KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS
YAHUDI DAN ILMU SYIHIR
Mereka (membelakangkan kitab - kitab Allah) mengikut ajaran - ajaran syihir yang dibacakan oleh golongan - golongan syaitan pada masa pemerintahan Nabi Sulaiman alaihis salam, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan syihir yang menyebabkan kekufuran itu, tetapi golongan - golongan syaitan itulah kafir; kerana merekalah yang mengajar manusia akan ilmnu syihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat:Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedangkan mereka berdua tidak mengajar sesiapapun , melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji iman kamu),oleh itu janganlah kamu menjadi kafir (dengan mempelajarinya)." Dalam pada itu ada juga oleh belajar dari mereka berdua; ilmu syihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan seorang isteri,pada hal mereka tidak dapat sama sekali memberi mudarat dengan sihir sesiapapun, melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya yang meeka pelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak membegti manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (bangsa atau kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui, bahawa sesiapa yang memilih ilmu itu tidaklah lagi mendap-at bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya, amaltlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka itu mengetahui.*
- al Baqaran:102.
* Firman Allah yang maksdu di atas ini, adalah menunjukkan
bangsa atau kaum Yahudi amat suka menggunakan ilmu syihir
untuk merosakkan manusia lain.
Ayat Quran ini elok diamalkan setiap lepas sembahyangh Isya
untuk untuk mengelakkan suami isteri berswelisiah faham,
bergaduh hinggha membawa kepada bercerai berai.
Boleh dibaca kepada orang perempuan yang kkadang disaru
syaitan hingga menjadikan mereka marah, panas abaran dan
sebagainya.
ALLAH MELAKNAT
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan: Allah melaknat orang yang menyembelih haiwan tidak kerana Allah (dan tidak membaca basmalah), Allah medlaknat orang yang melindungi orang yang bersalah, Allah melaknat kepada orang yang mnenderhaka kepada dua orang tua (ibu bapa)nya, dan Allah melaknat orang yang mengubah tanda batas tanah (batu sempadan tanah orang lain disebalah tanahnya dengan tujuan untuk kepentingannya sendiri). *
- Perawi: Imam Ahmad, Imam Muslim dan Nasaai.
* Perbuatan demikian sering berlaku dalam masyarakat manusia
dan orang Melayu, di luar bandar. Mereka mengubah batu
sempadan tanah yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, dengan
tujuan untuk meluaskan kawasan tanah mereka.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.