itu hendaklah berwaspada terhadap mereka. Kiranya Allah membinasakan mereka, ke manakah mereka akan berputar (lari). - Al Munafiqun:1 - 4
HADIS
TETAMU
TETAMU
Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Menghormati tetamu itu wajib bagi setiap orang Islam, maka jika seorang tamu berada di rumahnya tidak mendapat layanan (makan dan minum),maka itu menjadi pinjaman bagi tuan rumah yang menjadi hak tetamu.Jika tetamu menghendakinya, maka dia boleh meminta dan jika tidak memintanya, maka biarkan (menjadi tanggungan tuan rumah).
Perawi: Imam Ahma dan Abu Daud.
PETUA
BERAKHLAK MULIA
Orang yang berakhlak mulia, pada waktu dia berkunjung ke sesebuah rumah, dia tidak membuka atau menyelak buku - buku atas dan bawa mejanya atau atas rak - rak dan sebagainya. Dan tidak meliarkan dua biji matanya ke pintu bilik dan ke ruang dapur rumah itu.

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.