Wednesday, May 28, 2008

Hadis

ORANG MUFLIS

Nabi Muhammad telah bersabda kepada para sahabatnya: Sesungguhnya orang yang muflis (papa kedana) - menurut Islam -, orang yang muflis, ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan memberi zakat, tetapi suka mencari seranah, maki hamun, menghina seseorang dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikan yang dilakukan akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya amal kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampurkan dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan ke atasnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Musnad: Imam Ahmad.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.