BIDUAN SAZALI MOHAMED
Oleh: Petah Shahrir Aidid
Apabila biduan Sazali Mohamed menyanyikan lagu yang dinyanyikan oleh biduan
Rombongan itu telah datang ke sini di bawah anjuran Kementerian Perancangan Persekutuan Tanah Melayu.
Di antara anggota-angota rombongan kebudayaan tersebut, ialah, biduan S.Affandi, Beng Selamat dan Bob Toti Poli. Biduanita Titik Puspa dan Anike Gronlo.
Biduan Sazali Mohamed - telah menghiburkan para pengujung Kelab Tasik Putrajaya, pada malam Sabtu lalu yang terdiri dari pegawai tinggi kerajaan, ahli koporat, kalangan profesional.
Di antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Sazali, ialah ‘Petua Pujangga’ yang dinyanyikan oleh biduan S.Affandi.
Lagu itu telah menghimbaukan ingatan saya kepada pertemuan saya dengannya Affandi, Beng Selamat, Titik Puspa dan Anike Gronlo di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, pada hari rombongan kebudayaan Indonesia itu menjadi tetamu undangan Sultan Perak, Sultan Yusuff Izzuddin Shah, dalam rangka lawan mereka dulu.
Saya telah berkesempatan bertemu dengan Sazali Mohamed pada waktu dia berehat di dewan kelab Tasik Putrajaya.
“Semenjak di bangku sekolah lagi saya berminat menyanyi, hingga masa ini menyanyi menjadi mata penyarian saya, mencari nafkah untuk keluarga,” katanya.
“Saya jadi penyanyi menghibur pengujung-pengunjung hotel, kelab eksklusif yang terdiri dari orang-orang golongan kenamaan dan berada,” katanya.
“Saya syukur kepada Allah, semua yang hadir di restoran atau coffee house di hotel-hotel gemar mendengar lagu-lagu yang saya persembahkan,” katanya lagi.
Menurutnya, menjadi penyangi yang mencari rezeki dengan menggunakan suara, banyak cabaran dan dugaan, tetapi dia dapat melaluinya dengan sabar dan yakin diri. Tuhan tetap menolongnya.
Dia rasa bangga kerana dapat menghiburkan mereka dari golongan koporat yang mencari ketenteraman fikiran, menenangkan perasaan atau meminati lagu-lagu Melayu dan Inggeris.
Sebagai penyanyi, dia telah dapat menyanyikan berbagai jenis lagu Melayu, Inggeris dan bangsa-bangsa lain.Di majlis-majlis kahwin dia menyanyikan lagu-lagu Melayu asli.
Sazali akan beruaha melakanakan nasihat peminatnya, supaya dia merekodkan lagu-lagunya secara usaha perseorangan. Selain dari lagu-lagu popular zaman silam dan masa kini, lagu-lagu liriknya sendiri atau oleh penulis-penulis dapat dipasarkan di majlis-majlis tempat dia mempersembahkan nyanyiannya.
Mungkin Sazali dapat mengubah lagu dengan menggunakan lirik yang saya tulis untuknya ini:
CINTA KITA
Cintamu cintaku,
Oh, sayang.
Cinta kita berdua,
Oh, sayang.
Cinta kita berdua,
Oh, sayang.
Cinta kita berdua,
Oh, Tuhan.
Sazali telah dilahirkan di Johor Bharu pada tahun 1950. dia telah muncul sebagai seorang penyanyi dari keluaga yang ada seorang pun anggotanya menjadi penyanyi.
Menurut Sazali, kerana minatnya dalam bidang nyanyian, dia tidak bekerja dalam bidang lain. Sejak tamat tingkatan enam, di Victoria Institution,
Dia telah menjelajah seluruh
Sazali tinggal di
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.