Sunday, August 5, 2012


  FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS


               PENCACI DAN KAPITALIS
Kecelakaan besar bagi tiap - tiap mncaci, pengeji.
Yang mengumpulkan harta dengan berulang menghitung kekayaan.
Dia menyangka hartanya itu dapat mengenaklankan (dalam dunia).
Tidak, sesaungguhnya, dia akan dicampakkan ke dalam ‘ al hutamah’(Api ciptaan Allah dalam neraka yang menyala dan menjulang kepada hati). *
- Al Humazah: 1 - 4.
*  Sejak zaman berzaman, dan kita ambillah dari zaman Nabi Nuh alaihis salam,
    telah wujud orang - orang yang berdiri dalam masyarakat sebagai pencaci dan
    pengeji terhadap Naibi Nuh alaihi salam dan orang - orang yang mengikutnya,
    iaitu orang Islam yang taatkan Allah dan yang melakukan amal makruf dan  
    nahyil munkar ( mengamalkan kebaikan dan membantah atau mnenghalang
    kemungkaran).
    Pada zaman Nabi Muhammad  s.a.w., ramai orang yang seperti ini, sama ada
    dikaklangan orang kafir Quraisy,Yahudi dan Kristian serta munafik mahupun di
    kalangan orang Islam sendiri.
    Meneliti firman Allah di atas, pencaci terdiri dari orang kapitalis termasuk
    ketunana bangsa Arab dan lain.
    Pada masa kita ini, terlalu ramai orang Islam sendiri (mereka yang kurang ilmu
    Islam atau banyak ilmu Islam tetapi dipengaruh oleh kapitalisme, haloba, maka
    menjadi penci dan pengeji terhadap orang - orang Islam yang menjalankan
    amalan di atas jalan Allah dan berbuat baik kepada umat Islam.
    Sesungguhnya, tidak kita di mana, jika ada kapitalis, termasuk kapitalis Melayu,
    maka di sana tidak ada kebaikan, tidak ada perpaduan dan tidak ada ke amanan.
    Maka, jalan yang paling baik, kalau orang Melayu mahukan perpaduan dan
    keamanan, elak dari menjadi pencaci, pengeji dan ketepikan amalan kapitalis
    (yang membolot, memperdaya dan memperhambakan manusia); kembali kepada
    ajaran Islam dan mengamalkan segala - galanya atas jalan Allah.
   
                                   PEMNIMPIN DILARANG MASUK SYURGA

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan dengan amaran:
Seseorang wali (pemimpin negeri atau negara) memerintah rakyat yang terdiri dari orang - orang Islam, apa bila dia meninggal dunia, sedangkan dia tidak jujur terhadap rakyatnya (tidak jujur, erti memperdayakan rakyat, memboros wang negara yang datangnya dari rakyat, tidak mengikut hukum - hukum Islam secara benar, iaitu ikut di sana dan tinggal di sisi atau tentang di sana sini), nescaya dilarang (oleh Allah dan para malaikat) masuk syurga (mana - mana syurga) - ertinya dia dicampakkan ke dalam neraka.
 - Perawi: dari Ma’aqi dan Imam Bukhari.






No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.