Oleh: Mokhtar Petah
Mentari mendakap rimbaHulu Tembeling.
Laila membenam perlahan dua puntung kakinya ke dalam air jernih, berkaca di anak sungai Taman Negara. Air yang mengalir itu bagaikan jejak memeluk dua puntung betisnya. Hatinya menjerit. Amat mesra betisnya dipeluk begitu. Belum sempat dia meluahkan suaranya, air itu meninggalkan dua puntung betisnya.
"Air, air, air, kasihmu,
bagaikan kasihku jua,
kau tiba,
kurasa mesra,
kaupergi kurasa hiba.
Kau air, kasih mesramu,
kaubelai betisku,
seperti kekasihku dulu.
Fairuz, kekasihku,
"Dua puntung kakimu kudung,
hanya dua tanganmu membelaiku."
Sepi amat hati Lailai,
madahnya lagi,
"Kini, di mana, Fairuz,
Ila di sini ..., sayang;
dalam perut rimba Tembeling ini ..."
BIJI LADA
Laila mengaut seraub air dengan tapak tangannya, lalu air itu dijirus dan diusapkan pada wajahnya yang putih, berhias sebutir tahi lalat, sebesar biji lada, di bawah mata kirinya.
Dingin air sungai itu menenangkan hatinya yang lara mengingati Fairuz.
"Di mana, sayang?" hatinya bertanya tanpa jawapan.
Pada masa Laila menuntut dalam tingkatan enam, di Kemunting, ramai temanya lelaki dan perempuan.Memamgn Tuahan telah menganugerahkan kepada hatinya, mengasihi teman - temannya.Temannya yang paling istimewa, hanya Fairuz. Pemuda yang kudung kedua belah kakinya.Dia penuntut sekolah agama rakyat di kampungnya.
ASMARA DANA
Kasihkan Faurz. Pemuda itu kasihkan Laila jua.Kasih mereka murni amat.Masing - masing tidak berjuruskan kepada asmara dana.Hanya hati seorang prempuan dan hati seorang lelaki, apabila berada di sisi terasa mesra. Gembira. Pada aktu berjauhan terasa rindu dan hati kosong. Hampa.Lara.
"Tak apalah, Ela, nak buat macam mana ..., sedih tu sedihla ..., Ela nak masuk universiti ..., Fairuz, ia, Fairuz tak ke mana ..., nanti, antara kita ada beza ..., Ela macam enggang atau rajawali di angkas, tapi Fairus seekor cengkerik di sini juga ... "kata Fairus pada petang Laila akan meninggalkannya.
"Laila sedih, Fairus, tapi ...,"kata Laila menelan sedih sendiri.
"...tak usah sedih,Laila, pergilah ..., masa depan Laila cerah ...," suara Fairuz terluas dalam nasa duka.
Laila menahan air matanya dari tertupah dari dua telaganya.
Laila diam.Degup hatinya menerjah dinding dadanya.Sedih mendera hatinya, hati gadi sunti yang bercita-cita tinggi, setinggi langit.
" ... Fairuz harap, Ela pergi tak macam tgurun upih ..., jenguk - jengulah Fairus bila ada masa ...,"pesan pemuda kudung itu.
"Doakan, Laila ..., minta kepada Allah, mudah - mudahan Laila berjaya ...,"kata Laila sambil mengesat air matanya dengan belakang tangan kirinya.
"Insya Allah, baik - baik di negara orang ..., jangan tinggalkan sembahyang," pesan Fairuz.
"Insya Allah,"sambut Laila. Mesra.
RAKAN BIASA
Tangan kanan Laila masih memegang tangan Fairuz. Mereka tidak berpeluk dan bercium, kerana mereka hanya rakan biasa. Rakan karib laksana adik dengan abang kandung cuma.
Laila telah melanjujtkan pelajaran dalam jurusan pendidikan dan sejarah di sebuah universiti di London.
KEDUDUKAN TINGGI
Semenjak perpisahan di kampung Perah,hingga Laila mencapai kedudukan tinggi - seorang pegawai berijazah MA dari universiti, dia tidak pernah bertemu dengan Fairuz.Pada masa dia kembali ke tanah air dulu, dia telah pergi mencari Fairuz tetapi pemuda itu tiada ada di sana lagi. Ada khabar yang tidak pasti, pemuda itu telah pergi ke Afghanistan , menyertai jihad Taliban.
Laila pernah menceritakan kisah dia dengan Fairus kepada suaminya, Prof.Rusydi. Mendengar cerita itu, suaminya ketawa. Hatinya, hati seorang cendekiwan.Bukan seniman. Pengetahuannya banyak laksana air laut, tetapi perasaannya tidak sama dengan perasaan isterinya. Dia meletakkan cerita kasih isterinya dengan Fairus seperti cerita cinta monyet cuma. Cinta fantasi. Khayal. Seperti kiambang tidak jejak akarnya ke bumi.Cinta yang realiti, adalah cintanya sendiri. Dia telah berjaya memiliki Laila.Menjadi suami Laila yang dipija oleh mahasiswa universiti.
