Tuesday, June 12, 2012



Berita dalam '
Sinar Harian', pada hari ini.


 TIMBALAN MENTERI DAN BAHASA

Perjuangan Umno bukan berbentuk "asabiyah" sebaliknya lebih bersifat "wasatiyyah", kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Umno mengamalkan dasar yang adil, sederhana, seimbang dan tidak fanatik terhadap kaum Melayu sahaja.
"Perjuangan kita (Umno) selaras dengan konsep wasatiyyah ini dan yang bukan Islam jangan khuatir, kita ini bukan asabiyah sebagaimana tuduhan pembangkang," katanya kepada kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan penjawat awam dan seminar pemahaman wasatiyyah dan gagasan 1Malaysia yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini, semalam.
-------------------------------------
Saya tertarik akan kata - kata dalam ucapan Ketua Penerfangan UMNO dan Timbalan Mentgeri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, mengenai Asbiyah dan wasatiyah, kerana, kata - kata itu mengeliurkan dan menampakkan beoliau tidak berapa faham bahasa Arab an bahasa Melayu.

Kata - kata bliau itu mungkin boleh diterima oleh orang - orang yang tidak faham bahasa Arab dan bahasa Melayu, tetapi dalam UMNO, parati parti lain dan orng ramai telah faham benar akan dua perkataan tersebut, maka, pendapagt beliau tidka boleh diakui dan dotolak.

UMNO berpegang kepada 'nasional' atau 'National' dan erti dalam bahasa Arab, ialah 'asobiyah' dan erti dalam bahasa Melayu kebangsaan.

Mengapa Datuk Ahmad Maslan menafikan UMNO berntuk asobiyah?

Manakala 'wasatiah', tidak menjadi pegangan atau dasar UMNO, iaitu 'nasional' atau 'asobiyah'.Wasatiah, bererti 'pertengahan' atau 'sederhana'. Ia hanya menjadi amalan atau diporaktik oleh orang - orang asobniyah sahaja.

Sebenarnay umat Islam tidak boleh memegang dasar 'asobiyah' dalam pegangan agama - trmasuk politik dan pentadbiran negara Islam'. Islam agama yang 'kukuh dan tegas' . Allah telah berfiman dalam Quran, surah al Kafirun: Bagi kalian agama kalian, dan bagi aku agama aku' . Bila menyebut agama Islam, maka ia mrangkumi sebua tata kehidupan manujsia, gtermasukekonomi dan politik.

Saya berharap, pada masa akan datang, Datuk Ahmad Masalan, dapat meneliti dan mengkaji sesuatu, sebelum dijadikan bahan ucapan dan sebagainya.




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.