BERITA DALAM SURAT KHABAR 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI.
YB SYED SOBRI -KUALA NERANG
Saya ikut rasa sedih atas hal yang telah menimpa bekas YB Sye Sobri Syed Ibrahim ini.Bersabarlah.
Kebetulan dengan hal ini, saya teringat pada satu masa lalu,Allahyarham Dr Burhanuddin Helmi, Dr Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, saya dan beberapa orang lagi, telah berbincang mengenai negara ini dan para pemimpin orang ramai dalam negfara ini.
Kesimpulan dalam perbincangan itu: Setiap orang yang memegang tanggungjawab sebagai pemimpin orang ramai - ari Perdana Menteri hingga ke para Yang Berhormat di ceruk rantau negara ini, tumpukan kepada perjuangan di atas landasan politik masing - msaing dan jangan mengambil bahagian atau menumpukan kepada perniagaan kecil atau besar.
Jika seseorang pemimpin yang menjalankan tanggungjawab dua macam - politik dan prniagaan, necaya dia gagal menjadi pemimpin. Tidak sempurna pimpinann ya kepdsa orang ramai atau dia sendiri akan mnengalami keadaan, kalau tidak muflis, jadi hamba orang.
Saya teringat aka pesanan Tunku Abdul Rahman: Kalauj hamapa nak berpolitik, jangan duk tumpukan ekonomi (perniagaan), kalau hampa nak tumpukan ekonomi (perniagaan) jangan duka jadi lalat langau dalam ekonomi (perniagaan).
Pada satu hari, saya sedang bersama Tunku, datang taukeh Cina yang rapat dengan Tunku. Taukeh Cina itu memberitahu, dia hendak masukan anak Tunku, Tunku Ahmad Nerang ke dalam syarikatnya. Tunku berkata: Itu yang saya duk laghang.Saya tak nak anak saya masuak dalam perniagaan Dato', kalau Dato' masukkan jujga, saya tak benar kerajaan beri apa - apa projek kepada syarikat Dato'.
Setelah Tunku meninggal Kerajaan Malaysia, saya menziarah anaknya, Ahmad Nerang, di rumahnya, di hilir Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dia bersama isterinya mengambil upah menjahit atau megena lekat butang baju - kemeja dan kot, jeket . seluar dan lain dari beberapa buah kedai jahit).
Pada masa ini saya tidak mengetahui, di mana Tunku Ahmad Nerang berada.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.