YONG TECK LEE BANTU MELAYU
Orang Melayu yang bertindak untuk menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi telah mendapat sokonganan dari Yong Teck Lee – orang Cina dan bukan Muslim untuk menggulingkan pemimpin Ummah.
Kalau Dr. Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim dan siapa sahaja hendak menjatuhkan pemimpin ummah, mereka telah berjaya menjadi hulu beliung menumbangkan pemimpin Ummah dan memporak perandakan rakyat
Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Teck Lee yang disifatkan oleh Abdullah Ahmad Badawi sebagai ‘tamak, adalah individu Cina masa ini telah melaungkan suara untuk menjatuhkan pemimpin yang terdiri dari orang Melayu dan beragama Islam.
Kalau saya seorang penganut komunisme atau sosialisme memang saya menyanjung Yong Teck Lee dan partinya ke langit biru, tetapi kerana saya orang Melayu dan beragama Islam, saya menyifatkannya seorang musuh ummah dan bangsa Melayu.
Abdullah Ahmad Badawi telah berkata, bahawa pemimpin SAPP itu bertindak hendak menggulingkkan beliau melalui undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat kerana beliau tidak dapat memenuhi tuntutannya pada ketika pilihan raya yang ke – 12 lalu.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.