Saturday, February 11, 2012



FALSAFAH IBADAT UMRAH DAN HAJI

 
Pada masa Tan Sri Ramli Ngah Talib Menteri Besar Perak, beliau telah mengeluarkan wangnya sendiri untuk menerbitkan buku karangan saya ' Falsafah Ibadat Umrah dan Haji' - sebuah buku laporan perjalanan saya ke Makkah dan Madinah dan panduan ibadat haji dan umrah. Buku itu diberti percuma kepada orang - orang di Perak yang hendak menunaikan fardu Haji atau melakukan ibadat ziarah dan umrah.
Sejak beberapa bulan lalu, sama ada menemui saya mahupun melalui telefon, sebilangan orang Melayu di Negeri Perak bertanya dan meminta buku tersebut kepada saya.
Saya tidak menyimpan buku tersebut.
Maka, saya berharap Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir atau dengan biaya Kerajaan Negberi Perak dapat menerbitkan buku tersebut, atau buku ibadat haji dan umrah yang lain, dan diberri percuma kepada mereka yang hendak menunai fardu haji atau mengerjakan ibadat ziarah dan umrah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.