Mokhtar Petah commented on a link.
“Saya tidak tahu apa dah jadi selepas zaman saya,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika program sepetang bersamanya di pekarangan Muzium Padi di sini, hari ini.
Ini kerana pada kebiasaannya seorang pemimpin akan buat sesuatu atau agenda yang baru supaya terus diingati rakyat.
Sebagai contoh, beliau menjadikan Wawasan 2020 sebagai matlamat tetapi sudah tidak digunakan lagi pemimpin baru dalam memajukan negara ini selepas meletak jawatan sebagai perdana menteri.
-----------------------------------------------
As alamu alaikum, Tun Dr Mahagthir Mohamad,
Tun lebih mengetahui dari yang saya tahu,bahawa Malaysia ini sebuah negara yang boleh dikatakan 'menghapus sejarah' dan 'mencari jejak'. Segala jaduan dan falasah perjuangan Tunku Abdul Rahman, telah diketepikan oleh Tun Abdul Razak dan begitulah seterusnya dilakukan oleh para perdana menteri Malaysia.
Wawasan 2020, ada orang beranggapan lebih dari angan - angan Mat Jenin dan ada yang tidak mampu melaksanakan, lalu wawasan itu dikurangkan dan diekortikuskan.
Demikian juga dengan falsafah perjuangan Abdullah Ahmad Badawi, iaitu 'Islam Hadhari' , telah diketepikan dan kini 'wasata';, falsafah PM, Najib Tun Razak. Di takdirkan Muhhyiddin Yassin menggantikan tempatgnya nanti, falsafah itu digangti lain pula.
Keadaan negara kita ini macam wantalah, Tun. Suami awal begini cara, jika bersuami baru, cara ikut selera lain pula.
Bagi menenangkan hati kita, elok kita mendalami erti pantun ini:
Telur itik dari Sanggora,
Sayang pandan dilangkahi,
Darah tgitik di Singapura,
Badan terdampar di Langkawi.- PANTUN
(Untuk Wakil Rakyat, Kinabatangan, Sabah, Bong Mokhtar Radin)
Mecungkil hikayat tanah seberang,
Jangan berteman pena lama,
Pena hilang jatuh ke tasik;
Wakil rakyat dimamah berang,
Dewan Parlimen terhina nama ,
Hina diulang tokok politik.
Ada rebung di belukar sana,
Rakan dekat ajak bersama;
Jika Bong Mokhtar bijaksana,
Dewan Rakyat tidak dihina. - JUMAAT: PENGETAHUAN
(Sekitar tahun 1954, separti saya telah terangkan dulu, iaitu saya menuntut pengetahuan islam dari Allah yarham Sheikh Abdullah Fahim, dalam masjid Kepala Batas (sekarang Masjid Al Badawi), seorang murid (saya) dan sekorang guru (Sheikh Abdullah Fahim). Berikut ini saya ambil dari manuskrip buku yang saya telah tulis, untuk sama - sama kita perhatikan pasa hari Jumaat ini)
MURTAD
Sheikh Abdullah Fahim telah beberapa kali menyebut erti sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w., iaitu “ siapa yang menukar agamanya (murtad) hendaklah membunuhnya”. Dia berharap tidak akan berlaku dalam masyarakat orang Melayu sesiapa yang murtad, kerana perbuatan itu sangat jahat dan dimurkai oleh Allah.
Dalam sejarah Islam, telah berlaku kejadian murtad seperti di bawah ini:
Pertama: Orang yang beragama Islam meninggalkan atau keluar dari
agamanya.
Kedua: Orang yang bukan Islam telah memeluk agama Islam dan
kembali semula kepada agama asalnya.
Dalam agama Islam, Allah telah menetapkan dalam Quran akan rukun iman yang menjadi pokok kepercayaan atau aman bagi setiap orang Islam. Rukun-rukun iman itu seperti berikut:
1 - Beriman kepada Allah.
2 - Beriman kepada para malaikat.
3 - Beriman kepada kitab-kitab Allah.
4 - Beriman kepada para rasul Allah.
5 - Beriman kepada hari kiamat.
