Saturday, October 11, 2008

Tun Ahmad Sarji bin Abul Hamid


KETUA HAKIM NEGARA

LANCAR BUKU BIOGRAFI AHMAD SARJI

Oleh: Mokhtar Petah



Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Hj. Mohamad, telah melancarkan buku biografi bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji bin Abul Hamid, berbahasa Inggeris, berjudul, Ahmad Sarji Attaining Eminence, di sebuah hotel, di Petaling Jaya, pada malam tadi (10 Oktober).

Buku setebal 460 halaman itu, ditulis oleh Production Editor surat khabar The Malay Mail, Encik Lim Chang Moh dan diterbitkan oleh MPH Publishing.

Tun Abdul Hamid dalam ucapannya telah menyanjung Ahmad Sarji sebagai seorang tokoh yang berjasa kepada negara dan orang ramai.


Ahmad Sarji bersama bekas Ketua Polis Negara, Tun Hamit Omar


“Dari seorang pegawai kerajaan menjadi pegawai tinggi nombor satu negara. Dari penuntut sekolah rendah di Tapah Perak, menjadi tokoh Maal Hijrah,”katanya.

“Sebagai seorang pengamal undang-undang, saya kenal beliau adalah seorang yang bekerja kuat, dedikasi dan membuat banyak jasa kepada negara,” tambah Tun Abdul Hamid.


Penulis buku-Lim Chang Moh


Menurut, Ahmad Sarji bukan sahaja bekas pegawai tinggi kerajaan dan membuat banyak amal kebajikan setelah bersara, dia juga telah menulis buku-buku penting, di antaranya buku tentang seniman agung, P.Ramlee.

Beliau berharap buku biografi tokoh penting tanah air itu akan dapat dibaca oleh semua rakyat negara ini.

Ahmad Sarji memberitahu, bahwa beliau tidak pernah berharap buku biografi dirinya akan diterbitkan, tetapi kerana pengarangnya, Encik Lim Chang Moh meminta kepada beliau untuk mengarang buku biografi itu, maka beliau rela memberinya, tetapi telah meminta pengarang buku itu ‘tidak bertanya kepadanya tetapi bertanya kepada orang-orang lain yang mengetahui dan kenal akan diri beliau.’

Ahmad Sarji yang menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia dan sebuah badan dana kewangan telah menulis beberapa buah buku, di antaranya buku mengenai seniman agung P.Ramlee dan Hang Tuah.

Majlis pelancaran itu dihiburkan dengan sebuah pancaragam dan setiap inividu yang hadir telah dihadiahkan sebuah buku biografi tersebut oleh penerbitnya.

Majlis pelancaran buku itu dihadiri oleh lebih 700 orang yang terdiri dari para bekas pegawai tinggi kerajaan, pegawai kerajaan, penulis dan cendekiawan, di antara mereka, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Azmi Kamaruddin.




Tun Abdul Hamid sedang merasmikan pelancaran buku Attaining Eminence



Tetamu yang hadir




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.