KULLIYAH AL QURAN dan AL HADIS
BERDOA
... kepada Allah jua tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan (manusia). Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian Alam.
Berdoa (minta) kepada Tuhan (Allah) kalian dengan merendahkan diri dan (dengan suara) perlahan - lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang - orang yanbg melampau batasan.*
- al A'araaf:54,55.
* Sebaik - baik berdoa kepada Allah dengan keadaan tubuh badan
yang suci, pakaian yang bersih, menutup aurat dan dengan suara
yang perlahan atau rendah.
Merayulah kepada Allah dengan berbidsik dn dengan hati yang
insaf.
TAWAKAL KEPADA ALLAH
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. menasihatkan manusia:
Andainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar -benar tawakal, nescaya Allah akan mengurniakan kepada kalian rezeki sebgaimana Allah mengurniakan rezeki kepada unggas, yang terbang pergi pada pagi dalam keadaan perut kosong dan terbang pulang dalam keadaan perut berisi (kenyang).*
- Perawi: Imam Ahmad.
* Bekerja dengan ikhlas dan bersoa serta tawakal kepada Allah,
nescaya Allah mengurniakan pemintaan kita. Apabila Allah telah
menguniakan rezeki, jangan sombong, takbur dan bakhil.
Ingatlah, kita senang dan gembira, ramai lagi hamba Allah yang
susah dan sedih.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.