Sesiapa yang beragama Islam tidak beriman (percaya, ikut dan melakukan) dengan tidak ada paksaan, sama ada berkata, isytihar atau dengan hati, tidak beriman kepada Allah, semua dalam rukun iman atau salah satu dari semua rukun iman itu, maka dia terkeluar dari agama Islam, iaitu murtad. Dia termasuk dalam golongan orang kafir.
Sheikh Abdullah Fahim telah menjelaskan kepada saya, bahawa tindakan ke atas orang murtad tidak tertakluk pada ketentuan ‘tidak ada paksaan dalam agama Islam’. Pada zaman permulaan Islam, iaitu pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. , orang-orang kafir telah memerangi orang-orang Islam, menghalang Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan iman kepada Allah dan agama Islam, maka dibolehkan melakukan tindakan kepada orang-orang kafir supaya mereka memeluk agama Islam dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, Muhammad s.a.w., seperti firman Allah di bawah ini:
Katakan kepada orang-orang yang tidak beriman
(kafir) itu; kalau mereka berhenti (menentang
kebenaran Allah) nescaya diampuni apa yang
telah lalu, dan kalau mereka ulangi,
sesungguhnya aturan terhadap orang- orang
purbakala telah berlaku.
Dan perangilah mereka (orang-orang kafir)
Sampai tidak ada lagi fitnah, dan agama
seluruhnya bagi Allah.
Kalau mereka telah berhenti, sesungguhnya
Allah melihat apa yang mereka kerjakan. ( Al
Anfal:38, 39.)
Perangi mereka (orang-orang kafir), nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan perantara tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Allah akan membantu kamu melawan mereka, dan akan mengubati (memuaskan) hati orang-orang yang beriman.
(At Taubah: 14.)
Nabi Muhammad s.a.w. dalam makluman Junjungan kepada para sahabatnya, tentera Islam dan umat Islam di Madinah, telah bersabda:
(hadis) nailul autar 2485.)
Aku diperintahkan supaya memerangi manusia-manusia sehingga mereka mengakui bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan mengimani aku, dan mengimani segala yang didatangkan kepadaku.
(Hadis, Rawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.)
Dalam Islam tidak ada paksaan, ‘tidak ada paksaan dalam agama’. Tetapi apabila seseorang telah memeluk agama Islam, maka dia tertakluk di bawah hukum atau hudud yang ditetapkan oleh Allah. Maka oran g yang murtad boleh dikenakan hukum bunuh.
Dari Ibni Mas’ud, katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “ Tidak halal menumpahkan darah orang Islam yang bersyahadat, bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa aku Rasulullah kecuali salah satu dari tiga (orang), iaitu: Perempuan janda yang berzina, nyawa dengan nyawa (membunuh orang) dan meninggalkan agama (Islam) yang memisahkan diri dari jemaah (umat Islam). (Hadis, Rawi: Jemaah.)
Siapa yang menukarkan agamanya (murtad),
hendaklah (dia) dibunuh.
( Hadis, Rawi: Imam Bukhari.)
Bercakap mengenai hukuman atas orang murtad ini, Sheikh Abdullah Fahim berkata, bahawa halal bagi orang Islam menentang orang kafir yang menjajah dan menguasai negeri mereka. Tindakan demikian adalah jihad yang dituntut oleh Allah.
KEZALIMAN
[Zalim, tidak adil atau penganiayaan, adalah tindakan berlawanan dengan perikemanusiaan atau kemanusiaan sejagat. Biasanya kezaliman dilakukan oleh pemimpin negara kepada rakyat jelata. Penjajah ke atas rakyat negara yang dijajah. Orang yang berkuasa terhadap orang bawahannya. Orang kuat terhadap orang lemah. Bapa kepada anak-anak. Suami kepada isteri dan sebagainya. Dan seseorang menzalimi dirinya sendiri.- mp]
Sheikh Abdullah Fahim pada waktu menjelaskan kepada saya, dia telah mengucap istighfar beberapa kali, kerana menurutnya, setiap manusia tidak sunyi dari melakukan kezaliman. Kerana kezaliman perbuatan yang kejam dan di luar batas kemanusiaan, maka Allah menegah melakukannya.
Sheikh Abdullah Fahim telah membaca tiga firman Allah dalam Quran mengenai tegahan mekolakukan kezaliman. Dia juga meminta saya mencari ayat-ayat Quran dan Hadis yang berhubungan dengan tegahan Allah terhadap perbuatan itu.
