FALSAFAH AL QURAN DAN AL
HADIS
PEMURAH DAN
PENYAYANG
Dengan nama Allah yang
Pemurah dan Penyayang.*
- Al Fatiha (pembukaan):1
* Kita, individu Islam, setiap waktu kita
menyebut, membaca dan menghayati firman Allah yang maksudnya di atas, tetapi
kita, mungkin alfa atau tidak mahu mengikut dua kata di atas, iaitu pemurah dan
penyayang.
Menjadi tabiaat atau
budaya bagi manusia, iaitu:
1 - Pemurah, hanya kepada
orang yang kita sayang. Kita memberi makan kepada orang yang kita sayanhg
dengan makanan yang sedap - sedap dan duduk menghadapi meja yang terhias indah,
tetapi kepada orang yang kita tidak sayang atau tetamu biasa, kita jamu ala
kadar dan duduk atas permaidani, kekadang alas dengan kertas Cuma.
* Penyayang, kita sayang seseorang, semua ragam
perangainya baik atau elok, hingga wap kentutnya ’ wangi’, tetapi bila kita
benci , ’bedak atau air wangi’ yang dipakainya dari jenama baik dan mahakl
harganya, kita anggap bau air kencin tikus.
Demikian kita, manusia,
dengan nafsu.
Kekadang, saya yang
sering membaca firman Allah ini, rasa macam membohongi Allah atau ’cakap tidak
serupa bikin’.
MUNAFIK
Rasul Allah, Muhammad
s.a.w. memperingsatkan:
Tanda - tanda munafik
(pada seseorang) ada tiga:
1 - Apabila berkata,dia
dusta,
2 - Apabila berjanji, dia mungkir,
3 - Apabila dipercayai,dia
khianat.
- Perawi: Abu Hurairah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.