KOH TSU KOON
MACAM SOKONG TECK LEE
Pemangku Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Teck Lee dalam menyentuh kedudukan kepimpinan UMNO, nampaknya seperti dua orang penyanyi, seorang melagukan lirik syair dan seorang lagi menyanyikan lagu lirik pantun.
Presiden SAPP menyuarakan akan menggulingkan Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi dengan undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat, manakala Pemangku Presiden Gerakan mahukan dominasi UMNO di ubah.
Koh Tsu Koon mahu amalan hanya pemimpin dari UMNO yang berkuasa dalam Barisan Nasional dihentikan dan beliau mahukan pemimpin UMNO terdiri dari orang Melayu yang liberal – tidak kuat Islam tetapi condong kepada sosialis – untuk memimpin UMNO.
Abdullah Ahmad Badawi seorang yang condong kepada Islam dan beliau orang Melayu tidak liberal, maka ucapan Koh Tsu Kon pada program bual bicara Gerakan di Selangor, kelihatan sama dengan tujuan Yong Teck Lee, sekadarkan Yong ibarat bersyair dan Koh berpantun.
Suara Koh Su Koon, suara Gerakan pada masa ini, seperti menyemarakkan lagi laungan SAPP untuk menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi.
Kerana Abdullah Ahmad Badawi bukan seorang Melayu yang liberal, maka suara Koh Tsu Koon itu sama dengan mahukan pemimpin nombor satu negara ini turun dari kedudukannya.
Pada masa penubuhan Gerakan dulu, para pelopornya telah menyuarakan, bahawa parti itu akan mengamalkan sosio- demokrasi, iaitu berlainan dari UMNO, MCA dan MIC mengamalkan nasional - kapitalis.
Gerakan bukan DAP atau PAP Singapura, tetapi ideologi mereka sama, iaitu sosio-demokrasi.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.