TAHI LALAT
Laila amat cinta kepada suaminya. Tetapi dia tidak tahu; mengapa rasa kasihnya kepada Fairus masih menebal.Murni. Masih tidak lenyap dalam dirinya, seperti tahi lalat di bawah matanya jua.
Dua biji mata Laila terhumban kepada kuntum - kuntum bunga padma sedang kembang.Dua ekor kupu - kupu hingga di atas muka bunga itu. Dari bunga padma itu dua bola mata Laila bergolek kepada wajah sungai yang berkaca dalam cahaya matahati rembang itu.
ORANG ASLI
Tiba- tiba seorang lelaki tua Orang Asli,membawa sebuah bakul, berjalan gagah turun dari perut rimba di situ. Sambil merenung dan senyum kepada Laila, dia masuk ke dalam sungai itu. Di situ dia membasuh dua puntung kaki dan dua puntung tangannya.
"Pak cik ..., apa dalam bakul tu" Laila bertanya sambil senyum.
"Buah laghah ...,"jawab orang tua itu.
"Buah larah ...," sambut Laila.
"Cik suka makan buah nike?" Orang tua itu bertanyaa.
"Suka ...,"sahut Laila.
"Nah, ambil ...,"kata orang tua itu.
BUAH LARAH
Dia mengambil tiga tangkai buah larah dari bakulnya, lalu diunjukkan kepada Laila. Buah larang kira - kira dua puluh biji itu bertukar tangan.
"Terima kasih, pak cik,"ucap Laila.
"Sama - sama ...,"sahu orang tua itu.
Orang tua itu duduk atas batu dalam sungai itu, di hadapan Laila.Direnung wajah Laila seperti seorang bapa kerenung wajah anak gadisnya. Dia senyum. Dua biji mata tuanya dihumban ke permukaan sungai itu. Senyumannya panjang.
TIMBUL SANGKAAN
Laila hairan.Timbul sangkaan dalam hatinya yang orang tua itu telah mengetahui isi hatinya.Kalau orang tua tahu, sukar baginya menyembunyikannya.
"Cik datang dari mana ...?" Orang tua itu bertanya.
"Dari Kuala Lumpur ...,"jawab Laila.
"Kuala Lumpur, dah tak jadi milik kita oghang Melayu lagi ...,"sungut orang tua itu.
Laila diam. Hatinya bertanya; orang tua itu tinggal dalam rimba raya di Hulu Tembeling, tetapi macam mana dia tahu hal Kuala Lumpur.
"Pak cik pernah datang ke Kuala Lumpur?" Laila bertanya.
" ...duluuu, masa Tungku Draman ..., pernahle ..., masa sambut merdeka ..., kami tunjuk tari sewang..." jawab orang tua itu.
ORANG MELAYU
Laila mengangguk. Dia kagum. Orang tua itu dapat berkata yang Kuala Lumpur tidak jadi milik orang Melayu lagi. Ada politik dalam cakapnya. Ada kecewa dalam hatinya. Ada kutukan kepada bangsanya yang telah moden.
"Beghapa oghang datang ke di sini?" orang tua itu bertanya.
"...ramai, kawan - kawan di sana tu ...," jawab Laila sambil menunjukkan dengan ibu jarinya ke arah khemah kawan - kawannya.
Orang tua itu merenung wajah Laila.Laila menentang renungannya.Renungan Laila kalah. Di bawa dua bole matanya tunduk. Menatap wajah sungai yang airnya mengalir berkaca.
"Cik kerja dengan kerajaanke?" Tanya orang tua itu.
"Ia, pak cik,"jawab Laila.
ISI LARAH
Orang tua itu senyum.Di capai sebiji buah larah lalu dicekah kulitnya. Isi larah yang putih itu diunjukkan kepada laila.Laila menyambutnya.
"Terima kasih," ucap Laila.
"Sama - sama," sambut orang tua itu.
Lalila merenung wajah orang tua itu. Kulit muka merah menampakkan dia masih segar. Bugar.Tidak macam suaminya yang telah lemah.
"Pak cik tinggal di mana?" Tanya Laila.
"Di sana tu, soghang ..., bini dah mati ..., anak tak ada...," jawab orang tua itu.
Hati Laila didera sedih sebaik-baik sahaja mendengar percakapan orang tua itu.
BIJI MATA
Orang tua itu merenung legat kepada wajah Laila. Panahan dua biji matanya menjadikan hati Laila berdegup kuat. Dia takut orang tua itu memujanya dengan hikmatnya.Mana tahu, Orang Asli ada cenuainya.
" ...jangan takut, pak cik tak jahat ..., bukan oghang jahat ...," kata orang tua itu seperti dia mengetahui sangkaan buruk Laila terhadap dirinya.
" Pak cik tengok muka cik ni, pak cik teghingat anak sunti pak cik ..., Dara ...,kami panggil Ara..., dia dah tak ada lagi ..., lima tahun dulu, dia kena tangkap ghimau belang ...," cerita aorang tua itu sambil menarik nafas panjang.Sedih.
