PANTUN SELASA
Carik, carik akar bayam,
Maman juga pahit daunnya;
Carik, carik bulu ayam,
Lambat laun bertemu jua.*
Nila kupandang warna laut,
Cerahnya sampai ke hutan rimba;
Bila terkenang mulut menyebut,
Kasih sayang pada adinda.*
Burung bayan di atas kota,
Mari dipanah dewa sakti;
Lemah rasanya seluruh anggota,
Berpisah dengan pujaan hati.+*
Timang - timang kers di bukit,
Kersiditempa dari Cnampa,
Keris pandan intan laksamana;
Jika kukenang hatiku sakit,
Hendak dilupa tida terlupa,
Tanda badan hendak merana.+ *
+ Pantun Melayu lama.
* Dari buku 'Abdullah Badawi Penjana Modal Insan' (2006), oleh: Mokhtar Petah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.