REFORMASIKAN POLITIK NEGARA
Oleh:
Sesungguh, kejadian sekumpulan anggota Hindraf menceroboh dan melakukan kebiadaban dalam majlis menyambut Hari Raya Fitrah Perdana Menteri dan para menteri kabinet, di PWTC, pada 1 Oktober 2008 lalu, adalah 'kemuncak penghinaan' terhadap umat Islam di negara ini, khasnya orang Melayu.
Perbuatan golongan manusia beragama Hindu itu (tidak termasuk para pemeluk agama Hindu di luar Hindraf), adalah akibat dari orang Melayu atau ummah berpecah belah sesama sendiri atau ummah tidak bersatu padu.
Umat Yahudi memandang hina dan mendera umat Arab adalah disebabkan umat Arab sendiri tidak bersatu padu. Ada Arab berhati Inggeris, Amerika, Jerman,Yahudi dan hati-hati lain.
Apabila kita umat Islam atau orang Melayu tidak bersatu padu, maka musuh-musuh agama Islam dan umatnya memandang hina dan berani mengacah, menghina, menceroboh dan bahkan mungkin pada satu masa nanti membunuh orang-orang penting umat Islam.
Pecah-Pecah Perintah
Orang Melayu tidak bersatu akibat 'pecah-pecah perintah' penjajah yang memerintah Tanah Melayu. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, akibat fikiran sebilangan pemimpin Melayu masih dijajah oleh fahaman politik ala Kristian atau Barat dan menolak politik yang ditunjukkan oleh Quran, Hadis dan para ulama, maka ummah di bumi Melayu ini terus hanyut dalam perpecahan sama sendiri hingga sampai pada ketika ini.
Pada masa negeri-negeri Melayu di ambang kemerdekaan dan hingga Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pada 31 Ogos 1957, sebilangan ulama tidak mahu menyertai UMNO dan yang menjadi warga parti politik nasional Melayu itu telah 'angkat kaki' meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Islam Se Malaya (PAS), pada tahun 1951.
Sama ada Dato' Onn Jaafar mahupun Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein bersama para pengikut mereka telah menolak politik Islam dan Negara Islam. Mereka menjadi taksub kepada politik ciptaan orang Yahudi dan orang Kristian atau disebut politik ala Bara - kapitalis.
Lebih Inggeris Dari Inggeris
Akibat daripada mereka memandang tinggi kepada politik ala Barat, segolongan orang yang dikatakan 'lebih Inggeris dari Inggeris' atau 'lebih Barat dari Barat' telah menarik sebilangan besar orang Melayu atas umat Islam pada tahun 1946 menubuhkan parti politik menggunakan nama dalam bahasa Inggeris dan berpegang kepada kebendaan, iaitu United Malays National Organization (UMNO) dan tidak berideologi. Hanya bersifat nasional- kapitalisme.
Parti kebangsaan Melayu itu dengan pegangannya, iaitu nasional - kapitalis dan para ahlinya tetap berpegang teguh kepada agama Islam. Menyanjung dan mengamalkan rukun Islam yang
Pada zaman sebelum negara kita merdeka, saya bersama sebilangan besar pemuda UMNO , dengan kehendak pemimpin-pemimpin parti tersebut, telah menjelajah ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu memberi ucapan 'membohongi' orang Melayu atau umat Islam kononnya Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka nanti adalah sebuah negara Islam.
Menolak Politik Islam
Pada masa terlalu ghairah menuntut kemerdekaan dan dalam keadaan hati menolak politik Islam, para pemimpin UMNO telah mengikut kehendak Inggeris dengan merelakan Tanah Melayu ini berkongsi dengan semua manusia keturunan pendatang. Lalu dalam Perlembagaan Negara dipahatkan dengan pengertian negara pusaka Melayu ini dikongsi bersama dengan keturunan pendatang.
