Saturday, November 30, 2013

MATIKAH SAYA

  1. MATIKAH SAYA

    (Ulangan)

    Tuesday, August 17, 2010

    NOTA KEMATIAN

    Pada Subuh Jumaat, 6 Ogos 2010.
    Entah suara siapa menerjah terowong telinga saya dengan ayat Quran seperti erti di bawah ini:
    Sekiranya Kami turunkan Quran ini ke atas gunung, nescaya anda
    melihat gunung itu khusyu’ dan pecah belah kerana takut kepada Allah.
    Dan (ingatlah) misal – misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada
    umat manusia, supaya mereka memikirkan. al Hashr: 21.
    Pada 30 Julai 2010 – A 1590 (2010) – 2 PTCA, iaitu saya dirawat pulih urat saraf saya kali pertama oleh Dr Shaiful Azmi Yahaya.
    Pada Jumaat, 6 Ogos 2010, jam 8.30 pagi, saya terlentang atas katil yang disurung oleh dua jururawati dan isteri saya, Sitti Haishah binti Abdul Rahman menuju ke Dewan Radiologi. Di sana, menunggu Dr Shaiful Azmi Yahaya dan dua doktor pembantunya serta beberapa jururawat lelaki dan perempuan.
    Pada ketika isteri saya menciumi wajah saya, hati saya bermadah:
    “Selamat tinggal, sayang. Jika saya ditakdir tiba dsempadang hidup, maafkan saya ... Gembiralah dengan anak – anak kita, Petah Wazzan Iskandar, wartawan, di Pulau Pinang, Petah Shahrir Aidid, jurutera dan Petah Ibnu Khaldoon, jurutera. Nasihatkan mereka agat tidka tinggalkan sembahyang ...”
    Dalam dean Radiologi yang dingin amat. Saya dengan Exam.No.4110 (10). A – PTCA, seperti pada Jumaat 30 Julai 2010, dirawat selia oleh Dr Shaiful Azmi Yahaya dan dua pembantunya serta para jururawat. Setelah beberapa saluran getah atau plastik dimasukkan ke dalam seluran urat – urat saya dari pangkal paha kanan dan pada ketika itu terasa amat sakit – sengal. Hanya kepada Allah saya berserah. Saya tidak putus – putus mengucap dua kalimat syahadat.
    Sepasang mata saya merenung kaca yang memapar urat saraf saya yang sedang dirawat selia ooleh Dr Shaiful Azmi Yahaya.
    “Dato, saya akan masuk belon ..., ini, Dato akan rasa sakit ...,” Dr Shaiful Azmi Yahaya memaklumkan kepada saya.
    “Ia, dokor, saya sedia,” sahut saya.
    Beberapa saat kemudian, saya rasa rongga dada amat sakit dan panas. Terasa seperti empat batu seliper landasan keretapi menekan dada saya. Saya mengcap dua kalimah syahada dan beberapa kali saya membaca:
    Al Fatihah. Basmalah. Iza maridhtu fa Hua Yasyfini. Ya narukuni bardan wasalaman a’la Ibrahim. La haula wala quwwata illa billahil Aliyyul Adzim. Allahumma salli ‘ala Muhammad.”
    Saya mendengar Dr Shaiful Azmi Yahaya bercakap dengan para doktor dan jururawat, “belon, stand dan wayar”. Saya menyangka tubuh saya yang kurus – tua ini, dilakukan sebagai sebuah kenderaan tua juga.
    Pada saat – saat itu, saya banyak yakin, saya akan mati. Nafas saya jadi sesak. Saya tawakkal kepada Allah, saya tidak memberitahu Dr Shaiful Azmi Yahaya akan kesakitan saya itu. Saya tidak mehu beliau berhenti merawat selia saya pada 30 Julai 2010. Saya tidak sanggup dilakukan kali yang ketiga.
    “Dato’, sebentar lagi akan selesai ...,” Dr Shaiful Azmi Yahaya memaklumkan kepada saya.
    “Ia, baik doktor,” sahut saya dalam kesakitan rongga dada.
    Kira 25 mini kemudian rawatan dan seliaan atas saya selesai.
    “OK, Dato’ ..., insya Allah, Dato’ sihat ...,”kata Dr Shaiful Azmi Yahaya kepada saya.
    “Insya Allah ..., terima kasih, doktor,” sahut saya sambil bersalam dengan beliau.
    Saya dipinahkan kepada sebuah katil lain. Kemudian, saya dihantar ke sebuah dewan rehat sementara menanti darah saya kurang cair untuk ditarik keluar saluran getah atau palstik dari urat – urat saya.
    Saya berada dalam dewan Radiology itu dari jam 8.30 pagi hingg 1.30 tengahari.
    “Al hamdulillah, Allah, sesungguhnya Kau telah memberi nota kematian kepada hamba – Mu ini ...,” saya berbisik sambil sepasang mata saya masih pejam.
    “Saya teringatkan isteri saya, kerana lama menunggu saya, mungkin dia menyangka saya telah mati dan saya menyangka dia menangis. Saya bertanya kepada jururawat. Dia menjawab, isteri saya sedang menunggu di luar puntu ke Dewan Radology.
    Pada petangnya saya dibawa ke bilik cerama pemakanan, ‘Makan Dengan Bijak’ Pelaburan Sepanjang Hayat, oleh Jabatan Dietetik & Dietari, IJN.
    Saya mengucapkan terima kasih kepada Dr Shoib bin Sadiman dari Kelinik Perubatan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kuala Lumpur kerana menziarahi saya.
    Beliau memberitahu saya tentang ramai guru dan sahabat handai saya sejak tahun 1950 – an telah melawat saya pada ketika saya pejam mata dalam ccu Hospital Putrajaya.Katanya: “Hal ini kuasa Allah. Pertalian iman dan tasauf antara seseorang dengan seseorang atau beberapa orang itu menjadi roh mereka datang menziarahi orang itu.” *

