Wednesday, April 25, 2012




KULLIAY AL QURAN DAN AL HADIS


                      JANGAN INGKAR KEPADA ALLAH


Sesungguhnya, manusia itu sangat ikngkar kepada Allah dan tidak bersyukur (bererima kasih).
dan sesaungguhnya manusia itu menyaksi (sedar atau tahu) keingkarannya.* 
- al aadiyat:6,7.

* Jika kita berfikir dan timbang menimbang akan diri kita sendiri, 
   maka, kita adalah manusia yang mengetahui akan amalan kita yanhg salah, seperti:
1 - Mengumpat dan menuduhkan orang lain jahat dan sebagainya, 
2 - Menggap orang lain tidak tahu apa - apa dan kita sahaya yang 
     mengetahui segala, 
3 - Melakukan tipu daya dalam jabatan kerajaan atau swasta,
5 - Zalim atau menganiaya manusia,
6 - Makan riba atau membantu melakukanhnya, 
6 - Beberapa kesalahan dan kejahatan yang lain.
Tetapi, kita melakukan juga amalan ingkar itu, disebabkan mengikut hawa nafsu untuk berkuasa, hidup mewah, rasa bahagia, rasa menang dari orang lain dan rasa diri sendiri sahaja yang paling bai dan palinhg mulia.
Orang - orang begini, walaupun bragama Islam, tetapi pegangannya terhadap agama Islam, hanya seperti orang menambat perahu dalam sungai dengan tali dari kulit pelepah keladi cuma.

                      BARANG YANG HILANG

Rasul Allah, Muhammads.a.w. memaklumkan:

Tidak ( atau jangan) menyimpan barang (milik orang lain) yang hilang, melainkan orang yang sesat (tidak faham hukum dalam agama atau memang malawan hukumn) selama dia tidak mengumumkan.*
 - Perawi: Imam Ahmad dan Imam Muslim.*
* Sesiapa terjumpa barang kemas dan lain ata wang, di mana - 
   mana, atidak boleh menyimpannya. Hendaklah segera 
   mengumumkan kepada orang ramai dalam masjid atau membuat 
   laporan ke balai polis.
Sesiapa terjumpa wang (walau sepuluh sen) jangan digunakan unhtuk membelu makanan dan membeli sesuatu untuk diri sendiri. Perbuatan tersebut akan menyebabkan dia menjadi 'sial' atau akan mengalami sesuatu yang tidak baik.
Ada tiga orang, pada 1050 -an dan 80 -an yang saya sendiri mengetahui: 1 - Dia terjumpa wang atas jalan sebanyak seringgit, dibelanjakan, tiga hariu memudian, dia sakit perut, kembung dan akhirnya mati. 2 - Dia terjumpa wang seringgtit atas jalan raya, diambikla wang itu dan dibelanjankan untuk membeli minuman, besoknya dia disamun setelah menerima wang gaji. Dia kehilangan  380 ringgit. 3 - Dia terjumpa wang,  lebin lima pulun ringgit, atas kaki lima. Wang itu dibelanjakan. Seminggu kemudian rumahnya terbakar sama sekali. Dia dan isteri serta dua anaknya tinggal hanya kain di pinggang.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.