Perkara itu tidak boleh diungkit-ungkit lagi kerana telah dikanunkan dalam Perlembagaan. Kalau diungkit akan menjadi orang menentang Perlembagaan. Tetapi malangnya, orang Melayu atau Ummah dalam parti nasional-kapitalis itu hingga pada hari ini, masih berkeadaan seperti dijajah fikiran dan semangat, kerana dasar parti itu masih kekal dengan pegangan nasional-kapitalis dan menolak politik Islam walaupun negara ini telah diakui Negara Islam.
Walau bagaimapun kita menyanjung dan berterima kasih kepada para pemimpin UMNO, walaupun mereka menolak politik Islam dan Negara Islam, tetapi mereka dengan kemampuan kerajaan telah mewujudkan berbagai kepentingan umat Islam, seperti universiti Islam, bank Islam dan amalan Islam dalam semua bank, Pusat Islam, Jabatan Islam dan organisasi Islam termasuk Lembaga Urusan Tabung Haji serta masjid-masjid di seluruh negara.
Berjaya Menanam Kepercayaan
Atas kesedaran dan tebal iman Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad dan timbalannya, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berjaya menanam kepercayaan kepada para anggota kabinet dan semua ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional tentang Negara Islam, maka pada tahun 2003 Parlimen Malaysia memperakukan negara ini sebuah negara Islam.
Umat Islam tidak akan melupakan jasa dan budi baik Dr. Mahathir Mohamad yang telah berjasa kepada negara dan telah mewujudkan 'dunia kecil baru moden' Putrajaya.
Bekas Ketua Setiasuaha Negara, Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid dalam ucapannya dalam Seminar 'Hak Dan Tanggungjawab Pelbagai Kaum Dalam Sebuah Negara Islam', anjuran Institut Kegahaman Islam Malaysia, pada 22 Julai 2003 dan dimuatkan dalam buku karyanya Sekadar Berpendapat, pada halaman 11, berkata:
"Negara kita telah diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam. Sebuah Negara Islam bukan bermakna bahawa kesemua penduduknya terdiri daripada satu kumpulan etnik sahaja, dan semuanya memeluk agama Islam."
"... Dengan pengistiharan Malaysia sebagai Negara Islam, adalah wajar satu fahaman yang jelas diberikan terhadap hal dan tangungjawab pelbagai kaum dalam negara ini."
Dr. Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi dan beberapa tokoh UMNO yang 'Islamik' telah dapat menyesuaikan diri mereka dengan tokoh-tokoh Islam di luar UMNO. Tetapi masih ramai yang 'tegar' dengan politik ala Barat dan termasuk budaya Barat.
Gagasan Islam Hadhari
Apabila Abdullah Ahmad Badawi menduduki kerusi Perdana Menteri, beliau telah mengemukan doktrin dalam sajaknya; cari rahsia dan Quran dan Hadis jadikan pedoman dan mewujudkan gagasan Islam Hadhari (agak sama dengan tujuan Presiden PAS, Allahyarham Yusof Rawa, iaitu Melayu tajdid dan Hadharah Islam), ternampak golongan yang tidak berminat dengan tujuan beliau, politik Islam dan Negara Islam telah memuncungkan sepasang bibir mulut masing-masing kepada rakan-rakan mereka untuk menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi dari kerusi keramat negara itu.
Sama ada Abdullah Ahmad Badawi dipaksa turun atau dengan kerelaan beliau, tidak dapat ditulis di sini, tetapi ternyata, beliau ditentang oleh musuh-musuh politiknya.
Kalangan tidak berminat akan politik Islam itu, sedikit sebanyak tepengaruh dengan suara Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan memerintah negara ini mengikut kehendak rakan-rakannya dalam DAP (pecahan dari PAP Singapura) yang cenderung kepada sosio-damokrasi.
Anwar Ibrahim yang pada satu masa dulu memperjuangkan politik Islam, tetapi setelah duduk dalam kemewahan dan kemudian tercampak ke laut lara, kini sebagai orang hanyu menumpang apa sahaja yang ada di laut; lalu beliau menumpang rakit sosio-demokrasi.