    * Dari manuskrip buku, Nota Kematian, oleh: Mokhtar Petah
    Like ·  · Promote · 
  2. SAJAK

    PENULIS

    Penulis,
    Novel,
    kisah cinta,
    syik maksuk,
    Seks.

    Dari kumpulan,
    manusia memusnah jiwa manusia,
    berdosa,
    Matimu,
    Ke neraka.

    Zooview Hill, UK ..................mokhtar petah
    Like ·  · Promote · 
  3. FALSAFAH AL QURAN

    ARAK DAN JUDI TETAPP HARAM

    Lotri Kebajikan Masyarakat dan apa jua lotri, dalam agama Islam, hukumnya haram dilakukan, doperniagakan, wang hasilnya haram, maka hasil daripadanya ham di makan, segala amal kebajikan dan amal ibadat menggunakan hasil dari judi ditolah Allah, iaitu Allah tidak menerimannya.
    ------
    Hai orang - orang yang beriman, (Sesungguhnya (muktamad), minuman keras (arak dan segala yang memabukkan dan membahayakan diri), judi (termasuk lotri kebajikan masyarakan yang menjadi bubu kewangan kerajaan dan kasino di Genting, yang dibenarkan oleh kerajaan dengan berlesen mengikut peraturan Yahudi dan hokum zaman sebelum Islam), berhala, mengundi nasib dengan panah itu, sesungguhnya, amalan kotor, termasuk pekerjaan syaitan, sebab itu hendaklah kalian tinggal (t5idak melakuklan) kannya, aga kalian menjadi orang - orang beruntung.
    Syaitan benar - benr hendak menjatuhkan kalian (umat Islam) dalam permuduhan dan berbenci - bencian di sesame kalian, diseababkan manusia meminum meminum arak,melakukan judi, dan ia (syaitan) hensak menghalang kalian dari mengingati Allah dan mengerajakan sembahyang. Mehukah kjalian berhenti?
    Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul (Muhammad s.a.w.), dan berhati - hatilah (guna pengetahuan, otak atau fikiran dan tidak lupakan Allah). Tetapi kalau kalian tidak menurt, ketahuilah, abahawa kewajipan Rasul Kami, hanya menyampaikah undang - undang dengan terang.
    -Al Maaeedah:90,91,92.

    DOA.
    Saya meminta semua umat Islam di negara ini, sama - sama berdoa kepada Allah Zaubhanhu wa Taala agar mengampunkan doa pemimpin bangsa Melayu dan kerajaan kita yang pertama - Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra yang telah tiga kali mengeluarkan kata - katanya (dalam sidang agung UMNO, dalam rapat umum dan di hadapan para wartawan), ”Keghajaan mahu lotghi kebajikan masyarakat diteruskan, kerana logteghi itu membeghi banyak kebaikan dankebajikan kepada negagha ..., tak apa, doa saya tanggung...”

    Penjelasan.
    Saitan ada dua jenis, iaitu:
    1 - Syuaitan dari kturunan syaitan dan iblis yang halaukan Allah dari syurga setelah ia memperdaya, isteri Nabi Adam, Hawa dan Nabi Adam sendiri,
    2 - Manuisia jahat yang menolak semua atau sebahagian hukum (undang
    - undang Allah).

    Iikhlas.

    Saya,atas nama manusia beragama Islam,dengan tulus ikhlas menhyeur kepadaPerdana Menteri, para menteri dan kerajaan Malaysia, supaya bertindak menghapuskan ; hukum halal kerajaan' ke atas arak, judi dan beradu nasib, agar kerajaan kita dan umat Islam tidak dikutuk Allah. Kita memerlukan keredaanNya.
    Like ·  · Promote · 
  4. UCAPAN IKHLAS

    Dengan nama Allah yang Pemurah dan Pengasihani.
    As salamu alaikum wa alaikunnas salam wa rahmatullahi wa barakatuh.
    Anda dan saya adalah hamba Allah. Dilahirkan untuk umat manusia.Maka, jika kita sayang dan taatkan Allah, kita perlu berkorban. Jika kita kasih atau cintakan seseorang kita diperlukan pengorbanan jua.
    Allah lupa jangan!
    mokhtarpetah -google

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.