Monday, July 7, 2008

MALAYSIA NEGARA ISLAM

Oleh: Mokhtar Petah


Sesiapa yang menghukum tidak dengan apa (hukum) yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu orang-orang kafir.

(Al Maaidah: 44).


Sesiapa yang menghukum tidak dengan apa (hukum) yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu orang-orang yang zalim

(Al Maaidah:45)


Sesiapa yang menghukum tidak dengan apa (hukum) yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu orang-orang yang fasik

(Al Maaidah:46).


Apakah hukum (undang-undang) jahiliah yang mereka perlukan, dan (undang) siapa yang lebih baik dari undang-undang Allah bagi mereka yang yakin.

(Al Maaidah: 47)


Kita mengakui, bahawa UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak bin Dato
Hussein, Tun Husein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad menentang sebarang usaha menjdikan negara kita ini sebuah negara Islam - negara keredaan Allah. Tetapi pada masa ini penentangan itu telah berkurangan.

Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi telah mengemukakan doktrinnya tentang pentingnya rakyat dan kerajaan mengambil Quran dan Sunnah Nabi Muhammas s.a.w. untuk dijadikan pedoman.

Pada masa ini kita sedang menghadapi beberapa masalah serius. Di antaranya tragedi Memali, tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa beliau Timbalan Perdana Menteri, peristiwa Al Maunah di Sauk dan pembunuhan ke atas janda muda dari Mongol, Altantuya dan kini tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim bagi pusingan yang kedua.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.