Monday, May 26, 2008

PEMBAHAGIAN ZAKAT


Bagaimana Yang Berhutang Jatuh Papa?

Oleh: Mokhtar Petah

Sesungguhnya sedekah (zakat) hanyalah bagi orang-orang fakir, miskin, yang berhutang jatuh papa, berkhidmat di jalan Allah, dan orang yang musafir. Itulah ketetapan dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

(Quran; At Taubah: 60)

Allah telah memerintahkan, zakat yang wajib dikeluarkan, ialah meliputi hasil perdagangan, ternakan, pertanian, emas dan perak (yang diperniagakan, disimpan sebagai harta beku dan untuk perhiasan).

Zakat wajib dikeluarkan setelah selesai menyempurnakan puasa pada bulan Ramadhan, iaitu dari hari raya Aidil fitri.

Mereka yang berhak menerima habuan dari zakat, iaitu lapan jenis manusia atau golongan:


1 . Fakir, ialah mereka yang tidak memiliki harta dan tidak sumber atau mata
pencarian untuk membiayai
keperluan hidupnya.
2.
Miskin, mereka yang ada harta dan mata pencarian tetapi tidak cukup untuk
membiayai keperluan
hidup.

3. Amil, ialah orang yang diberi tanggungjawab untuk memungut dan menghimpun
hasil zakat dripada orang ramai menurut yang ditentukan dalam agama Islam.

4. Mualaf, orang yang memeluk agama Islam yang masih memerlukan bimbingan agama Islam, iaitu:

a. Mereka yang niat hati belum tetap dan mudah berubah.

b. Orang yang ada pengaruh yang dapat membawa para pengikutnya memeluk agama Islam.

c. Orang yang masih belum tetap iman bagi melengkapkan diri untuk memerangi musuh Allah atau berjihad pada jalan Allah.


5. Abdi atau hamba yang telah mengadakan perjanjian dengan tuannya untuk menebuskan dirinya kerana hendak memeluk agama Islam.Bayaran dari zakat itu boleh diserahkan kepda tuan abdi atau hamba itu sebagai tebusan.

6. Mereka yang berhutang tidak pada jalan maksiat, tetapi kerana keperluan hidup mereka dan keluarga mereka pada jalan Allah, atau untuk kesejahteraan orang Islam dan mukmin.

7. Mereka yang menjalankan tanggungjawab pada jalan Allah, jihad pada jalan Allah. Menurut para ulama ilmu fiqh (fikah), bahawa berjihad pada jalan Allah termasuklah memperbaiki masjid, surau, sekolah, rumah anak yatim, rumah sakit, persiapan menyempurnakan jenazah (kerana tak mampu), mencari ibu bapa yang terpisah dan mencari anak yang hilang, menuntut ilmu yang diredai Allah

8. Musafir, iaitu orang yang musafir kerana jalan Allah, orang Islam terlantar di
negeri orang.

Di negeri-negeri di Malaysia, walaupun pembahagian zakat telah dijalankan dengan baik oleh pihak berwajib, tetapi pembahagian kepada mereka yang terhitung dalam asnaf yang ke enam, masih tidak nampak dengan jelas atau seperti tidak dilaksanakan.

Ramai orang Islam yang telah berhutang kerana keperluan hidupnya dan keluarga, seperti berniaga yang mengalami ‘gulung tikar’ kerana persaingan dari orang-orang bukan Melayu.

Ada di antara mereka tidak dapat melangsaikan hutang kepada pihak institusi kewangan, maka mereka jatuh muflis. Ada di antara mereka telah memohon bantuan kepada badan zakat di negeri masing-masing, tetapi tidak mendapat layanan.

Jika diambil kira jumlah kutipan zakat oleh beberapa buah negeri mencecah jumlah antara 1 hingga 2 bilon, maka berapakah jumlah wang zakat itu untuk Gharimin (orang yang berhutang) mejadi beku kerana tidak dikeluarkan.

Perbuatan membekukan wang zakat untuk Gharimin adalah berlawanan dengan perintah Allah dalam ayat Quran di atas.

Diharapkan, semua pihak yang bertanggungjawab dengan zakat di semua Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu di negeri-negeri seluruh dapat menyelidik dan mengkaji perkara tersebut.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.