FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS
BERSATU
DAN MATI DALAM IMAN
Hai orang - orang yang beriman, bertaqa - takwa -
lah kalian kepada Allah, sebenar - benarnya, dan janganlah kalian mati, melainkan ketika -
waktu - kalian dalam Islam.
Dan berpegang eratlah kalian pada
tali Allah (al Quran yang dipokokkan pada agama Allah, agama Islam, yang
dimulakan sejak Nabi Adam alaihis salam hingga Nabi Muhammad s.a.w.), dan jangan kalian berpecah
belah. Ingatlah kurniaan Allah kepada
kalian pada ketika kalian dahulu bermusuh - musuhan, lalau dipersatukanNya hati kalian (dalam agama Allah), sehingga
dengan kurniaan Allah itu, kalian menjadi bersaudara. Dahulu kalian berada di
tepi lubang neraka (kerana masih memuja berhala dan percaya kepada undang -
undang Kerajaan Rom dan lain), maka dilepaskan Allah daripadanya. Begitulah
Allah menjelaskan keterangan - keteranganNya kepada kalian , agar kalian
mengikut jalan yang benar. *
- Ali Imran: 102, 103.
* Maksud firman Allah di atas ini
wajib diikut dan ditaati serta dilaksanakan oleh semua orang Islam lelaki dan
peempuan, di mana - mana negara mereka berada, termasuk Malaysia.
Malang! Dan kita bangsa Melayu beragama Islam, tidak patuh kepada perintah
Allah, iaitu tidak bersatu padu atau masauh berpoecah belah sesama orang Melayu
dan umat Islam di negara kita ini.
Sebab bangsa Melayu tidak bersatu padu, adalah kerana ujud parti - parti
politik, seperti UMNO dan PAS.
UMNO (1946) bersama parti - parti lain terikat untuk sama - sama memimpin
dan mengendalikan kerajaan negara ini. Mereka berkuasa demikian melalui pilihan
raya umum yang mrenasabah mengikut Perlembagaan negara.
PAS (1951) ditubuhkan dan berjuang pada jalan Allah, iaitu untuk menyatukan
umat Islam di negara ini dan menubuh sebuah negara Islam seperti negara yang dibentuk
dan dijalankan oleh Rasul Allah Muhammad sa.a.w. di bumi Arab. Negara tersebut
terkenal dengan Baldatun tayyuibah wa Rabbun Ghafur - Negara bertuah dan Allah
Maha Pengampun.
PAS tidak dapat memimpin negara ni, hanaya dapat menjalankan tanggungjawab
keislamannya di Negeri Kelantan dan Negeri Kedah.
Pada zaman Tanah Melayu (ikut sejarah), bangsa Melayu bersatu padu, kalau
ada perpecahan pun sekadar kerana perkara kecil atau di sekitar dua tigta buah
rumah sahaja. Tetapi setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bangsa Melayu
telah berpecah belah. Mengapa?
Menjabanya, ialah kerana UMNO dan parti - parti politik rakannya menentang
perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam di Tanah Melay - Malaysia - ini .
Pas bertegak dengan iman dan pendirikan mengikut yang dimaksudkan dalam firman
Allah yang masud di atas, iaitu:
1 - Bertaqwa kalian kepada Allah,
sebenar - benarnya,
2 - Janganlah kalian mati, melainkan
ketika - waktu kalian dalam Islam,
3 - perpegang eratlah kalian pada tali Allah,
4 - Begitulah Allah menjelaskan keterangan - keteranganNya
kepada kalian , agar kalian
mengikut jalan yang benar.
Yang Dipertuan Agong dan Raja- Raja Melayu (teremasuk Yam Tuan Besar negeri
Sembilan) adalah ’Ketua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu’, di negara
ini dan negeri - negeri di bawahnya.
Perpecahan bangsa Melayu dan umat Islam di seluruh Malaysia, bukan kerana
umat Islam yang kuat iman di luar parti - parti politik dan dalam PAS. Mereka
mengikut dan mentaati printah Allah di atas ini. Mereka menjadi manusia -
manusia yang kuat dan tegar iman.
Saya tidak menyalahkan Kerajaan Malaysia (di bawa
Yang Dipertuan Agong dan Ketua Setiausaha dan para pegawai kerajaan), kerana
Yang Dipertuan Agong dan Kerajaan mengikut hala tuju UMNO dan parti - parti
politik lain yang menjadi rakannya.
Maka dalam perkara ini, UMNO yang memikul beban tanggungjawab besar
yang tidak ditunaikan, kerana mengamalkan Islam sekadar dalam bidang ibadat
dan mal sahaja, seperti orang - orang Islam mengamalkan patuhkan agama mereka.
UMNO tidsak mengamalkan perintah Allah adalam bidang politik, hukum - kumun
mengenai jenayah dan UMNO tidak berminat, tidak berjuang dan bahkan menentang
usaha PAS untuk menegakkan Negara Islam.
UMNO mengadakan berabagai cara termasuk kempen
mengajak orang Melayu menyertainya untuk berpadu dan mengukuhkan perpaduan bersamanya, tetapi orang - orang
Islam yang meneliti perjalanan UMNO dari pangkal lenbuh raya hingga ke hujung
lebuh raya, tetapi tidak mahu mengikut atau menyertai UMNO, kerana iman mereka
kukuh dan mereka berpegang kepada perintah Allah seperti dalam maksud firman
Allah di atas.
Tugu atau gununa keyakian, sampai bila pun PAS tetap
dengan prjuangannya. Mati pemimpin dan ganti peminpin, perjuangan dan hajat
itulah diteruskan. Walah bersahabat (tidak mengikat dan terikat dengan parti -
parti politik lain, tetapi perjuangannyha mengikut perintah Allah tetap
diteruskan.
Maka, di sinilah wujud semangat tauhid, ahli ahli-
ahli PAS tidak takut dan tidak tunduk kepada sesiapa, Karpal Singh dan orang -
orang bukan Islam lain yang menentang hukum hudud dan negara Islam. Pendeknya
mereka berani apa sahaja, hatta seperti 70 syuhat di Uhud.
Pada bulan baik ini, kita berharap, perpaduan Melayu
dan umat Islam di negara ini akan kembali baik, erat dan teguh, sekiranya UMNO
mengubah dasarnya, kepada perjuang untujk menegakkan Negara Islam.
Apabila wujud negara Islam, UMNO dan PAS sepadu dan
undang - undang hudud dijalankan. Siapa sahaja dari orang - orang bukan Islam,
tidak boleh menentangnya. Dalam negara Islam, hanya ada dua jenis bagi
rakyatnya yang tidak beragama Islam, iaitu 1 - Zimmi (iaitu berbaik, setia dan
mengikut pemerintah Islam), 2 - Harbi (iaitu mereka yang menentang dan mereka
ini boleh lakukan tindakan, termasuk buang ke negara lain).
PERANG
DI JALAN ALLAH
Penulis - pencatat - macam wartawan - , Abu Musa radhiallahu ’an,
memberitahu, bahawa seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah, Muhammad s.a.w. dan dia bertanya: ”Adakan orang
yang berperang kerana mempertahankan kehormatan, yang berpegang kerana
keberanian dan ada orang berperang kerana ingin dilihat orang (cari nama
dan kemegahan), yang manakah perang yang
perang di jalan Allah?”
Rasul Allah, menjawab: Sesiapa yang
berperang untuk meninggikkan kalimat agama) Allah - agama Islam - , itulah yang
berperang dijalan Allah.
- Perawi: Iman Bukhari (Hadis
sahih).
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.