Generasi Tun Razak
UMNO yang akan dipimpin oleh Generasi baru. Seperti kata Abdullah Ahmad Badawi,
"...saya orang terakhir dari generasi Tun Razak",
Dato Seri Najib perlu mengubah dasar politiknya sesuai dengan Negara Islam, iaitu UMNO meminda Perlembagaannya menjadi politik Melayu berideologikan Islam.
Perubahan dasar dan menjadi sebuah parti politik Melayu yang berideologikan Islam, adalah satu jaminan yang boleh mnenyelamatkan parti politik itu dari menjadi seperti ekor tikus atau terus pupus seperti parti politik di India pimpinan Ghandi dan di Indonesia, parti Nasional, pimpinan Presiden Ir. Soekarno.
UMNO membuka pintunya kepada rakyat semua rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menjadi ahlinya seperti yang telah dilakukan oleh PAS. Kerana mengikut perlembagaan rakyat negara ini yang beragama Islam dihitung Melayu - orang Melayu adalah orang Islam.
Memberi Kefahaman Islam
Sesuai dengan Malaysia sebuah Negara Islam, maka UMNO dan kerajaan hendaklah mengambil langkah mengadakan penerangan atau memberi kefahaman Islam kepada semua ahli parti politik dalam komponen Barisan Nasional, terutama MCA, MIC dan GERAKAN.
Memberi kefahaman itu bukan bertujuan menarik mereka untuk memeluk agama Islam, tetapi untuk memberi mereka faham akan agama Islam dan politik Islam.
Apabila rakyat Malaysia telah faham akan agama Islam dan politik Islam, maka tidak wujud lagi keraguan dalam hati mereka untuk menentang Islam dan mereka akan menjadi sahabat paling jujur dan setia dengan umat Islam.
Kerajaan Atau Pemerintah Islam
Warga Negara Malaysia yang terdiri dari keturunan Cina dan India yang tidak faham Islam sentiasa menentang Negara Islam. Mereka itu boleh mengikut atau setia kepada apa sahaja corak kerajaan atau pemerintah Islam jika mereka faham. Mereka telah faham Islam dan politik Islam, maka mereka menjadi rakyat yang setia kepada kerajaan atau pemerintah Islam.
Kerana Malaysia Negara Islam, maka menjadi 'wajib' kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu - kerana mereka ketua agama Islam - , menegah atau menghalang sebarang parti politik yang berdasar atau berideologikan ideologi yang berlawanan dengan, seperti komunis, sosialis atau sosio-demokrasi.
Yang Diperetuan Agong dan Raja-Raja Melayu, 'wajib' menentukan, hanya parti politik yang berideologikan Islam sahaja yang boleh memerintah negara ini.
Bekerjsama Memerintah Malaysia
Apabila UMNO telah berideologikan Islam dan mengamalkan politik Islam, maka parti politik Melayu iatu tidak lagi berkeadaan seperti 'anjing dengan kucing' dengan PAS. Kedua-dua buah parti politik itu akan bekerjama. Tidak mustahil, pada satu masa yang terdekat UMNO dan PAS akan bekerjasama memerintah Malaysia - Negara Islam.
Apabila hal yang demikian itu telah berlaku, maka, yakinlah, orang Melayu dan umat Islam di negara ini tidak berpecah belah lagi.
Jika UMNO tidak berubah kepada berideologikan Islam dan Raja-raja Melayu memandang tidak 'wajib' menegah parti politik berideologikan komunisme, sosialisme dan sosio-demokrasi memeritah negara ini, pada pilihan raya yang ke - 13 nanti, UMNO akan kecundang.
Kalau UMNO telah berkubur dan bangsa Melayu tenggelam atau hilang dari dunia ini, maka yang memikul tanggungjawab dan berdosa, adalah pemimpin-pemimpin UMNO hari ini kerana taksub dengan asobiah sempit dan fanatik kepada faham kebendaan ala Barat. Raja-Raja Melayu yang menjadi 'Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu'
Selamat hari raya fitrah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.