POLITIKUS
DAN ANUTANNYA
Pulitik,
Orang politik gelarannya politikus,
Bukan ‘tikus’,
Anut apa,
Islamisme Nasionalisme
Nasionalisme,
Komunisme,
Sosialisme,
Kapitalisme?
Bersih untuk apa?
Islam politiknya Islamisme,
Ketuhanan Maha Asa,
Quran dasar utamanya,
Kehidup ummah sejahtera,
Perpaduan semua insan seluruh alam,
Kemanusiaan sejagat.
Nasionalisme,
Sebidang kenbes putih cuma,
Di tangan lemah,
Simbahkan warna,
Merah, hijau biru dan apa saja,
Binasalah hakikat putihnya.
Komunisme,
Pemimpin dan rakyat sama rata,
Keadilan sesame manusia,
Tolak wujud Tuhan Maha Esa.
Allah tiada.
Hakikatnya, kufur atas segala kufur.
Sosialisme
Laksana komunis jua,
Kerana kuasa manusia,
Keadilan manusia boleh pura - pura,
Tiada Allah dalam keyakinan mereka,
Cuma, manusia berkuasa atas manusia,
Muslimin dan mulimat akan lebur akhirnya.
Kapitalis,
Bahaya atas ummah,
Kuasa individu atas segala rakyatnya,
Kekayaan manusia mendera manusia,
Perhambakan manusia,
Demi kepentingan sang kaya raya.
Kapitalis tidak tolak Allah,
Tetapi abaikanNya jika untungnya ada.
Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.