Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.
MUFTI KERAJAAN KEDAN
Sheikh Muhamad Baderudin berkata, pelbagai tanggapan yang dilemparkan terhadap pindaan enakmen itu kemungkinan adalah pandangan peribadi masing-masing, namun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbabit.
“Lebih baik saya perjelaskan berdasarkan fakta, berbanding menjawab tuduhan yang dilemparkan. Ini untuk mengelak orang ramai lebih keliru,” katanya.
Menurutnya, pandangan agama tidak boleh dicabar di mahkamah kerana ia berkaitan dengan hukum hakam agama.
“Soal agama kita tidak boleh bawa kes ke mahkamah. Pandangan agama berbeza dengan kes di institusi mahkamah,” katanya.
Sheikh Muhamad Baderudin berkata, antara tujuan pindaan dibuat terhadap Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 ialah supaya fatwa yang diputuskan tidak diseret ke mahkamah bagi membolehkan hukum itu ditarik balik.
----------------------
Saya bersetujuu dengan pendapat atau buah fikiran Mufti Kerajaan Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad , bahawa pandangan agama Islam tidak boleh dicabar di mahkamah, kerana mahkamah di negara kita (iaitu bukan mahkamahIslam), tidak boleh mencabar apa jua hukum, fatwa dan lain dalam agama Islam.
Tetapi kalau negara Islam, makhamahnya, mahkamah Islam (bukan mahkamah syariah), boleh dibahas segala hukum dalam agama Islam yang tidak ada dalam Quran dan Hadis.
Contohnya,selain babi, segala jenis haiwan tidak ada hukium haram dan halal dalam Quran. Mungkin pada satu masa nanti, jika negara kita jatuh miskin, ada orang makan burung gagak dan haiwan - haiwan beracun, maka, perkara itu boleh dibawa oleh pihak yang arif dengan biologi dan keracuanan membawa kes tersebut ke mahkamah Islam untuk menetapkan, wayang burung gaga dan haiwan - haiwan berkenaan tidak boleh dimakan ataumenegah dari di makan oleh orang ramai.
Saya berharap Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Kedah, Selasa lalu, akan dapat menjadi mufti tempat umat Islam di negeri tersebut bersandar mengenai hukum - hukum yang duar dari dalam Quran dan Hadis.
Hendakanya, tidak akan berlaku seperti fatwa yang duikeluarkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Dato' Harussani bin Zakaria telah ditentang oleh seorang pemimpin di negara ini, maka, sebilangan besar rakyat bersagama Islam di negara ini mengikut pendapat pemimpin dan tidak mengiut fatwa mufti tersebut, sedangkan fatwa itu ada kaitan dengan ibadah dan keimanan dalam agama Islam.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.