KISAH-KISAH ORANG KITA
Oleh: Pak Long
TAKUT BINI
Pada hari raya baru ini, Pak Long telah pergi beraya di rumah terbuka seorang ahli politik nasionalis Melayu. Tengah Pak Long kunyah ketupat betina dengan daging rusa rendang tok, seorang tokoh politik duduk dekat Pak Long. Dia kenal Pak Long. Kami berbual.
"Apa macam, ada tulis buku?" dia bertanya.
"Adalah sebuah dua," jawab Pak Long.
"Saya nak tulis buku juga, tapi tak pandai," katanya.
Hati Pak Long berkata, " ...dah tamat universiti tak pandai tulis buku."
Pak Long senyum. Dia senyum.
"Apa fikir Encik, kalau saya bertanding naib presiden UMNO?"dia bertanya.
"Bagus, bertandinglah," kata Pak Long.
Dia senyum, macam Dato Najib Senyum. Macam Haji Hadi senyum. Macam Karpal Singh senyum.
" ...takut bini saya tak kasi," katanya.
"Ngapa pula, isteri tuan tak kasi?"Pak Long bertanya.
"Heee, bini saya tu, apa saya nak buat kena minta izin dia," kata si politikus.
Hati Pak Long menyumpah kepadanya. Dia lelaki dayus, takut bini.
' ... bini saya pernah tengking saya," katanya.
"Tengking?" Pak Long bertanya.
"Ia, tengking," jawabnya.
Pak Long diam sambil kunyah ketupat betina dengan daging rusa.
"... kalau dah takut bini macam mana nak jadi pemimpin ...,"hati Pak Long berkata.
ALAM SEMULA JADI
Pada satu malam Pak Long ikut seorang kawan pergi mendengar seorang ustazah - mubalighah. Sekali dia datang bersyarah mesti bayar kepadanya RM1,000. RM500 tak datang.
Dia bersyarah dengan goyang dada, beratus kali angkat dua lengannya yang bersalut gelang dan rantai emas. Pak Long tak peduli itu semua.
Yang Pak Long kesal dia sedar atau tidak, pandai atau bodoh, dia menggunakan perkataan 'alam semula jadi'. Bukan dia seorang sahaja yang bercakap begitu, bahkan ramai orang alim, orang pelajaran, menteri dan wakil rakyat kata 'alam semula jadi'.
Pak Lonhg tak tegur dia. Pak Long tahu perkataan itu berlawanan dengan agama Islam. Menurut ajaran agama Islam, semua alam dan semua makhluk bukan semula jadi. dijadikan oleh Allah.
Orang yang bercakap macam itu, macam orang komunis, orang atheis dan orang kafir.
KENA PAKSA
Pak Long telah pergi ke sebuah pasar raya di
Dia bertanya kepada Pak Long: "Awat Pak Lah nak berhenti jadi Perdana Menteri, dia kena paksa ka?'
Pak Long diam.
"Kena paksa macam Tunku Abdul Rahman kut...,"dia berkata lagi.
Pak Long diam lagi.
Setelah dia pergi, hati Pak Long berkata, " Orang kampung pun la ni pandai bercakap politik."
TAK CAKAP HUDUD
Di sebuah kedai nasi kandar mamak di Pulau
Pak Long diam.
"Awat semenjak dua menjak besahabat dengan Anwar Ibrahim, Karpal Singh, depa tak beghani sebut negagha Islam, hudud lagi?" Dia bertanya.
"Saya tak tau, kalau nak tau, pi tanya Haji Hadi, Nik Aziz,"Pak Long berkata.
"Mengaghut eh, dulu beghani sangat, la ni dah macam laki kena nasi tangas,"Katanya.
NANGKA DISUMPAH BERUK
Seorang siswazah sebuah universiti, di
Pak Long senyum.
"Macam mana beruk sumpah buah nangka?" dia bertanya lagi.
"Tu peribahasa, ertinya anak dara terlalu memilih lelaki untuk jadi suaminya, dia menjadi anak dara tua, sampai umor empat puluh lebih, macam buah nangka kering kerepot bergayut di dahan,"jawab Pak Long.
"Bergayut di dahan?"dia bertanya.
"Ialah, buah nangka tu dikatakan disumpah dik beruk,"jawab Pak Long.
"Macam saya nilah, kerana memilih ..., la ni umur saya dah dekat empat puluh tahun, tak ada siapa yang nak ...,"katanya.
Senyumannya patah.
Pak Long senyum.
"Saya ni macam buah nangka disumpah dik berukla," sungutnya.
"Sampai tuala lu...,"kata Pak Long menjerit kepadanya.
Pak Long
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.