Tuesday, July 8, 2008

HADIS

Rasulullah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Tiga (jenis manusia) Allah tidak berfirman (bercakap-cakap) dengan mereka dan tidak akan membersihkan (dosa mereka) mereka pada hari kiamat dan mereka akan mendapat seksaan yang pedih:

(1) Orang yang mempunyai air yang lebih dalam perjalanan (di tengah padang pasir), tetapi dia tidak mahu memberikan kepada musafir (yang memerlukan),

(2) Orang yang bai�ah (janji setia) kepada imam (ketua kerajaan atau pemerintah Islam), tetapi bai�ah (janji setia)nya itu hanya kerana hendak memperoleh keuntungan dunia. Kalau dia diberi (habuan atau keuntungan), ditunai janjinya, tetapi kalau tidak diberi (habuan atau keuntungan), janjinya tidak dipenuhinya (tidak setia),

(3) Orang yang menjual beli sesuatu barang setelah �Asar, yang dia telah membayar harga barang itu lalu orang yang membeli itu bersumpah dengan nama Allah, lalu diberi oleh orang yang menjual itu, pada hal dia belum membayarnya.

Perawi: Abu Hurairah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.