Wednesday, April 25, 2012


PANTUN RABU

          YANG MANA KAFIR DAN MURTAD

Reda bah dalam benua,
Bungkal karam diselam jua;
Ada sembah batu di gua,
Halal haram ditelan semua.

Gulai lekir dari Mentakab
Dimakan  janda pengganas di rimba;
 Ramai kafir ahli kitab,
Ditelan segala apa yang ada.

Bertolak ke Mekah sema rakan,
Makan jagung diberi kawan;
Tolak Allah ketepikan Quran,
Saitan jerangkung jadi kawan.

Kayu  ranting dijadi joran,
Di olak sana tukun terbelah;
Melayu yakin pada Quran,
Tolak semua hukum Allah.
Bilal  melaram  tanpa serban,
Suaranya  basah sedih pilu;
Halal haram semua ditelan,
Tegahan Allah diamal selalu.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.