Berita dalam 'Sinar Harian', pad ahari ini.
KHINAT KEPADA NEGARA
Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada.
“Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat.
-------------------------------------
Percakapan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said trhadap anggota keselamatan itu, memperlihatkan, beliau seorang politikus yang tegar, tetapi tidak memahami pengetahuan politik, sesuai dengan kedudukannya pemimpin kerajaan dan rakyat.
Kalau beliau mengangap menyokong parti pembangkang mengkhianat negara, maka, beliau seperti menojak telunjuk kepada Perlembaggan negara yang memnbolehkan parti - parti politik lain dari UMNO dan BN wujud, dan seolah - olah perlembagaan membenarkan 'khianat ' negara.
'Menyertai parti pembangkang', kata Ahmad Said, maka, orang mahu tahu, parti mana? PAS, PKR dan lain. Adakah parti - parti itu musuh dan mengkhianat negara.
Sebagai pemimpin, mungkin beliau 'khuatir' dengan kekuatan parti pembangkang di Terengganu, beliauj tidak lagi akan duduk atas kerusi Menteri Besar, selepas pilihan raya umum ke - 13 nanti.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.