Wednesday, May 28, 2008

MAHU KAHWIN LAGI?

Wanita Solehah Tidak Tentang Poligami

Oleh: Ustaz Fiqh Sunni

Kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi (kasihi), dua, tiga dan empat, maka jika kamu takut tidak dapat berlaku adil (kepada isteri), maka (kahwinlah) seorang sahaja.

Quran, An Nisa:3

Firman Allah di atas ini tidak bersifat perintah, tetapi memberi jalan lurus kepada lelaki Muslim lagi Mukmin untuk beristeri lebih dari seorang. Tetapi tidak semua lelaki yang dibolehkan melakukan poligami. Lelaki yang layak berpoligami sekurang-kurangnya ada kepadanya:

1. Ilmu agama Islam, sekurang-kurangnya fardu a’in.

2. Fikiran waras, iaitu tidak bodoh, gila dan nyanyuk.

3. Tubuh yang sihat dengan tenaga zahir dan batin

yang baik.

4. Mempunyai kemampuan menanggung nafkah kepada isteri mengikut yang ditentukan dalam Islam.

5. Tidak fasik (Tidak tinggal sembahyang dan segala perintah

Allah).

6. Tidak berpenyakit bahaya, seperti AIDS dan sebagainya.

7. Dia cinta dengan ikhlas kepada perempuan-perempuan

yang akan dinikahinya itu, iaitu bukan kerana nafsu, rupa

cantik dan harta perempuan itu.

Jika lima perkara di atas ini tidak ada pada seseorang lelaki, maka dia tidak layak beristeri lebih dari seorang. Maka jalan mengatasi keinginannya untuk berpoligami, ada hadis yang menunjukkan supaya dia beribadat – sembahyang sunat, wirid nama Allah dan selawat kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam.

Lelaki yang hendak berpoligami mestilah ada salah satu syarat ‘jati diri’, iaitu, tidak bencikan isteri pertama. Ertinya dia masih kasih kepada isterinya yang pertama. Sebagai lelaki Allah telah memberi peluang hak untuk mencintai perempuan (isteri) lain. Kasih biar adil, nafkah biarlah sama.

Seseorang lelaki yang hendak berkahwin lagi, hendaklah ingat, bahawa tidak ada perempuan yang suka bermadu, walaupun dia alim dalam ilmu agama Islam. Perempuan ada perasaan cemburu seperti isteri Nabi Muhammad s.a.w., Sayidah Aisyah binti Sayidina Abu Bakar As Siddik.

Seorang pensyarah ilmu agama Islam di TV dan di khalayak umum, pada ketika ditanya akan kerelaannya bermadu, dia telah menjawab, “ …biar tubuh saya ni kerat empat, saya tak rela bermadu, tak rela berkongsi suami dengan orang lain.”

Yang paling baik, sebelum seseorang lelaki yang hendak berpoligami, dia mentarbiahkan isterinya dengan pengetahuan Islam untuk isterinya faham akan ruang yang diberikan oleh Allah kepada lelaki untuk berpoligami.

Sayangnya, kebanyakan rumah tangga umat Islam di seluruh dunia, suami mengikut Quran dan Sunnah, tetapi isteri mengikut amalan paderi gereja Kristian.

Contohnya, suami warak, mengikut ajaran Quran dan Sunnah, tetapi isteri mendedahkan aurat. Tidak bertudung kepala bila di luar rumah. Mendedahkan padang buah dada. Mendedahkan dua puntung lengang dan dua puntung betis.

Pasangan seperti di atas, ternyata suami ikut agama Islam dan isteri mengikut orang beragama Kristian atau mereka yang tidak mengikut mana-mana agama.

Oleh kerana setiap perempuan ada perasaan cemburu. Hati mereka sering dikursus oleh iblis, maka suami yang ingin berkahwin lagi, eloklah melakukan amalan berikut ini:

a. Tentukan perempuan yang hendak dikahwini itu.

b. Bersihkan diri dengan taubat dan tawakal dan kuat iman kepada Allah serta berdoa kepada-Nya sebelum melakukan petunjuk ini.

c. Amalkan pada tiap-tiap malam selama tujuh malam. Mulakan dengan malam Jumaat.

* Sembahyang hajat. Lepas Fatihah pertama bacanya surat al kafirun dan lepas Fatihah kedua, baca surah Al Ikhlas.

* Setiap kali sujud mohon kepada Allah supaya dilembutkan hati isteri.

Apabila isteri telah tidur nyenyak, masuk dan berbaring di sisinya dengan berwuduk. Baca ayat Quran dalam surat Ali Imran:200 (akhir):

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan tetapkanlah bersiap siaga (di perbatasan negeri kamu) dan tawakallah kepada Allah supaya kamu beruntung.

Baca sebanyak tujuh kali. Setiap kali akhir bacaan hembuskan kepada tubuh isteri dari kepala hingga ke hujung kakinya. Lakukan sebanyak tujuh kali. Insya Allah anda akan berjaya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.