Wednesday, April 4, 2012


   

 UNTUK JADI MUKMIN SEJATI


 AKHLAK


Akhlak – peradaban – civilization - , ialah menjadi pelengkap kepada manusia yang bragama Islam dan beriman kepada Allah Subhanahu wa Taala. Orang Islam yang tidak mengamalkan akhlak – peradaban - , maka dia tidak sempurna sebagai seorang Islam dan mukmin.
Walau bagai mana alim, bijaksana dan warak seseorang Islam, tetapi jika dia tidak mempunyai akhlak – peradaban, maka, dia dipandang rendah dan tidak sempurna sebagai seorang Islam dan mukmin sebgai mana yang dituntut oleh Allah dan RasulNya, Muhammad sallalahu alaihi wa sallam.
                                          (ayat Quran)
                            Innaka la’alla khuliqin ‘azim
Dan sesungguhnya anda memiliki akhlak – peradaban  atau budi pekerti – yang tinggi.
                                                                    - Al Qalam:4
                             (hadis)
                               Buistu li makarimal akhlq.
    Sesungguhnya, saya dibangkita untujk menyemurnakan 
   kemuliaan akhlak –  peradaban.
                                                         - Perawi: Ahmad
Akhlak  - peradaban atau budi pekerti berdasarkan agama Islam tidak wujud pada diri seseorang yang tidak memiliki ilmu pengetahuan Islam – berdasarkan Quran dan Sunnah Rasul Allah Muhammas s.a.w. dan kuat pegangannya pada agama agama Islam.
Sejak pada zaman permulaan agama Islam hingga pada masa ini, terdapat sebilangan orang Islam yang tidak mengamalkan akhlak – peradaban atau budipekerti yang mulis. Berlaku demikian, kerana mereka hanya menganut agama Islam tetapi tidsak memiliki ilmu pengetahuan Islam atau tidak mendapat didikan sempurna sebagao seorang penganut agama Islam.


AMANAH


Amanah, iaitu amanah kepada Allah, dirinya, keluarganya, kaum kerabatnya, jiran tentangganya dan sesama manusia senegara dan antarabanga. Manusia – sama ada dia pemimpin rakyat mahupun dia seorang buruh kasar, jika tidak mengamalakan amanah, maka, dia adalah manusia yang paling buruk di sisi Allah dan di kalangan manusia.
Allah telah menyatakan kepada hamba – hambaNya  menerusi firmanNya dalam Quran  mengenai kewajiban beramanah bagi umat manusia yang beriman kepadaNya. Di antara firman – firman tersebut adalah seperti berikut:


                        (ayat Quran)
       Innallah ya’murukum ..................basira.
Sesungguhnya Allah menyuruh kalian menunaikan amanah – memberikan barang – barang  kepecayaan kepada yang punya - , dan bila menghukum antara  manusia – manusia hendaklah menghukum dengan adil. Bahawa dengan itu Allah mengurniakan pelajaran yang sebaik – baiknya kepada kalian; sesaungguhnya Allah itu mendengar dan melihat.
                                                                 - An Nisaa: 58.
                                    (Hadis)
Manusia yang berperi kemanusiaan dan beriman kepada Allah, adalah wajib pada dirinya mengamalkan amanah, kerana amanah adalah menentu nilai diri manusia sebagai manusia yang ikhlas atau jujur dan mempunyai harga diri atau memiliki nilai – nilai kemanusiaan.
Sesiapa yang tidak mengamalkan amanah, selain dari melakukan dosa seperti yang ditetapkan hukumanNya oleh Allah, iaitu akan menerima balasa dosa  di hari akhirat, di dunia ini, iaitgu sebelum seorang yang tidak beramanah itu meninggal dunia, dia menerima berbagai  siksaan.
Para pemimpin negara dan negeri atau rakyat wajib mengamalkan amanah, jika dia tidak melakukannya, dengan kehendak Allah, kedudukan menjadi umbang ambil dan akhirnya dia jatuh dengan hina dan dibenci oleh rakyat jelata.
Mereka yang berkhidmat dalam pemerintah atau kerajaan ataupun badan – badang perusahaan dan perniagaan wajib mengamalkan amanah; amanah untuk tempat dia bekerja, orang ramai dan lain.
Salah satu perbuatan tidah beramanah, ialah rasuah, iaitu makan suap atau tumbuk rusuk. Amalan tersebut akan mrosakkan diri orang yang melakukan, merosakkan negara – pemerintah atau kerajaan dan akan  menganiayakan orang ramai.
Firman Allah dan sabda RasulNya, Muhammad s.a.w. mengenai perbuatan memakananmakanan yang haram dan melakukan rasuah:
Mereka mendapat kehinaan di dunia, dan di akhirat (terpaksa) menerima azab yang besar. Mereka yang mendengar untuk berdusta dan memakan yang haram (rasuah). 
 Allah melaknat – kutuk – pemberi rasuah dan penerima    rasuah.  
Jika pemberian atau anugerah (dalam apa saja bentuk wang, kebendaan dan budi atau perbuatan) daripada raja-raja pemerintah (termasuk khalifah, presiden, perdana menteri dan sebagainya kepada rakyat jelata dengan tujuan-tujuan tertentu (supaya menyanjung, menyokong, tidak menentang, mendiamkan diri atas tindakan buruknya, mendapatkan  undi dalam pemilihan dan seumpamanya) dinamakan rasuah.
Misalnya raja pemerintah atau pemerintah mengambil orang alim  bekerja atau dalam kerajaan dengannya dengan  tujuan orang alim itu tidak menegur,mengkritik atau menentang keburukannya. Pere buatan itu rasuah.
Rakyat jelata memberi sesuatu atau melakukan kebaikan kepada raja pemerintah atau pemerintah dengan tujuan-tujuan tertentu, seperti untuk mencapai hajatnya, maka hadiah dah perbuatan itu termasuk dalam rasuah juga. *


* Dari manuskrip buku 'Islam - Ibadat dan Kemanusiaan, oleh: 
   Mokhtar Petah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.