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah
kepada Allah dan tinggalkan sisa-sisa riba, kalau
kamu benar-benar orang yang beriman. Dan kalau
kamu tidak melakukannya, ketahuilah ada
peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, dan kalau
kamu tobat (kembali kepada aturan Allah), maka
kamu berhak atas pokok wang kamu. Kamu tidak
boleh menzalimi (menindas) dan dizalimi
(ditindas).
( Al Baqarah: 278, 279.)
Hai orang-orang yang beriman dan tidak
mencampurkan keimanan mereka dengan
kezaliman, mereka itulah orang-orang yang
mendapat pimpinan kebenaran.
(Al An’m: 82.)
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda mengenai tegahan melakukan kezaliman, iaitu dari firman Allah :(Hadis - al Wafi 40 hadis, 260)
Hai hamba-hamba - Ku, sesungguhnya aku
mengharamkan ke atas diri- Ku kezaliman dan
Aku menjadikannya di kalangan kamu sebagai
perkara yang diharamkan, maka janganlah kami
saling zalim menzalimi antara satu dengan lain.
(Hadis: Rawi: Imam Muslim.)
Sheikh Abdullah Fahim berharap apabila Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan (pada tahun 1950-an orang Melayu sedang menuntut kemerdekaan) , pemimpi9n dan mereka yang berkuasa tidak akan melakukan kezaliman dan sebaliknya berusaha sedaya upaya untuk menghapuskan kezaliman.
(TAMAT) - CATATAN DALAM SEJARAH
(sambungan)
LEMBAGA PEMBANGUN SASTERA PERAK
Ghazali Jawi telah meminta aku memberi ucapan dalam perjumpaan itu. Dia berharap aku akan dapat memberi pandanganku kepada semua wakil dari persatuan-persatuan penulis dan sastera itu.
Antara ucapanku itu, aku telah menyarankan kepada Kerajaan Perak supaya memberi bantuan yang sama rata kepada semua persatuan penulis di negeri itu. Wang itu untuk mereka membiayai penulis-penulis dalam persatuan masing-masing untuk menerbitkan buku karya masing-masing, walaupun sekadar seribu buah.
”Kita sedia maklum, Kerajaan Pusat telah banyak memperuntukkan wang bagi kegiatan bahasa dan sastera Melayu menerusi Dewan Bahasa dan Pustaka, saya berharap Kerajaan Negeri Perak yang telah banyak mencurahkan wang untuk tujuan makanan rakyat akan dapat pula menyumbang wang untuk makanan ruhani orang ramai, iaitu ke arah bidang bahasa dan sastera,” kataku.
”Seperti yang kita tahu, semenjak negara kita mula mencapai kemerdekaan banyak fikiran atau idea beberapa orang pengarang dan penulis Melayu di negeri Perak dan di negeri-negeri lain telah dijadi panduan oleh para pemimpin kita untuk memajukan negara daan rakyat,” kataku lagi.
”Kerajaan Negeri Perak patut mengadakan peruntukkan kewangan bagi membantu para pengarang dan penulis negeri ini bagi menerbitkan buku-buku hasil karya mereka, walaupun buku itu tidak laris dijual, tetapi buku itu akan menjadi khazanah kepada negeri kita,’aku menambah.
Ghazali Jawi telah menerima fikiranku itu. Dia berjanji akan memberi bantuan segera kepada semua persatuan penulis tersebut. Wang peruntukan itu sebanyak RM30,000 akan diberikan itu akan membolehkan tiap-tiap persatuan penulis itu menerbitkan dua buah buku dengan jumlah yang kecil dalam tempoh setahun.
Pandanganku itu telah diterima oleh semua persatuan penulis dan sastera, tetapi pihak Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS) tidak puas hati. Mereka mahu wang tersebut hanya diberikan kepada badan itu sahaja.
Seminggu kemudian, aku telah mendapat tahu, Jawatankuasa Pembangun Sastera Perak (LEPAS) telah mengambil keputusan memecat aku dari lembaga tersebut dengan alasan aku tidak membayar yuran, sedangkan aku telah membayar yuran pada tiap-tiap tahun.’
