Saturday, November 22, 2008

NEGARA ISLAM

Oleh: Mokhtar Petah

(sambungan)

Negara Islam yang hendak dibentuk di mana - mana negara di seluruh dunia mestilah menggunakan perlembagaan dan perundangan yang berdasarkan Quran, Sunnah dan Ijmak ulama (mereka yang pandai atau arif dalam berbagai cabang ilmu).Sebarang undang - undang ciptaan manusia yang tidak beragama Islam tidak boleh diupakai, kecuali yang tidak bercanggah dengan Quran dan Sunnah.
Dalam Quran telah dijelaskan oleh Allah tentang sesiapa yang menjalankan hukuman atau perintah dengan menggunakan kehendak nafsu atau undang-undang taghut, iaitu:

Seiapa yang tidak menghukum (perintah) menurut apa(hukum) yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu ialah orang - orang yang kafir.
Sesiapa yang tidak menghukum (perintah) menurut apa (hukum) yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang - orang yang zalim. Sesiapa yang tidak menghukum (perintah) menurut apa (hukum) yang diturunkan oleh Allah,maka mereka itu adalah orang - orang yang jahat. - Al Maedah:44, 45 dan 47.

POLITIK DAN PERUNDANGAN ISLAM

Ada orang - orang yang berpendapat, bahawa tiga ayat Quran di atas ini tidak ada kena mengena dengan politik dan perundangan Negara Islam.Tetapi para ulama berpedapat, ayat-ayat itu ada kena mengena dengan politik dan perundangan Islam.Saya berpendapat tiga ayat itu ada kena mengena dengan politik dan perundangan Islam, wazlaupun tiga ayat itu diturunkan oleh Allah setelah berlaku orang - orang Yahudi mahu menipu Nabi Muhammad s.a.w. mengenai hukuman membunuh orang yang diterakan dalam Taurat sama dengan yang ada dalam Quran.
Pemimpin - presiden, perdana menteri dan menteri - mestilah orang Islam lagi mukmin, iaitu individu - individu yang dalam kotegori berikut:
1 - Kenal akan dirinya sendir
2 - Kenalkan Allah
3 - Beriman dan taqwa kepada Allah
4 - Ihsan
5 - Beramanah
6 - Berakhlak mulia menurut pandangan Islam dan umat
Islam.

MENGUASAI NEGARA PALESTIN

Negara Islam tidak mengamalkan demokrasi seperti yang diamalkan di negara - negara kapitalis di seluruh dunia pada masa ini. Amalan politik tersebut diwujudkan oleh orang - orang bijak pandai Yahudi pada tahun 1947 dan dibawa ke dalam gedung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dengan tujuan Yahudi hendak menghalalkan pendudukan atau menguasai negara Palesten.
Islam mengamalkan demokrasi terpimpin, iaitu dipimpin oleh Quran dan Sunnah Rasulullah Muhammad s.a.w. dan keputusan ijmak ulama atau ahli majlis Syura ayang teridri dari orang-orang Islam yang berpegang kepada Quran dan Sunnah.

PARLIMEN NEGARA ISLAM

Orang - orang bukan Islam, iaitu orang kafir musrik (mnyengutukan Allah dan penyembah berhala), Kritian dan Yahudi boleh mewakili kaum mereka dalam Parlimen Negara Islam. Tetapi mereka mempunyai syarat-syarat tertentu, iaitu:
1 - Hanya membawa segala masalah dalam kaum mereka.
2 - Tidak boleh membangkang ,mempertikaikan dan mengkritik
Perlembagaan, undang - undang dan segala yang dijalankan
mengikut kaedah yang dilulusankan oleh Islam.
3 - Mereka tidak boleh membocor rahsia negara Islam kepada
orang lain atua negara lain.

Negara Islam berpegang kepada hukum yang telah ditetapkan oleh Allah, iaitu:
Jangan, orang - orang yang beriman mengambil orang orang - orang kafir menjadi pemimpin, bukan orang - orang yang beriman. Siapa yang berbuat demikian, mereka tidak ada hubungan walau sedikit juapun de- ngan Allah. - Ali Imran: 28

PERUNDANGAN CIPTAAN MANUSIA

Amalan pemerintah ke atas rakyat dan amalan rakyat ke atas kerajaan hendaklah dengan makruf dan menolak kemungkaran, iaitu berpandukan firman Allah dalamQuran:
Kamu adalah umat yang paling baik yang dilahirkan untuk kepentingan manusia; menyuruh mengerjakan yang benar/ baik dan melarang mengerjakan yang ,mungkar/ tidak baik serta beriman kepada Allah. - Ali Imran:110.

Ke,mungkaran tetap ada dalam negara yang mengamalkan kapitalisme, peodalisme, monakisme, sosialoisme, komunisme dan apa jua perundangan ciptaan manusia tidak beragama Islam.
Contoh perbezaan antara hukum - hukium mungkar antara negara Islam dengan negara-negara lain, adalah seperti berikut:

Negara Islam Negara bukan Islam

1 - Perjudian haram halal
2 - Pelacuran haram halal
3 - Riba haram halal
4 - Menyerang,
ceroboh atau haram halal
perang negara
lain
5 - Babi haram halal

ISLAM AMAT MELARANG

Perbuatan seperti 1 - 5 di atas adalah mungkar. Islam tidak membenarkan umatnya mengamalkan kemungkaran.
Berhubungan dengan menyerang, menceroboh atau memerangi negara orang lain, Islam amat melarang perbuatan itu. Sebaliknya Allah telah menetapkan perintah-Nya dalam Quran mengenai hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam sepertiu berikut:

Ditimpa ke atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan (sesama) manusia, dan me- reka kembali mendapat murka dari Allah dan ditimpa ke atas mereka kelemahan (hilang kekuasa).
- Ali Imran: 112


QURAN ATAU FALSAFAH ISLAM
Mungkin sebilangan besar orang - orang beragama lain dri Islam tidak memahami Quran atau falsafah Islam,maka mereka tidak mengetahui yang orang - orang Islam memang sentiasa mahu bersahabat dengan ikhlas dengan orang-orang bergama lain.
Ada kumpulan atau negara bukan beragama lain dari Islam telah mengkhianati atau menganiayai umat Islam atau menyerang negara - negara umat Islam (seperti Amerika syarikat dn Yahudi) dengan alasan - alasan yang mereka buat sendiri, dan apabila umat Islam bangun menentang san membalas perbuatan mereka, maka menggunakan berbagai cara termasuk media untuk membetulkan diri mereka dan menuduh umat Islam penggnanas dan sebagainya.

(Bersambung pada Sabtu 29 November 2008)





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.