Monday, July 7, 2008

KENANGAN DI KAMPUNGKU
PERISTIWA KUMPULAN AL MA’UNAH

Kampung Ngor (bahasa orang Champa; ertinya, tempat singgah). Kampung ini di bahagian belakangnya banjaran Gunung Bintang Hijau, dikelilingi oleh kampung Jenalik Hilir, Jenalik Hulu, Changkat Duku dan Sauk.

Di sebelah timurnya terbentang indah tasik Cenderuh dari sungai Perak yang direntangi empangan Chenderoh yang telah dibina pada tahun 1930-an.

Aku dilahirkan di sini (baca novel: Kasih Ibuku dan buku Memoir penulis: Patah Sayap Bertongkatkan Paruh). Dibesarkan di sini. Belajar di beberapa tempat termasuk di Kepala Batas Pada tahun 1953-55. Berguru kepada Sheikh Abdullah Fahim, Datuk Haji Ahmad Badawi, Ustaz Haji Abdul Halim Al Hadi, Haji Ahmad Maliki. Pada masa itu Abdullah Ahmad Badawi masih bersekolah rendah, High School, Bukit Mertajam.

Di kampung Ngor dan Bukit Jenalik inilah telah berlaku kejadian kumpulan Al Maunah pimpinan guru silat, Mohd. Amin Ghazali dikatakan merompak senja dalam kem tentera wataniah di Grik.

Kepada saya dia mengaku menjunjung Quran, bahawa dia dan kumpulannya tidak melakukan kejahatan itu. Tetapi kerana pihak tentera kuat keterangan, maka dia telah dihukum gantung.

Gambar-gambar ini adalah kenang-kenangan aku dengan isteri, anak-anak dan kaum kerabat pada Hari Raya Korban tahun lalu.










No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.