Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Sunday, May 25, 2008

Untuk menungan

TEMAN SEJATI

Hai orang-orang yang beriman, jangan kamu mengambil jadi teman kepercayaan kamu orang-orang yang di luar kalangan kamu (kerana) mereka tidak henti-henti (menimbulkan) kemudaratan bagi kamu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata, kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah terangkan kepada kamu ayat-ayat, jika kamu memahaminya.

Beginilah kamu; kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kita-kitab semuanya, mereka berkata: “Kamu beriman”, dan apabila mereka menyedari, mereka menggigit hujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): “Matilah kamu kerana kemarahan kamu itu” Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati.

(Ali Imran: 118, 119).

Saturday, May 24, 2008

HADIS

HARAM DAN HALAL

Pada satu mata yang mendatang (nanti), ada orang (Muslim) yang tidak peduli akan apa yang diambil (termasuk makan)nya, adakah haram atau halal.

Perawi: Abu Hurairah.

TIGA MENGIKUTI JENAZAH

Nabi Muhamad s.a.w. bersabda: Ada tiga yang mengikuti jenazah seseorang ke pusara; keluarga, harta dan amalannya. Tetapi harta dan keluarga kembali (meninggalkannya dalam pusara) dan yang tinggal (bersamanya) hanya amalannya.

Perawi: Anas bin Malik.

Thursday, May 22, 2008

Hadis

Jangan kamu kamu semua saling benci membenci, saling dengki mendengki, saling belakang membelakangi dan saling putus memutus ikatan persahabatan atau kekeluargaan, dan jadilah kamu semua hai hamba-hamba Allah sebagai keadaan bersaudara. Tidak halal bagi seseorang Muslim kalau dia meninggalkan – iaitu tidak bertegur sapa (antara orang Islam) lebih dari tiga hari.


Perawi: Muttafaq ‘alai; Imam Nawawi.

Wednesday, May 21, 2008

Hadis

DUA ORANG PEMBANTU PEMIMPIN

Setiap rasul diutuskan Allah atau mengangkat seseorang menjadi khalifah (ketua Negara, presiden dan perdana Menteri), di sisinya ada dua orang pembantu terdekat. Yang seorang menggalakkan untuk melakukan kebaikan, dan yang seorang lagi menggalakkan untuk melakukan kejahatan. Orang yang terpelihara dari kesalahan, ialah orang yang dipelihara oleh Allah.

Perawi: Abu Saad al Khudri dan Imam Bukhari.

Penjelasan:

Sama ada seseorang itu rasul Allah mahu pun khalifah (presiden, perdana menteri dan menteri) ada orang yang hampir dengannya:

Seorang yang kuat memegang amanah dan baik perangainya, iaitu menasihat dan menganjurkan khalifah kepada kebaikan dan menjauhkan dari kejahatan.

Yang seorang lagi sentiasa menasihat, mempengaruhi atau menganjurkan khalifah itu untuk melakukan kejahatan, seperti maksiat, makan suap atau rasuah, tidak beramanah ata menindas rakyat.

MEMISAHKAN DIRI

Siapa yang melihat tindakan pembesar (pemeritah) yang tidak disukainya, hendaklah dia bersabar, kerana siapa yang memisah (menarik diri) dari jemaah (pertubuhan atau kerajaan) barang sejengkal, nescaya dia mati secara mati orang jahiliah (kafir).

Perawi: Ibnu Abbas.

Penjelasan.

Hadis ini mengenai rakyat dengan ketua negara Islam, kalau seseorang rakyat itu mendapati tindakan pemimpinnya tidak memuaskan hatinya atau dibencinya, maka dia hendaklah sabar atau berusaha memberi nasihat secara tidak memalukan pemimpin itu.

Tidak dibolehkan mencerca dan mengutuk seseorang pemimpin Islam di khalayak ramai atau menyiarkan dalam media dan sebagainya.

Sesiapa yang tidak puas hati dengan pemimpin itu, lalu dia keluar dari harakah atau pertubuhan atau kerajaan walaupun jauhnya sejangkal cuma, kalau dia meninggal dunia, maka matinya sama dengan mati orang jahiliah, iaitu orang yang tidak beragama Islam, tidak beriman kepada Allah, rasul-Nya dan hari kiamat.

Friday, May 16, 2008

AYAT QURAN DI KAKI

Kota Kinabalu: Di sebuah kedai makan di Kota Kinabalu, pada pagi Selasa lalu, seorang lelaki Cina telah tua sedang duduk atas bangku tepi lorong, dia mengesat kasutnya yang kotor dengan secebis dari kertas surat khabar tempatan yang terbit pada 12 Mei 2008.

Keratan surat khabar

Pada cebisan kertas itu ada salinan sepotong ayat Quran dalam ruangan ‘Info Takaful Ini Dibawa Oleh Takaful Ikhlas’, pada halaman 4 .

