Wednesday, May 28, 2008



KAMPUNG BARU

BUKAN SIMPANAN MELAYU

Oleh: Mokhtar Petah

Pemandangan Kampung Baru

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,Datuk Salleh Yusuf telah menyeru penduduk-penduduk Kampung Baru, khasnya mereka dalam kawasan pasar minggu “ …kami ambil keputusan nak bangunkan tempat ini, jadi penduduk kenalah faham.”

“Saya beri jamin, penduduk tidak akan tertinggal kerana pembangunan yang kita bawakan ini adalah ‘pembangunan campuran’ dengan terdapat kawasan perniagaan, pusat pelancongan dan kebudayaan serta kediaman utama dalam bandar,” katanya.

Saya tidak mengetahui, adakan Ketua Pengarah itu bercakap berdasarkan semangat politik semasa atau ada unsur undang-undang ataupun sekadar menyedapkan hati penduduk-penduduk Kampung Baru.

Patut diketahui, Kampung Baru tidak termasuk tanah (Malaysia reserve (simpanan Melayu),iaitu tanah yang tidak boleh dimiliki oleh orang bukan Melayu. Tanah tersebut di nama Malay settlement (penempatan Melayu), iaitu tanah yang boleh dimiliki oleh orang Melayu dan bukan Melayu.

Jika mana-mana kawasan tanah di Kampung Baru dijadikan tempat komersial dan dagang oleh mana-mana syarikat, dikhuatirkan tanah itu terlepas menjadi milik orang lain.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya,

Datuk Salleh Yusuf –Gambar Harian Metro.

Apabila tanah dimasukkan dalam syarikat, ertinya tidak lagi menjadi milik pemiliknya. Pemiliknya sekadar memegang sahamnya sahaja. Ditakdirkan saham terbesar dalam syarikat itu dijual kepada orang-orang bukan Melayu, maka tentulah itu syarikat tersebut menjadi milik mereka.

Pihak Bandaraya Kuala Lumpur boleh memberi jaminan dengan mulut sahaja, tetapi sebagai sebuah syarikat berjalan di bawah undang yang memungkinkan pemilik tanah itu kehilangan hak atas tanah tersebut.

Bagaimana, kiranya setelah tanah itu dimasukkan ke dalam syarikat, tiba-tiba kerajaan negara ini berubah ke tangan parti-parti politik lain,apa akan jadi dengan tanah di Kampung Baru itu.

Mungkin orang ramai amat yakin dengan agensi-agensi kerajaan yang dianggap telus, tetapi tidak lama dulu telah berlaku satu kejadian ke atas ahli perniagaan di Kuala Lumpur.

Ahli perniagaan itu memiliki tanah komersial lebih 20 ekar di Hulu Langat. Dia telah mengikat perjanjian bekerjasama dengan sebuah agensi kerajaan untuk memajukan tanah tersebut, iaitu membina rumah- rumah tempat tinggal dan bangunan perniagaan.

Beberapa tahun kemudian,dia mendapati tanahnya itu telah menjadi milik agensi kerajaan tersebut. Dia telah mengambil tindakan dengan mengemukakan ke Mahkamah Tinggi, akhirnya Mahkamah Tinggi memutuskan agensi membayar harga tanah itu sepenuhnya kepadanya.

Kampung Baru patut dibangunkan, tetapi kerajaan hendaklah bertanggungjawab menjaga muslihat semua tuan tanah atau penduduk-penduduk di sana.

Bandaraya mestilah mengambil kira masa depan tanah Kampung Baru dan pemilik-pemiliknya agar tidak berlaku pemilik hilang tanah atau berdagang di atas bumi sendiri.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.