Tuesday, April 10, 2012




MAKSUD DARI AL QURAN DAN AL HADIS


MENGAJAK KE NERAKA

... Kami (Allah) jadikan mereka ketua - ketua (dalam kesesatan) yang mengajak (umat manusia) ke neraka (drngan kekufuran - tidak beriman kepada Allah, menolak hukum Allah dan sebagainya), dan pada hari kiamat mereka tidak (akan) mendapat sebarang pertolongan.
Dan Kami (Allah) iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada hari akhirat pula, merek adalah dari golongan orang - orang yang tersingkir (dari rahmat Allah)dengan sehina - hinanya. 
- al Qasas:41,42.



                            MAKANAN BERKAT


Rasu Allah, Muhammad s.a.w. menasihatkan umat Islam:

Berkat itu ada pada tengah makanan, maka, makanlah (memulakan) dari kedua tepinya, dan jangan kalian makan dari tengah*. 
- Perawi: Imam Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi (sebagai orang yang mengesahkan Hadis ini).

* Di mana - mana sahaja, apabila hendak memulakan memakan makanan dalam hidangan, mulakan mengambil makanan dalam piring atau lain pada bahagian dekat kita. Jangan mengabil bahagian tengah atau mengambil dengan menyeberang kepada makanan yang dekat dengan orang laid di hadapan kita. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.