Laila menarik dua puntung kakinya dari dalam air dingin itu. Dua puantung kakinya yang menggigil itu dialih ke atas batu di kirinya. Ofrangtua itu merenung dua batang betisnya yang putih laksana umubut itu.
ORANG SEDIH
Pak cik dengar suara cik ..., suara orang sedih ..., pendam rasa ...,hampa ..., ingatkan oghang jau ...," kata orang tua iu.
Eh,macam mana pak cik tahu...?" Tanya Laila.
" ...he, he, ...tu pak cik taula ..., Tuhan ajar pak cik ...," jawab orang tua itu.
"Tak kot ...,"kata Laila menyembunyikan perasaannya.
" ... oghang lain tak taula ..., tapi pak cik kata begitu, pak cik tau ...," kata orang tua itu.
TUBUHNYA MENGGIGIL
Laila terasa tubuhnya menggigil. Orang tua itu telah mengetahui dalaman dirinya.Digagahinya bercakap.Orang tua itu senyum.Dia tahu suara Laila gugup.
"Cik tak usah kata pak cik betul, tak usah kata salah ..., balik ke Kuala Lumpur nanti, ingat sendighi ... oghan tua ni gilake ...,salahke ...betulke...," kata orang tua itu sambi membasuh mukanyha dengan air dalam raub tangan kanannya.
Laila terpegun mendengar kata-kata orang tua itu. Saiko dirinya mengalah kepada lelaki pwnghuni rimba raya itu. Pada ketika itu dia sedar, sesungguh ilmu penetahuan dari Tuhan ada di mana - mana. Tidak di sekolah, kolej dan universiti cuma.
"Dalam rimba ni banyak binatang, tapi manusia di sini tak jadi binatang, tak macam manusia di Kuala Lumpur ...,"kata orang tua itu.
Laila tercengang mendengar kata - kata orang tua itu.
" ... di sana dalam banyak oghang pandai, bijak, ada binatang ...," kata orang tua itu.
Laila mengangguk.
" ...deme tu ada ilmu, tak amal ...,selalu gaduh ..., beghebut makanan macam monyet ...," suara orang tua itu menyumbat dua lubang telinga laila.
Laila diam.
" ...beghebut pangkat ...,macam biawak ghebut bangkai babi ...," percakapan orang tua hilang disambar angin rimba.
LELAKI TUA
Laila senyum. Mengangguk. Dia mengaku; dari lelaki tua Orang Asli itu, dia telah mendapat pengetahuan tentang kemanusiaan.Modal insan.
"Pak cik minta maaf, cik ni, apa kata oghang putih, ego, oghang kami kata sombong ...,tak elok, buang ..., jangan pakai, tak baik ...,Tuhan maghah," Orang tua itu sambil senyu.Giginya yang tinggak dua batang kelihatan hitam berkarat.
"Mana pak cik tau?" Tanya Laila.
"Ego cik ni keghana cik tak capai tujuan ..., haja ..., tak dapat yang cik nak ...,
tak capai hajat kasih ...," orang tua itu berkata sambil merenung wajah Laila.Senyum.
"Iake, pak cik?" Tanya laila.
Pak cik tak boleh jawab..., cik jawab sendighi ...,"balas orang tua itu.
SEKITAR RIMBA
Laila mengalah.Pada detik - detik begitu dia melapah hatinya sendiri. Dua bola matanya dicampakkan kepada pepohon yang memayung sekitar rimba itu. Deru air melegakan perasaannya.
"Minta maaf, belum pak cik peghegi ...,pak cik pesan ...,cik kena yakin pada diri sendighi ..., ingat Tuhan selalu ..., tu ..., sembayang jangan tak buat ...," pesan orang tua itu.
"Ha,lagi, kalau nak seghonok, puas dengan laki cik, cik makan air kacik patimah, makan jamu, muka cik tak pucat, tubuh cik sihat ..,oghang ada ilmu tinggi, kata oghang ..., pak Sako, ilmu daghi menagha gading ni lemah ... tubuh ..., tetanaga ..., ughut dia dengan minyak belalang dewa ...," pesan orang tua itu lagi.
PATAH DAYUNG
Mulut Laila melopong.Dia mengaku; kekadang dia bersama suaminya bersampan di tengah tasik Putrajaya. Perahu tak laju melungsur atas dada air. Macam patah dayung.
" laki cik makan jamu ..., sup tenggiling, baik ...," orang tua itu berkata sambil senyum.
"Ia..., uwek ..., uweeek ...," Laila termauntah.
Orang tua itu bangun.Dia meninggalkan Laila di situ.
"Uwek, uwek, uweeek ...," bunyi yang yang teruah dari mulut Laila menyambar ke sepasang telinga orang tua itu di tebing Sungai.
"Uweeek ...," Laila muntah lagi.
"Mana nak dapat belalang Dewa, pak cik?" laung Laila.
"Uwek, uwek ..., he, melugai Ela ...," suaranya dibuai angin rimba.
"Uwek .."
(Tamat)

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.