Beberapa orang Islam berharap Kementerian Dalam Negeri, bahagian Lembaga Pengawalan Perlesenan Pencetakan Al Quran mengambil perhatian akan hal tersebut kerana berlawanan dengan peraturan dalam setiap permit penerbitan.

Wednesday, May 14, 2008

Sajak

MUKMINKAH KITA?

(Untuk kawan-kawan)

Macam rambutan jantan;

Orang berbunga,

kita berbunga,

Orang berbuah,

kita tidak.

Islam agama kita,

Ia kata kita,

Sembahyang orang,

sembahyang kita,

Puasa orang,

Puasa kita,

Zakat dan haji,

Kita juga sama,

Pelembagaan Islam,

Negara Islam,

Laung orang,

Kita diam membatu.

Pak pandir bertanya, “Islamkah kita?”

Tanya Si Luncai , “Mukminkah kita?

Kita, si buta hilang tongka!

Putrajaya Mokhtar Petah

Berkenalan Dengan Ulama

DATUK DR. HAJI HARUN SANI ZAJARIA

MUFTI KIERAJAAN PERAK

Oleh: Mokhtar Petah

[Mufti adalah orang yang paling rapat dengan Sultan sesebuah negeri. Fatwanya diikuti oleh Sultan dan Rakyat. Di segi agama Islam, suara Mufti di atas suara Sultan. Sultan bertitah bersandarkan adat istiadat Melayu. Mufti berfatwa berdasarkan Quran dan Hadis.

Mufti menyanggah titah Sultan bererti dia melakukan kesalahan pada adat istiadat Melayu. Tetapi Sultan membantah fatwa Mufti, bererti melakukan dosa di segi agama Islam.]

Penulis

Dr. Haji Harun Sani

Di Negeri Perak terdapat ramai cendekiawan Islam. Salah seorang dari mereka itu, ialah Datuk Dr. Haji Harun Sani bin Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Perak.

Beliau mula memagang jawatan Mufti Kerajaan Perak, pada tahun 1985. Mufti orang yang bertanggung jawab atas hukum hakam dalam Islam.

Pada masa itu Mufti terletak di bawah Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak. Pada tahun 1992 dengan kehendak Sultan Perak, Mufti mempunyai sebuah jabatan khas, iaitu Jabatan Mufti. Jabatan tersebut paling rapat dengan Sultan Perak.

Dr. Haji Harun Sani dilahirkan di desa Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, pada 8 April 1939. Pada usianya tujuh tahun, beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar.

Melanjutkan pelajarannya ke Anglo Chinese School, Parit Buntar, kemudian melanjutkan pelajarannya di sekolah agama, Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Beliau telah memasuki Kulliah Al Attas, Johor Bharu.

Setelah tamat di kolej tersebut, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Kolej Islam Malaya, Klang dan berjaya mendapat diploma pendidikan, Sijil Tinggi Kolej Islam Malaya, dan kemudiannya mengikuti kursus khas, di Muslim College, London.

Sebelum memaagang jawatan Mufti Kerajaan Perak, Dr. Haji Harusn Sani telah berkhidmat dalam Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri (1964-1967) . Beliau telah berkhidmat sebagai kadi, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang ( 1967- 1973).

Pada masa berkhidmat di Pulau Pinang, beliau telah menjadi pensyarah sambilan di Maktab Perguruan Persekutuan, Gelugur, pensyarah sambilan di Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang.

Beliau telah diangkat ke jawatan Kadi Besar Pulau Pinang (1973 - 1985).

Telah menyertai dialog antara agama; Kristian, Yahudi dan Islam (1989). Pada tahun 1996 beliau telah berceramah dan berdialog dengan penuntut-penuntut Malaysia di Washington, Amerika Syarikat. Dan lawatan sambil belajar ke Negara-negara diTikjur Tengah dan Eropah.

Dr. Haji Harun Sani adalah timbalan Pengerusi Majlis Fatwa kebangsaan, Ahli Lembagsa Teks Al Quran,Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan ahli Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Beliau telah menulis beberapa buah buku. Di antara buku-buku tersebut, ialah: Syaitan Musuh Insan (1978), Hukum-Hukum Perkahwinan (1999) dan Ibadah Qurab (1999).

HADIS

Golongan yang berasal dari tulang punggung lelaki, Akan datang (hidup) sesudah (wafat)ku. Mereka beriman denganku, pada hal mereka tidak melihat aku. Mereka membenarkan aku, padahal mereka tidak melihat aku. Mereka mendapati daun (kertas) yang tergantung (Quran), lalu mereka beriman dengan isi di dalamnya. Maka, mereka itu adalah golongan orang-orang yang iman paling utama.

QURAN

Dan kamu kenangkan, pada masa Tuhan menjadikan kamu khulafa (pemegang kuasa) sesudah ‘Ad, dan dikurnia-Nya kamu tempat di bumi, membina istana di atas dataran, dan memahat bukit untuk tempat tinggal. Dan kenangkanlah kurniaan Tuhan, dan janganlah kamu membuat kebinasaan di muka bumi dengan melakukan kejahatan.

Al A’raf: 74