( Diangkat dari, Mokhtar Petah, Memoir – Patah Sayap Bertongkatkan Paruh (Pustaka Peribadi).
Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1967. Selepas merdeka, iaitubeberapa tahun kemudian, sebilangan dari ahli – ahli Lembaga Pembangunan Sastera Perak (LEPAS) telah muncul sebagai tokok - tokoh penting di Negara ini, iaitu:
A – Khalid Abad bin Adam , ahli Dewan Undangan Negeri
Perak.
B - Mohamad Asri bin Haji Muda, ahli Dewan Negeri
Kelantan dan Menteri Besar negeri tersebut. Kemudian
Dato’ Mohamad Asri menyertai Kabinet Peikatan
dipimpin Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein.
C - Meor Aris bin Abu Bakar, ahli Dewan Undngan Negeri
dan anggota Majls Kerajaan Kerajaan Perak (Exco).
Bergelar Dato’.(Tamat).
Sekarang, lembaga tersebut telah berwajah baru, ia menjadi laksana universiti alam yang menghubung - rapatkan semua rakyat jelata Negerei Perak dengan Istana Sultan.
Saya berharap, Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah rela dan sudi membantu badan penulis yang tidak lekang dalam sejaran Negeri khasnya dan Malaysia amnya. - Mokhtar Petah Khaldoon - FALSAFAH ALQURAN DAN AL HADIS
QURAN
(Ulangan)
Kalau Quran ini diturunkan ke atas sebuah gunung (gunung batu, tentulah engkau (Muhammas s.a.w.) akan melihat gunung itu tunduk dan belah - pecah dan hancur - , kerana takutnya kepada Allah. Itulah perumpamaan yang Kami (Allah)buat untuk manusia, agar mereka dapat memikirkan.' *
- Al Hasyr:21.
* Permulaan turun kalaimat - kalimat Allah dalam al Quran – bangsaa Arab yang kebanyakannya bangga dengan kebudayaan dan adat resam mereka terkejut dan tersedar, bahawa mereka masih jahil dan Quran telah menghancurkan kebudayaan dan adat resam yang kuno, kepada satu umat yang besardi seluruh dunia. Maka, sebilangan besar dari bangsa Arab di Makkah dan Madinah serta beberapa kawasan sekitanya mengoraklangkah mengikut Rasul Allah Muhammmad dan menerima dan mepelajari ayat – ayat Quran.
Kita berpendapat dengan keyakinan yang kuat, alangkah baiknya kita (sebilangan orang Melayu) merenung dan meneliti maksud ayat Qurann di atas ini, segera berubah dari segala kebodohan mengikut denai kapitalisme, nasionalisme sempit dan mengamalkan adat resam yang masih dipengaruh oleh adat dan agama Hindu dan lain dari Islam.
JANGAN BENCAI WANITA
”Jangan seseorang lelaki mukmin membenci seseorang wanita, sebab jika dia tidak senang hati dari wanita itu tentang sesuatu budipekertinya, tentulah dia merasa senang hati daribudipekertinya yang lain, atau selain dari budipekerti yang dibencinya itu. *
- Rasul Allah, Muhammad al amin s.a.w..
- Perawi: Imam Muslim.
* Pada seseorang wanita, dikatakan ada sekurang - kurangnya ada 33 pekerti yang baik dan yang buruk. Misalnya, pekertinya ’rajin beribadat’ tetapi gemar mengumpat.
Cemburu seperti ketam betina, tetapi murah hatinya, berdekatan marah dan benci tetapi bila berjauhan rindu. Begitulah seterusnya.
Maka, wanita ibarat kebun bunga; di dalam kebun itu, ada bunga harum ada bunga tidak harum dan ada bunga bau tahi ayam dan sebagainya. - UCAPAN IKHLAS
Dengan nama Allah yang Pemurah dan Pengasihani.
As salamu alaikum wa alaikunnas salam!
Untuk ketenangan jiwa dan kebahagian dalam kehidupan kita, amal dan laksanakan sikap 'pemurah' dan sikap 'penyayang', yang kita ikut dari 'Bismillahir Rahmaanir Rahim'.
Allah dilupa jangan.
mokhtarpetah -google
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.