BERITA DALAM 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI.
BEZA UMNO DENGAN PAS
Umno dikatakan punca wujudnya jurang ideologi politik yang tinggi dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan perceraian.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, situasi itu berlaku kerana pemimpin Umno yang mula bertindak meletakkan jurang tersebut antara Umno dengan Pas.
“Pemimpin Umno sendiri membuat perbezaan antara Pas dengan mereka (Umno). Sedangkan Pas ini parti yang halal sebagaimana Umno berdaftar, kita (Pas) pun mendaftar sebagai sebuah parti.
"Jadi kenapa semasa lakukan pentadbiran di negara ini Kerajaan Pusat membezakan layanan antara Kelantan dengan negeri lain,” katanya kepada pemberita selepas Kuliah Mingguan di Dataran Ilmu di sini, semalam.
----------------------------------------------
UMNO sebuah parti politik Melayu dan diakui oleh Perlembagaan Negara dan PAS parti Islam dan diakui oleh Perlemabgaan negara.Tetapi dua buha parti politik itu ada jurang perbezaan yang dalam.
Jurang perbezaan, ialah, UMNO mengakui agama Islam sebagai agama rasmi negara, tetapi tidak mahu menerima huikum - hukum dalam Islam, terutama hukum hudud, sebagai dasar atau amalan dalam perundangan negara dan negeri. Manakala PAS berpegang kepada Islam - Quran dan Sunnah, sebagai dasar politik. PAS mahu menjdikan Islam agama negara dan berjuang menegaikkan Negara Islam di bumi pesaka Melayu ini.
Untuk lebih faham, UMNO dan rakan - rakannya dalam BN, mengutamakan dasar Nasional - kapitalis. UMNO parti politik perkauman. MCA parti politik perkauman. MIC parti politik perkauman. Mereka lebih menutamakan amalan dalam politik dan dalam negara mengikut amalan orang - orang kapitalis barat.
UMNO dan BN menghalalkan apa jua yang diharamkan oleh Islam, seperti Riba, judi dan arak.
UMNO - BN lebih mengutamakan 'untuk' dan kepentingan agama Islam.
Pernezaan yang dalam ini, saya yakin, sampai bila pun dua buah parti politii orang Melayu dan manusia beragama Islam itu tidak akan bercantum, seperti carik - carik bulu ayam akhirnay bercantum semula.
Saya ada keyakinan sendiri, iaitu para pemimpin dalam PAS, teruskan perjuangan mereka dan tak usahlah membalasa atau berdebat dengan UMNO, kerana perbuatan demikian akan menjadikan ruang luas untuk musuh - musuh PAS memburuk - buruk dan merosakan parti Islam tersebut.
Ssya tetap akui, bahawa semua ahli PAS berjuangan atau berjihad pada jalan Allah. Hidup di dunia berkebajikan dan di akhir masuk syurga. Iini teolah diakui oleh Allah yang Maha Kuasa.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.