QURAN DAN HADIS
PEMBALASAN DAN KESABARAN
Seru / ajaklah mereka kepada jalan Allah dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, dan bertukar - tuka fikiran dengan mereka menurut cara yang sebaik - baiknya. Sesungguhnya Tuhan (Allah) kamu (Muhammad s.a.w.) lebih mengetahui siapa yang tersesat jalannya - ke arah jalan Allah - , dia lebih mengetahui pula orang - orang yang menurut jalan yang benar.
Dan jika kalian memberi pembalas (terhadap mereka yang melakukan zalim ke atas kalian), hendaklah dibalaskan dengan serupa (sama) dengan perbuatan yang telah dibuat atas kalian, dan kalau kalian sabar (teguh hati), sesaungguhnya, itulah jalan yang paling baik untuk mereka yang sabar.
Dan hendaklah kamu (Muhammad s.a.w.) dabar (teguh hati), an ketuhan hati itu hanyalah dengan (pertolongan) Allah juga, dan jangan kamu (Muhammad s.a.w.)n berdukacita terhadap mereka, dan jangan kamu gelisah (perperasaan kuhuatir dan tidak yakin diri) menghadapi apa yang mereka rancangkan.
Sesungguhnya, Allah bersama orang - orang yang takwa (kepada Allah) dan mereka yang melakukan kebaikan.*
- an Nahl: 125 - 128.
* Allah telah memberi nasihat dan perintah kepada Nabi
Muhammad s.a.w. dan meliputi umat manusia yang beragama
Islam, agar melakukan seruan kepada manusia supaya
mengikut, menajalan amalan dan sebagainya kepada jalan
Allah dengan menggunakan cara yang sebaik - baikinya. Iaitu
memberi peerangan yang jelas, hingga mereka faham dan
berminat, berlemah lembut. Tidak menggunakan katakan yang
kasat,kesat dan yang boleh menimbulkan kemarahan mereka
yang diseru. Elak dari mengugut, memaki hamun, menghina
dan mengutuk mereka.
Pada 1970 - an, saya telah mengikut berasaingan beberapa
kumpulan orang yang menyeru orang - orang Aslai di kawasan
Kampar, dan Hulu Perak dan Cameron Highland, Pahang.
Sekumpulan - kumpulan itu terdiri dari orang Islam dari
Jabatan Agama Islam dua negeri, Perak dan Pahang dan orang
orang Kristian yang datang dari Kuala Lumpur dan beberapa
bandar lagi,1 - Orang - orang dari kumpulan - kumpulan Jabatan
Agama Islam dua negerusi, sebaik - baik berucap di hadapan
sekumpulan orang Asali, telah mengeluarkan ayat - ayat Quran
dan meberitahu mereka, kalau tidak memeluk agama Islam,
mereka akan dimasukkan ke dalam nerak ayang apinya
menjulang tinggi yang boleh membakar hutan rimba.
Mereka juga memberitahu Orang - Orang Asli, tidak booleh
makan daging tupai, monyet dan lain haiwan, kerana hukumnya
haram.
“Awak semua masuklah Islam, awak akan masujk syurga ..,” di
antara kata - kata pegawai Jabatan Agama Islam yang memberi
ucapan.Saya melihat wajah semua Orang Asli, lelaki dan
perempuan, berkerut, mata merenung langit seolah - mencari
syurga dan neraka.
Kumpulan orang Kristian pula, sebaik - baik tiba dalam
kumpulan Orang -
Orang Asli, mereka bertanya masalah kehidupan mereka,
kesihatan dan perubatan. Manakala ayang perempuan melayan
kanak - kanak dan ibu - ibu dengan tidak menampak perasaan
jijik dan sebagainya kepada orang - orang rimba itu.
Mereka memberi gula - gula kepada kanak - kanak dan
pendeknya mereka
melayan orang - orang Asli itu sebagai sabahat karib atau
keluarga mereka sendiri.
Demikian juga orang - orang Islam dalam parti politik, ada
yang menyeru orang ramai agar masuk parti mereka dengan
percakapan kasar dan sebagianya.
Amalan yang demikian tidak sesuai dengan firman Allah yang
maksudnya di atas ini.
Untuk mencapai kejayaan dalam seruan kepada jalan Allah:
Serulah atau teranglah kepada mereka, sebagai mana anda
seru danterangkan sesuatu kepada kekasih atau buah hati
anda.
MENGHILANGKAN ILMU
Pada hari menunaikan Haji di Makkah, Rasul Allah, Muhammad,.s.a.w. telah memberitahu para sahabatnya dan orang - orang di sekelulingnya:
Sesungguhnya, Allah tidak akan mengambil (iaitu menghilangkan) ilmu pengetahuan sekali gus setelah dikurniakannya (kepada seseorang), melainkan mengambilnya ( menghilangkan) dengan wafatnya ahli ilmu pengetahuan (ulama) bersama ilomunya. Maka, tinggallah orang - orang bodoh. Mereka diminta fatwa, lalu mereka berfatwa menurut kemahuan mereka sendiri, sebab itu mereka menyesatkan orang dan sesat (mereka sendiri sesat). *
- Perawi: Urawah, Abdullah bin Umar dan Imam Bukhari.* Ulama yang dimaksudkan, ialah para mualim dalam bidang ilmu
masing, sama ada dalam bidang ibadat dalam Islam, hal ehwal
kehidupan manusi, kebudayaan dan segala ilmu unjtuk
kemajuan di dunia dan kebahagiana manusia di akhirat.
Oleh keana orang Melayu, sejak zaman berzaman, telah
mengabaikan ulama atau menentang ulama, maka, setelah
ulama meninggal dunia, ilmu yang ada pada nya hilang begitu
sahaja.
Orang Melayu telah kehilangan ilmu Islam yang mendalam
setelah meninggak para ulama Islam. Maka tinggal ilmu Islam
yang mendatar, tidak dapat menahan diri dari serfangan musuh
Islam. Menjadi manusia lemah, Tunduk kepada manusia -
manusia musuh Islam, Membanggakkan dengan sistem
pemerintah, kerajaan dan kehidupan yang dibawoleh orng
Yahdui dan Kristian.
Kerana lebih mementingkan sistem dari orang Yahudi dan
Kristian, maka para ulama mereka menjadi pak turut, ulama
tembolok dan menyesatkan orang ramai, iaitu orang - orang
Islam yang tidak berpoengetahuan Islam atau yang kuarang
memahaminya.
Pada masa ini ada terdengar suara ulama muda dalam sebuah
parti politik di negara ini berkata: “Arak tidak haram dimimun,
selagi ia tidak memabukkan”.
“Kita ikut orang - orang bukan Islam (kafir) pun boleh, kerana
Nabi Muhammad telah meolantik orang - orang Yahudi menjadi
pemimpin”.
Ada seorang ulama masyhur sering menyebut dalam ucapannya:
negara kita ini negara Islam,sebab pemimpin kita orang Islam,
kita banhyak masjid, banahyak pejabat agama, ada mufti, ada
kadi ..., semua orang Islam berkahwin ...”
Tetapi, sebenarnya negara kita bukan Negara Islam (iaitu
menjalankan pemerintahan berdasarjkan Quran atau Islam).
Negara kita, hanya ‘Negara Umat Islam’ yang kerajan kita tidak
mengikuthukum Islam sepenuhnya dan perlembaagaan negara
kita masih menggunakan perlembagaan yang digubal
oleh orang Ingeris,Yahudi, Melayu, Cina dan India.Dan kita
adalah rakyat ‘negara Nasionalisme’.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.